Lama betul meninggalkan aktiviti blog...almaklumlah semenjak internet di pejabat menyekat semua aktiviti social networking ni...aku pun jadi slow juga. Kesian pula pada follower kerana tiada post baru. Sebenarnya aktiviti membaca tetap berjalan seperti biasa cuma perlahan sedikit sebab sibuk dengan kerja dan aktiviti lain. Kalau nak tengok buku-buku yang telah di baca boleh la tengok di side bar.
Just nak update pengalaman pergi ke Taiwan baru-baru ni untuk company trip. Tak mau cerita la berjalan ke mana cuma nak cerita pengalaman membeli buku di Eslite Bookstore di sana. Pada hari terakhir free and easy so, aku buat keputusan untuk menaiki MRT yang ada di sana. Merasa pengalaman menaiki MRT amat menyeronokkan. Suasana di dalam MRT juga amat selesa. Aku menaiki MRT dari stesen Ximen ke Taipei Main Station. Hanya satu stesen sahaja sebab masa yang aku ada amat terhad.
Bila sampai di Taipei Main Station...aku pun berjalan-jalan di sana sebab banyak kedai yang dibuka di sana..kira macam KL Sentral tapi lagi besar dan lebih banyak kedai. Bila berjalan tu nampak la signboard Eslite Bookstore terus aku cari. Masa jumpa tu dia baru je buka pintu terus aku masuk. Kira pelanggan pertama dia orang la aritu. Eslite Bookstore ni macam taraf MPH juga la boleh aku katakan. Hehehe...aku pun menggeledah la segenap pelusuk kedai mencari buku penulis tempatan yang berbahasa Inggeris. Maklum la tak pandai bahasa Cina kan. Tapi tak jumpa da.... jadi aku tanya la pada kaunter. Adussshhhh tak paham pula dia orang ni bahasa Inggeris. Aku nak buku penulis tempatan tapi bahasa Inggeris...ditunjuknya aku seksyen bahasa inggeris. Banyak kali aku terangkan lepas tu dah lama sangat aku tengok response dia berlainan dari apa yang aku nak barulah aku tahu mereka ni tak faham.
Akhirnya aku beli la juga satu buku bertajuk "The Girl Who Played With Fire" dengan harga 280NT atau lebih kurang RM28 macam tu. Murah kan?! Di sana semua buku lebih murah dari Malaysia. Buku biography Steve Jobs yang baru keluar tu pun lebih kurang RM65 je. Belum lagi diskaun tau. Rasa nak beli juga la masa tu sebab kat sini lepas diskaun pun tak dapat harga tu. Tapi disebabkan kekurangan duit....huaaaaa..almaklumla dah habis belanja shopping. Lagi pun tak de perancangan nak beli buku sebab tak tau di mana pun kedai buku di sana...jadi tak dapat la aku memborong buku. Kecewa juga la masa tu, tapi apa boleh buat, kredit kad pun tak ada...kalau tak mesti dah melambak hutang untuk bulan ni. Tak apalah dapat satu buku je sebagai kenangan melawat kedai buku di Taiwan dan sekarang ni tengah baca....
Saturday, November 19, 2011
Membeli Buku di Eslite Bookstore - Taiwan
Friday, June 17, 2011
Yogjakarta - Day 3
Nak sambung lagi kisah aku pergi ke Yogjakarta bulan lepas. Masuk hari ketiga ( hari yang paling memenatkan!!!), aku bercadang untuk pergi ke Kraton dan juga Taman Sari. Mula tu plan nak pergi ke Candi Prambanan...tapi tiket mahal sangat. Dah dapat pergi ke Borobodur dah ok la kot. Next time boleh pergi ke Prambanan pula.
Selepas sarapan, aku pun menyewa sebuah beca untuk ke Kraton dengan harga Rp5000. Tapi bila sampai ke Kraton harga dia dah jadi lain. Rp10000 pula. Adushhh!!! Aku bukan berkira tapi sepanjang berada di Yogja, aku dah banyak kali terkena dengan mereka ini. Ikut jalan lain yang jauh lepas tu pura-pura tanya semula mana kita nak pergi dan caj harga lain!
