Sunday, October 24, 2010

Buku2 yang dah baca

Sekarang kita berada di penghujung tahun, jadi aku mula melihat semula rak buku aku melihat apa yang telah aku baca sepanjang tahun ni. Hmmmm..memang tak boleh dibanggakan langsung tetapi aku mencari juga ruang untuk membeli sendiri dan membaca buku2 yang aku minat.

Terdapat juga buku2 yang aku pinjam dari kawan2. Semuanya melihat kepada tajuk juga sebab lain orang lain pula citarasa masing2. Sebagai satu komitmen untuk meningkat jumlah pembacaan aku, aku telah membina blog ini untuk berkongsi tentang buku2 atau majalah mahupun artikel2 yang telah aku baca. Mungkin ada yang berguna untuk pelayar2 semua.

Aku juga telah menyertai kumpulan Goodreads Malaysia dan berkongsi cerita dengan penggemar2 buku yang lebih hebat dari aku tentang buku. Banyak juga buku2 yang aku beli setelah membaca komen atau pun pandangan orang yang telah membacanya. Aku banyak menimba ilmu dari kumpulan ini. walaupun tidak aktif memberikan komen tetapi aku mengikuti perbincangan yang mereka utarakan. Memang amat berguna dan terasa kerdil sungguh bila dibandingkan dengan ulat2 buku ni (aku ni tak layak lagi dipanggil ulat buku rasanya)

Setelah melihat rak buku aku ni, aku berazam untuk meningkatkan jumlah bacaan aku pada tahun hadapan. Insya-Allah. Semua ni bergantung juga pada masa yang aku ada. Disebabkan aku juga belajar jadi lebih banyak waktu aku ditumpukan pada pelajaran. Membaca buku sebagai sampingan sahaja, jika ada kelapangan. Contohnya di dalam bas (selalunya aku akan tertidur bila dah baca buku sbb waktu aku mentelaah adalah 2-4pg) ataupun dalam LRT. Jadi aku akan menyediakan satu buku di dalam beg supaya dapat aku membacanya.

Bila melihat semula di dalam blog buku2 yang dah aku baca dan ulasan yang aku berikan terhadap buku yang aku baca, terdapat beberapa buku yang tidak aku masukkan di dalam blog ini untuk ulasan. Antara buku2 yang belum diulas adalah:

1. Laskar Pelangi - Andrea Hirata
2. Travelog Iran Menyingkap Misteri Bumi Ahmadinejad - Dina Sulaiman
3. Travelog Cinta Abadi - Raudzah Roslan
4. Wacana Al-Quran - Fadal Hassan Abbas

Insya-Allah, jika ada kesempatan, aku akan membuat ulasan setiap buku2 tersebut. Buku2 di atas memang menarik sekali terutamanya buku Travelog Iran. Ini kerana ini pertama kali aku membaca buku travelog dan ia amat menarik sekali...(buku ni pun aku tau melalui Goodreads. terima kasih Goodreads Malaysia)...selepas itu akan mencari buku2 travelog yang lain contohnya travelog haji (masih belum dibaca).

Insya-Allah, aku akan cuba mencari ruang untuk meningkatkan jumlah bacaan aku di masa akan datang.

Sunday, October 17, 2010

The Street Lawyer








Tajuk : The Street Lawyer
Penerbit : Dell Publishing
Penulis : John Grisham
ISBN : 0-440-29560-2
Harga : RM32.90 (MPH Online)

Aku beli buku ni secara online dari salah seorang pembaca yang mengiklankannya di blog. Disebabkan aku dah baca beberapa buku John Grisham dan aku amat jatuh hati dengan tulisannya...(ini semua sebab bos aku la, yang letak buku dia kat ofis suruh staff dia baca..kebanyakkan buku2 yang dia letak tu tulisan John Grisham..aku pun dah terpengaruh da.... Jadi bila dah dapat buku yang murah (harga aku beli cuma RM10.00 je, harga di atas untuk di MPH)aku pun terus beli...janji dapat baca...hehehe.

Bila dah start baca buku2 John Grisham memang tak boleh berhenti. Dalam 2 hari ni aku baca tak buat kerja lain. Tapi aku kena akui..dalam banyak2 buku John yang aku dah baca, jalan cerita The Street Lawyer biasa2 sahaja. Selalunya tulisan John Grisham buat aku sampai berdegup jantung membacanya...tapi kali ni, aku hanya ingin tau apakah kesudahannya sahaja tanpa ada perasaan aku seperti di dalamnya.

John Grisham tetap berjaya membuatkan aku membaca sampai habis, sebab semua tulisannya takkan dapat dijangka apakah pengakhirannya. Kita mungkin boleh mengagak adegan seterusnya tapi bukan kesudahannya (jadi kena baca sampai habis jugak la. Namun aku tak la rasa kecewa sangat dengan tulisannya kali ini.

Ia mengisahkan tentang Micheal Brocke yang telah berubah dari seorang peguam di sebuah syarikat guaman terkenal yang hanya mementingkan berapa banyak wang yang diterima sebulan di syarikat guaman tersebut. Kerana terlalu mengejar kebendaan dia telah mengabaikan rumah tangga sehingga isterinya Claire memfailkan penceraian.

Namun apabila dia terlibat dalam peristiwa penahanan 9 peguam termasuk dirinya oleh seorang jalanan (DeVon hardy) yang ingin membalas dendam kerana kehilangan tempat tinggal disebabkan oleh salah seorang klien syarikat guamannya, Micheal telah berubah dan memilih untuk berhenti dan menjadi peguam bagi orang di jalanan dengan bantuan Mordecai Green. Peristiwa tersebut hampir meragut nyawanya.

Namun sebelum dia berhenti, Micheal telah tanpa sengaja mencuri fail berkaitan dengan pelanggan yang terlibat dengan pengusiran beberapa penyewa termasuk DeVon Hardy. Melalui fail tersebut, micheal mengumpul bahan bukti untuk menyaman syarikat hartanah yang telibat dalam pengusiran penyewa2 tersebut tanpa notis dan bekas majikannya.

Micheal menyertai Mordecai untuk membantu orang jalanan ini mendapatkan hak2 mereka. Dari mereka inilah Micheal mendapatkan maklumat dan menyaman bekas majikannya.

Pada permulaan cerita ini, aku menjadi keliru kerana ia asyik menceritakan penglibatan Micheal dengan orang jalanan ini. Tetapi ia diselamatkan apabila Micheal mula mengambil keputusan untuk berhenti dan tanpa sengaja mencuri fail tersebut. Dan aku mula rasa lega dan meneruskan bacaan kerana konflik telah bermula.

Aku ingin sekali melihat Micheal kembali kepada isterinya setelah dia mengambil keputusan unutk berhenti dan menjadi "street lawyer". Tapi nampaknya tak kesampaian pula hajat aku kerana Micheal juga seperti pasrah dengan keadaan dan menganggap ia perkara biasa sebagai seorang peguam.

Namun ada juga membuatkan aku gembira kerana penghujungnya, bekas majikan Micheal yang rasa bersalah telah berjumpa dengan Micheal dan membuat perancangan untuk membantu orang jalanan melalui beberapa program melibatkan peguam2 di syarikat guamannya. Walaupun micheal telah digantung lesen guaman selama 9 bulan kerana mencuri fail pelanggan, tapi sekurang2nya Micheal berasa lega kerana usahanya untuk membantu orang di jalanan mendapat perhatian belas majikannya. Mungkin ini membuatkan Micheal gembira setelah kecewa dengan penceraian dengan isterinya. Jadi keputusannya untuk berhenti kerja dari dunia yang penuh glamour dan mementingkan wang berbaloi juga.

Aku mungkin memberikan 4 atau 5 bintang untuk buku John Grisham yang lain, tapi kali ini aku rasa aku hanya mampu memberinya 3 dari 5 bintang. Tapi tak apa, ada banyak lagi bukunya yang aku belum baca dan Insya-Allah aku akan dapatkan.