Bayaran masuk Kraton adalah Rp12500 untuk pengunjung luar. Lepas tu nak bawa kamera akan dikenakan caj sebanyak RP1000 lagi. Tapi mereka akan menyediakan pemandu pelancong untuk pengunjung luar yang datang. Kebanyakannya adalah wanita yang agak berusia namun fasih berbahasa Inggeris. Tiada bayaran tambahan untuk pemandu pelancong ini.
Bagus juga mereka menyediakan pemandu pelancong ini kerana banyak penerangan yang diberikan secara mendalam tentang fungsi2 tempat2 di dalam Kraton tersebut. Malah mereka ini sabar kerana sanggup menunggu kita yang mengambil peluang untuk bergambar. Kiranya, berapa lama pun masa kita boleh peruntukan untuk menggunakan tour guide. Namun disebabkan hari tu adalah hari Jumaat, maka aku kena melawat seluruh tempat dengan kadar segera kerana pintu Kraton akan ditutup pada pukul 12.30 tgh hari untuk pelawat (Kraton ditutup menggunakan kunci yang berusia lebih dari 100 tahun).
Dalam sibuk mengejar masa tu sempat juga aku mendengar pekerja di Kraton membaca kitab (aku lupa nama kitab dan bahasa yang digunakan dalam kitab tersebut). Tapi agak menarik juga untuk mendengarnya walaupun tak faham.
Selepas ke Kraton, aku berjalan kaki untuk ke Taman Sari, iaitu tempat permandian puteri raja. Tapi aku sesat hampir satu jam juga walaupun Taman Sari tu dekat je dengan Kraton. Sesat dah!!!!Bila sampai di Taman Sari tiba2 aje ada tour guide tidak diundang..tapi katanya pekerja Kraton. Hmmm...ok...aku just follow aje la. Tapi memang nampak dia amat berpengetahuan tentang Taman Sari.
Lupa pula keluasan Taman Sari ni (kalau tak silap 700 hektar) dan aku tak habis pun melawat semua tempat. Kaki aku sakit sebab berjalan seharian. Namun tempat2 penting seperti tempat permandian puteri raja, masjid bawah tanah dan juga istana persembunyian raja sempat la aku lawat. Taman Sari ini hanyalah bangunan tinggalan sahaja. Banyak tempat yang telah rosak atau runtuh dan sedang diperbaiki. Masa berjalan2 tu jumpalah pekerja2 yang sibuk membaiki dan membina semula struktur yang telah hilang.
Yang menariknya adalah masjid bawah tanah..tempatnya sejuk dan seni binanya adalah gabungan antara Cina (kalau tak silap..hishhhh banyak fakta dah lupa ni), Islam dan Jawa. Setiap struktur mempunyai maksud dan ciri yang tertentu. Namun sayang sekali air yang sepatutnya digunakan untuk mengambil wuduk tidak boleh digunakan lagi sebab telah tercemar. Jika dulu, air ini adalah dari tasik buatan yang amat luas.
Semasa mendengar penerangan pemandu pelancong...aku rasa kagum dengan seni bina dan susun atur Taman Sari ini. Pada masa lampau, Sultan malah dapat menggunakan sampan/perahu (apa perkataan yang sesuai) untuk ke satu2 tempat di Taman Sari. Jadi bolehlah bayangkan betapa besarnya kompleks Taman Sari ni. Teringat pulak cerita2 Melayu lama kan!!!Kalau puteri raja ada taman bunga tempat mereka bermain2 dengan dayang. Tapi Taman Sari ini lebih dari sekadar tempat permandian puteri raja. Masa akan datang masih ingin pergi ke sini untuk melawat tempat yang belum pergi lagi ( kan aku dah cakap tempat ni memang besar dan takkan habis dilawati).