Saturday, October 16, 2010

The Money Book - A CAP Guide to Managing Your Money and More



Tajuk : The Money Book: A CAP Guide to Managing Your Money and More
Terbitan : Consumers Association of Penang (CAP)
Penulis : CAP
ISBN : 983-104-186-0
Harga : RM20.00

Tajuk buku ni agak menarik juga, jadi aku pun selak ke mukasurat yang ada maklumat tentang isi kandungan buku. Hmmmmm...menarik juga tajuk yang ingin dikupas. Buku ini agak kecil dan hanya mengandungi 280 mukasurat sahaja. Tapi tulisannya agak kecil dan setiap mukasurat terbahagi kepada dua bahagian. Jadi banyak topik yang dimasukkan di dalam buku ini.

Bila aku mula membaca, memang aku rasa banyak sangat ilmu yang perlu aku tahu tentang kewangan (ini pandangan aku sebagai orang biasa). Ada juga perkara yang aku telah ketahui, tapi aku tetap baca.

Cara penyampaiannya juga menarik, kadang2 aku seperti diceramah pula oleh buku ini. Dalam hal kewangan adalah penting untuk kita merancang. Jadi setiap topik seperti perancangan kita untuk membeli rumah diulas dan menerangkan kenapa kita perlu buat begini dan tidak pula begini. Ada juga maklumat2 lain yang dimasukkan sebagai panduan untuk kita apabila melakukan sesuatu keputusan untuk membeli atau pun tidak. Buku ini memeberikan panduan2 apabila kita membuat keputusan dan perancangan.

Topik2 yang disentuh antaranya: Insuran, pembelian rumah dan kereta, kad kredit, EPF, Cukai pendapatan, persaraan dan banyak lagi. Contoh2 yag diberikan juga, semuanya menarik dan memang berlaku dalam masyarakat hari ini. Maklumlah, CAP memang amat terkenal sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan hak2 pengguna di Malaysia. Jadi, pasti banyak kejadian2 yang di adukan kepada mereka yang mungkin boleh dijadikan pengajaran.

Diselitkan juga didalam buku, kartun2 yang menarik berkaitan dengan topik2 yang dibincangkan. Jadi bila baca, tak lah rasa bosan sebab ada juga kartun yang sinis tetapi memberi pengajaran.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan buku ini boleh la mendapatkannya di MPH dan juga Popular.



Thursday, October 14, 2010

Lesen Kereta - Akhirnya aku berjaya jugak

13/10/2010 (Rabu - Hari Ujian) - Aku dengan rasa tenang hati (tapi ada sikit2 jugak la gugup tu) bersiap utk mengambil ujian JPJ bahagian 2 iaitu bukit dan parking. Tunggu punya tunggu kul 11 lbh baru la turn aku ambil test..eh bukan test, re-test. Hati aku nekad...nilah last time aku ambil test JPJ...jadi kena lulus juga hari ni. Masuk dalam kereta dan teruskan ujian untuk bukit...fuhhhhhh!!!!!lepas bukit aku. Pekerja kat SKEM tu pun siap tegur aku sebab aku gembira sangat...(jgn gembira sgt...ni parking belum lepas lagi). Sampai plak kat bahagian parking...alamak salah step...aduh..tapi aku usaha gak...dalam keadaan tertekan dan masa yg hampir tamat aku mengambil keputusan berisiko untuk keluar dari petak parking dan mulakan semula langkah2 untuk masuk ke parking. Alhamdulillahhhhhhhh...akhirnya aku berjaya juga lulus ujian JPJ...

8/8/2010 (sabtu - jam pertama belajar kereta) - Pengalaman di hari pertama paling aku tak dapat lupa sekali...masuk je dalam kereta aku cakap ngan cikgu yang nak mengajar aku tu " Cikgu..saya ingat nanti saya nak ambil extra kelas la. Sebab saya ni memang tak tau langsung pasal kereta ni" Cikgu aku pun tanya la " Awak baru nak start belajar hari ni kan?" aku jawab la "Ya". "Oooo...tak apa, awak belajar dulu nanti awak tengok perlu ke tak tambah kelas"...aku menjawab dengan penuh senyuman "Hmmm...ok" sambil dalam hati, aku rasa memang aku kena ambil jugak nanti ni. Tapi tak pa...belajar dulu.

Semasa tengah belajar, " Cikgu2...sabar2 saya nak tulis dalam note saya apa yg cikgu cakap td...nanti saya lupa..." cikgu pun mengeluh tapi tetap bersabar dengan perangai aku ni. " Maaf la cikgu, saya ni memang macam ni..." sambil tersengih kat cikgu aku...hehehe...tapi cikgu aku tetap sabar jugak lalu berkata " Tak apa2".

15/8/2010 (Sabtu - jam ke enam belajar kereta)- " Uish..lajunye lori tu bawa.." aku cakap pada cikgu. " Awak tu yg laju, tak nampak meter dah 60 tu"...Aku pun tengok kat meter. Iyelah...sambil tersengih.." Tak perasan". Ada hati nak sound orang bawa laju aku ni....hahahaha.

"Hmmmm...awak ni teori ok, tapi bab praktikal....." kata cikgu aku sambil menggelengkan kepala....macam mana teori aku tak ok, tiap kali belajar bawa buku nota, nak tulis apa2 yang patut (serius...cara nak turun bukit pun ada tau dalam nota tu...hahaha). Tiap kali nak pergi belajar aku baca nota tu.

22/10/2010 (Sabtu - jam ke 10 belajar kereta) - Ini adalah hari terakhir aku belajar kereta dengan cikgu...sbb bayar sebanyak hmmm masa ni aku tak tahu la dapat berapa harganya samada RM690 atau RM750( ni yang aku tengok kat laman web dia la)..harap2 cikgu ni bagi la aku RM690 harga untuk pelajar ni. hehehe...tapi malam sebelum tu aku sms Cikgu Azhan (yg uruskan pasal pelajar)tanya pasal berapa kena bayar ni dia balas " Biar la dulu..." Aik...cikgu ni tak nak duit ke apa? Tapi ok la, dia tak kisah sangat pasal duit kot. Bagus betul la cikgu ni. Aku pun tak apalah..simpan je duit yg ada, senang bila dia minta nanti.

" Cikgu... hari ni saya dah cukup 10 jam belajar tau.." aku beritahu cikgu yang mengajar aku. " Oyeke? Hah tambah sepuluh jam lagi..." kata guru aku dengan nada bergurau. Tapi memang aku rasa aku tak boleh ambil ujian lagi...dengan bawa kereta ikut suka hati je...bleh plak tu aku rasa nak tidur masa bawa kereta. Apa lagi...orang kat sebelah aku tu kasi buka radio kuat2.

Akhirnya aku tambah kelas untuk 6 jam lagi. Aku tak kisah pasal bayaran, yang penting aku dapat memandu kereta dengan baik. Nanti tak ada orang yang duduk di sebelah nak tolong kasi brek untuk aku kalau apa2 berlaku. Bayaran untuk tambah kelas pun tak la mahal sangat. RM25 untuk sejam. Ini harga standard untuk sekolah memandu kata adik aku ( dia pun pernah tambah kelas juga la tu.

Ini lah serba sedikit pengalaman aku belajar kereta dengan Sekolah memandu Azhan LP Enterprise. Aku akui aku mmg berpuas hati belajar di sini sebab cikgu dia semua baik2 belaka, tak pernah marah pun(tak tau lah kalu aku ni mmg keras hati agaknya). Nak berurusan pun senang. Harga pun aku rasa ( ni aku tanya kat kawan2) memang murah. Belajar 10 jam dapat harga untuk pelajar RM690. Kalau orang biasa dapat RM750. Tapi disebabkan aku ni, cikgu ambil dekat LRT Gombak, jadi Cikgu Azhan (tanpa aku menawar harga) memberikan aku harga untuk pelajar...syoknyaaaaa. Terima kasih cikgu...ehhhhh, aku pun memang pelajar lagi apa. Hehehehe. Ni kira buat promosi untuk Azhan LP Enterprise secara percuma la ni. Hehehehe....