Bila dah tak larat nak berjalan lagi, aku pun decide untuk pulang ke hotel. Penat sangat dan kaki berasa amat sakit sebab asyik berjalan. Tapi sebelum tu aku singgah di Bale Rous, iaitu sebuah restoran yang terkenal dengan Beer Jawa (namun ia tak memabukkan) iaitu minuman untuk Sultan. Bale Rous ini terletak di luar Taman Sari. Selepas itu aku ke Pasar Beringharjo sebab teringat masih tak beli oleh2 untuk mak dan baju kebaya adik aku. Punya la ramai orang. Masa tu dah nak tutup pula sebab akan ada pasar sore juga di area situ. Puas juga aku mencari kebaya. Bila dah nak pulang baru terjumpa. Yang pasti di sana amat banyak batik yang dijual.
Tamatlah sudah perjalanan aku ke Yogja. Esoknya aku pulang ke Malaysia. Semasa dalam penerbangan dapat disaksikan Gunung Merapi yang pernah meletus hujung tahun lalu. Pergi ke sana dapat aku rasakan keindahan budaya yang masih terpelihara oleh masyarakat Yogja. Asyik terbayang2 keindahan Taman Sari. Itu yang amat melekat di hati aku.
Tidak menyesal memilih Yogja berbanding Bandung. Bagi aku kalau melawat tempat orang aku ingin melihat budaya serta masyarakatnya. Masyarakat Yogja amat baik dan suka membantu. Namun begitu beberapa kali ditipu oleh penunggang beca...aku masih berfikiran positif. Mereka hidup kais pagi makan pagi jadi apa sahaja yang mendatangkan wang mereka akan lakukan. Next time ingin pergi lagi ke sana. Insya-Allah....
Selepas sarapan, aku pun menyewa sebuah beca untuk ke Kraton dengan harga Rp5000. Tapi bila sampai ke Kraton harga dia dah jadi lain. Rp10000 pula. Adushhh!!! Aku bukan berkira tapi sepanjang berada di Yogja, aku dah banyak kali terkena dengan mereka ini. Ikut jalan lain yang jauh lepas tu pura-pura tanya semula mana kita nak pergi dan caj harga lain!
| Salah satu pintu di dalam Kraton |
Bayaran masuk Kraton adalah Rp12500 untuk pengunjung luar. Lepas tu nak bawa kamera akan dikenakan caj sebanyak RP1000 lagi. Tapi mereka akan menyediakan pemandu pelancong untuk pengunjung luar yang datang. Kebanyakannya adalah wanita yang agak berusia namun fasih berbahasa Inggeris. Tiada bayaran tambahan untuk pemandu pelancong ini.
Bagus juga mereka menyediakan pemandu pelancong ini kerana banyak penerangan yang diberikan secara mendalam tentang fungsi2 tempat2 di dalam Kraton tersebut. Malah mereka ini sabar kerana sanggup menunggu kita yang mengambil peluang untuk bergambar. Kiranya, berapa lama pun masa kita boleh peruntukan untuk menggunakan tour guide. Namun disebabkan hari tu adalah hari Jumaat, maka aku kena melawat seluruh tempat dengan kadar segera kerana pintu Kraton akan ditutup pada pukul 12.30 tgh hari untuk pelawat (Kraton ditutup menggunakan kunci yang berusia lebih dari 100 tahun).
| Kunci pintu Kraton yang berusia lebih dari 100 tahun |
Selepas ke Kraton, aku berjalan kaki untuk ke Taman Sari, iaitu tempat permandian puteri raja. Tapi aku sesat hampir satu jam juga walaupun Taman Sari tu dekat je dengan Kraton. Sesat dah!!!!Bila sampai di Taman Sari tiba2 aje ada tour guide tidak diundang..tapi katanya pekerja Kraton. Hmmm...ok...aku just follow aje la. Tapi memang nampak dia amat berpengetahuan tentang Taman Sari.