Apapun yang penting selepas ini, aku boleh menjadi pemandu yang baik dan berhemah di jalan raya. Ada jugak kerisauan bila dah berada di jalan raya ni. Kalau masa belajar ada orang yang nak bercakap kat kita apa nak buat, tolong brek untuk kita (hehehe..kadang2 aku pun tak perasan cikgu brek untuk aku)...tapi kalau dah abis belajar...hah pandai2 sendiri la. Jadi, kena la selalu ingat apa yang kita belajar dan undang2 yang kita baca kat dalam buku sebelum ambil ujian komputer tu....

Saturday, August 14, 2010

Mari kita solat secara sempurna

Salam semua,
Lama betul tak update blog ni, macam kena tinggalkan aje (nampaknye macam tulah). Bukannya apa, sibuk dengan aktiviti harian sepanjang 2-3 bulan yang lalu. Sekarang pun masih lg busy tapi luangkan jugak masa sebab nak berkongsi pasal buku yang dah lama saya baca ni - Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains. Almaklumlah sekarangkan bulan Ramadhan- bulan penuh keberkatan dan rahmat dari Allah s.wt.

Setelah 4 hari puasa, bagaimana agaknya perjalanan Ramadhan tahun ni? Adakah lebih baik atau sekadar buat sebab wajib sahaja. Aku berdoa moga bulan ini, semua dapat mengambil peluang memperbaiki amalan dan mana yang dah baik tu tambahkan lagi amalan. Insyaallah...

Berbalik pasal buku tadi, sebenarnya aku dah pernah post pasal buku ni, tapi tak sentuh secara mendalam pun. Jadi, sesuai dengan Ramadhan ini, aku nak berkongsi dengan mendalam sikit pasal isi buku ni. Seperti yang aku pernah cakap buku ni amat bagus untuk semua umat Islam dalam memperbaiki solat kita, dan apa pentingnya setiap pergerakan dalam Solat kita tu. Insyaallah, harap2 lepas baca ni, semua akan lebih bersemangat untuk menunaikan puasa dan ibadat lain terutamanya Solat Tarawikh.

Mungkin di sini aku akan terangkan setiap pergerakan dalam solat yg kita lakukan akan memberi faedah kepada tubuh badan kita.

1. Kebaikan solat terhadap komposisi badan.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, orang yang solat dengan sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik. Ini kerana apabila kita melakukan solat, ia umpama senaman ringan kepada badan kita.

Kajian tersebut berdasarkan kepada tabiat lazim sempurna solat iaitu:samada solat cukup 5 waktu; tahap pemahaman dalam bacaan; samada jemaah atau sendirian; kedudukan tulang belakang ketika rukuk samada lurus atau bengkok dan keadaan jari kaki samada dibengkokkan semada sujud, duduk antara dua sujud dan duduk tahiyat akhir.

Jika seseorang yang mengamalkan solat 5 waktu, berjemaah dan mempunyai tahap pemahaman yang baik dalam solat mempunyai tahap kesihatan yang lebih tinggi. Kalau kita rukuk dengan sempurna iaitu meluruskan tulang belakang dapat mengelakkan sakit tulang belakang, serta dapat melembutkan tulang sendi. Membengkokkan jari kaki ketika sujud dan tahiyat akhir pula dapat mengurangkan jisim lemak badan (boleh mengurangkan kandungan lemak dan kolestrol dalam badan). Senang cerita sesiapa yang nak kurus tu boleh la amalkan perkara ni (kalau tak buat dengan betul selama ni).

Dalam buku ini, ada juga disentuh topik mengenai Solat Tarawikh. Keputusan mengenai kajian terhadap solat tarawikh ini menunjukkan peningkatan tahap kesihatan terutama penurunan tahap glukosa dan lemak dalam badan dan juga pertambahan jisim badan tanpa lemak. Solat tarawikh bolehlah disamakan dengan senaman aerobik sederhana bagi diri seseorang.
2. Kebaikan pergerakan dalam solat terhadap jantung manusia

Kajian juga dilakukan pengaruh pergerakan dalam solat seperti: berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk tahiyat terhadap kesihatan jantung manusia. Keputusan ujian menunjukkan kadar denyutan jantung adalah berkadaran dengan jarak jantung dengan graviti. Maksudnya, bila kita berdiri tegak kadar denyutan jantung akan lebih laju sebab jantung perlu mengepam darah ke bahagian kepala dan melawan arah graviti. Apa yang saya faham graviti di sini adalah tanah atau permukaan tempat kita solat. Jadi bila kita rukuk, kadar denyutan nadi lebih rendah sebab jantung dekat dengan graviti. Dan apabila kita bersujud, maka kadar denyutan nadi lebih rendah berbanding kita rukuk sebab jantung kita hanya memerlukan daya sedikit untuk mengepam darah (sebab kepala kita dah berada lebih rendah dari jantung dan darah banyak mengalir ke otak).

Keadaan bila kita bersujud akan menyebabkan urat2 nadi otak dapat menerima lebih banyak darah berbanding biasa (lagipun otak memerlukan bekalan darah yang berterusan) menyebabkan otak bertambah sihat dan cergas. Jadi sujud adalah posisi solat paling baik untuk kesihatan jantung. Ada sebuah hadis yang ditulis di dalam buku ini tapi tak ditulis hadis ini sahih ke tidak (almaklum la aku ni bukan pandai bab2 hadis, nanti salah sebut dosa plak), tapi hadis ni memang biasa dengar (kalau ada sesiapa yang pandai bab ni tolong bagi tau ya...). "Sedekat2 hamba kepada Tuhannya ialah waktu sujud, oleh itu perbanyakkanlah doa ketika itu"

3. Kebaikan rukuk dan sujud tehadap kesihatan pinggang.

Pergerakan dalam solat seperti rukuk dan sujud adalah menyamai beberapa pergerakan stabilisasi (latihan senaman untuk pesakit tulang belakang) dan senaman regangan belakang ( untuk meningkatkan kelenturan badan) yang dapat mengelakkan kecederaan. Keputusan ujian menunjukkan rukuk dan sujud dapat memulihkan dan mengembalikan kenormalan fungsi otot2 spina terutama bagi pesakit tulang belakang.
4. Kebaikan tama'ninah terhadap fungsi otak

Semasa solat kita kena baca ayat2 tertentu dan ini sebenarnya memberi kesan kepada otak. Selain itu semasa solat kita perlu melakukan tama'ninah iaitu berhenti seketika dalam posisi tertentu sebelum bertukar kepada posisi lain. Contohnya bila kita bersujud dan ingin berdiri tegak kita perlu melakukan tama'ninah dahulu. Melalui kajian tersebut dapat ditunjukkan melalui data bahawa tama'ninah memberikan ketenangan kepada orang yang bersolat dan meningkatkan kewaspadaan dan menyediakan minda untuk menghadapi tugasan mental yang lebih berat. Aku mengalami perkara ini sendiri, bila bekerja sepanjang hari dan berhenti untuk solat, selapas solat otak lebih cepat berfikir.

Kajian tehadap isyarat otak sebelum dan selepas solat juga mendapati, selepas solat menunjukkan peningkatan daya penumpuan dan daya ingatan. Perkara ni berlaku kerana kita menumpukan perhatian atau kusyuk dan menolak sebarang gangguan fikiran dari minda kita.



5. Kebaikan pergerakan dalam solat terhadap otot.

Semasa kita solat kebanyakan dari otot dan sendi kita akan bergerak. Ini umpama senaman ringan kepada badan. Pergerakan ini sebenarnya memberikan kekuatan otot. Solat juga boleh la diibaratkan terapi perubatan secara berterusan yang dapat memberi manfaat kepada badan.

6. Kebaikan solat kepada masalah disfungsi ereksi(DE) (yang ni khas untuk lelaki!)

Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa, postur semasa solat dapat memberikan kesan positif ke atas pesakit DE iaitu dapat mengaktifkan otot lantai pelvik. Lelaki yang mengalami masalah DE apabila melakukan solat secara sempurna dan cukup 5 kali setiap hari menunjukkan kadar peningkatan tahap ereksi.