Lupa pula keluasan Taman Sari ni (kalau tak silap 700 hektar) dan aku tak habis pun melawat semua tempat. Kaki aku sakit sebab berjalan seharian. Namun tempat2 penting seperti tempat permandian puteri raja, masjid bawah tanah dan juga istana persembunyian raja sempat la aku lawat. Taman Sari ini hanyalah bangunan tinggalan sahaja. Banyak tempat yang telah rosak atau runtuh dan sedang diperbaiki. Masa berjalan2 tu jumpalah pekerja2 yang sibuk membaiki dan membina semula struktur yang telah hilang.
| Tempat permandian puteri-puteri Sultan. Terdapat 3 kolam yang dibina dan 2 adalah untuk para puteri |
Yang menariknya adalah masjid bawah tanah..tempatnya sejuk dan seni binanya adalah gabungan antara Cina (kalau tak silap..hishhhh banyak fakta dah lupa ni), Islam dan Jawa. Setiap struktur mempunyai maksud dan ciri yang tertentu. Namun sayang sekali air yang sepatutnya digunakan untuk mengambil wuduk tidak boleh digunakan lagi sebab telah tercemar. Jika dulu, air ini adalah dari tasik buatan yang amat luas.
| Tangga yang terdiri dari seni bina Cina, Islam dan Jawa. Tangga ini digunakan untuk ke tingkat atas masjid. Boleh dilihat air tersebut adalah dari tasik buatan. |
Semasa mendengar penerangan pemandu pelancong...aku rasa kagum dengan seni bina dan susun atur Taman Sari ini. Pada masa lampau, Sultan malah dapat menggunakan sampan/perahu (apa perkataan yang sesuai) untuk ke satu2 tempat di Taman Sari. Jadi bolehlah bayangkan betapa besarnya kompleks Taman Sari ni. Teringat pulak cerita2 Melayu lama kan!!!Kalau puteri raja ada taman bunga tempat mereka bermain2 dengan dayang. Tapi Taman Sari ini lebih dari sekadar tempat permandian puteri raja. Masa akan datang masih ingin pergi ke sini untuk melawat tempat yang belum pergi lagi ( kan aku dah cakap tempat ni memang besar dan takkan habis dilawati).
Bila dah tak larat nak berjalan lagi, aku pun decide untuk pulang ke hotel. Penat sangat dan kaki berasa amat sakit sebab asyik berjalan. Tapi sebelum tu aku singgah di Bale Rous, iaitu sebuah restoran yang terkenal dengan Beer Jawa (namun ia tak memabukkan) iaitu minuman untuk Sultan. Bale Rous ini terletak di luar Taman Sari. Selepas itu aku ke Pasar Beringharjo sebab teringat masih tak beli oleh2 untuk mak dan baju kebaya adik aku. Punya la ramai orang. Masa tu dah nak tutup pula sebab akan ada pasar sore juga di area situ. Puas juga aku mencari kebaya. Bila dah nak pulang baru terjumpa. Yang pasti di sana amat banyak batik yang dijual.
| Pasar Beringharjo...nasib baik sempat sampai ke sini..kalau tak tutup sudah |
Tamatlah sudah perjalanan aku ke Yogja. Esoknya aku pulang ke Malaysia. Semasa dalam penerbangan dapat disaksikan Gunung Merapi yang pernah meletus hujung tahun lalu. Pergi ke sana dapat aku rasakan keindahan budaya yang masih terpelihara oleh masyarakat Yogja. Asyik terbayang2 keindahan Taman Sari. Itu yang amat melekat di hati aku.
Tidak menyesal memilih Yogja berbanding Bandung. Bagi aku kalau melawat tempat orang aku ingin melihat budaya serta masyarakatnya. Masyarakat Yogja amat baik dan suka membantu. Namun begitu beberapa kali ditipu oleh penunggang beca...aku masih berfikiran positif. Mereka hidup kais pagi makan pagi jadi apa sahaja yang mendatangkan wang mereka akan lakukan. Next time ingin pergi lagi ke sana. Insya-Allah....
Subscribe to:
Posts (Atom)