Jadi, dari sini kita boleh menilai bagaimana solat kita selama ini. Adakah sempurna dan pergerakan betul? Alhamdulillah bila dah baca buku ni aku faham kenapa ustazah aku masa sekolah dulu suruh rukuk betul2, bengkokkan jari kaki bila sujud. Dari situ aku perbaiki cara solat aku. Insyaallah..kebaikan solat mungkin tak nampak sekarang tapi dalam tempoh yang panjang.

Seperti yang aku canang2kan sebelum ni, buku ni perlu dibaca oleh semua umat Islam. Moga2 kita dapat memperbaiki solat kita. Dan sempena bulan Ramadhan ni, kita menambahkan amal kita terutamanya solat tarawikh yang dapat menambahkan kebaikan kepada kesihatan badan. Insyaallah..di tambah dengan amalan membaca Al-Quran, moga bulan ini memberi seribu ketenangan kepada kita di samping memperoleh rahmat dari Allah. Insyaallah....


Saturday, May 15, 2010

Nadra

Tajuk : Nadra
Terbitan : Ameen Book
Penulis : Isa Kamari
ISBN : 978-983-3991-92-1
Harga : RM29.00








Pertama kali tengok buku ini terus je beli. Tak tengok pun siapa penulis dia. Sebab aku memang dah tau mesti jalan ceritanya amat menarik. Harga pun biasalah- dalam range harga novel.

Penulis ni mempunyai beberapa novel hasil tulisanya, dan 3 dari bukunya telah diterjemahkan dalam bahasa inggeris. Dan Nadra ini adalah salah satunya. Novel ini dalam bahasa melayu bertajuk Atas Nama Cinta. Penulis ini adalah penerima anugerah S.E.A Write Award di Bangkok pada tahun 2006 dan dianugerahkan Cultural Medallion oleh kerajaan Singapura pada tahun 2007.

Mungkin sudah ramai yang mengetahui jalan cerita Nadra atau Maria Hertorgh yang penuh tragedi ini. Bermula kehidupan pada zaman pendudukan Jepun pada tahun 1942 di Tjimahi, Indonesia yang memaksa ibunya Adeline untuk menyerahkan Maria kepada Cik Aminah untuk dijaga. Ini untuk memastikan keselamatan Maria sendiri.

Adeline juga bersetuju supaya Maria dibesarkan dengan cara Islam. Malah Adeline bersama ibunya telah menghadiri majlis kesyukuran atas pengislaman Maria dan menukar nama Maria kepada Nadra binti Maarof. Biarpun begitu, Cik Aminah masih bimbang yang suatu hari nanti Adline akan menuntut semula Nadra darinya.

Oleh itu, semasa kedatangan Soelwadi iaitu bapa saudara Nadra ke rumah Cik Aminah untuk melawat Nadra, Cik Aminah menyuruh Soelwadi menandatangani surat penyerahan Nadra sebagai anak angkatnya yang sah. Malah Soelwadi sendiri telah menghantar Cik Aminah ke pelabuhan semasa Cik Aminah ingin pulang ke Kemaman.

Kebimbangan Cik Aminah ternyata menjadi kenyataan kerana pada suatu hari Konsulat Inggeris telah hadir ke rumahnya untuk menyatakan bahawa ibubapa Maria ingin berjumpa Nadra. Konsulat tersebut telah membuat janji kosong sehingga memperdaya Cik Aminah ke Singapura. Di Singapuralah bermula kesengsaraan Cik Aminah dan Nadra sendiri. Pasti kebanyakan dari kita tahu kesudahan , apa yang telah terjadi kepada Nadra..( teringat lagi masa tengok teater Natrah kat Istana Budaya..gila babas aku nangis)

Pada permulaan cerita mungkin kurang menarik perhatian aku. Memang banyak fakta yang penting telah dikupas pada permulaan cerita ini. Ia sesuatu yang penting untuk pembaca mengetahui kenapa Maria menjadi anak angkat Cik Aminah.

Mungkin agak sukar untuk menterjemahkan sebuah kisah benar dalam bentuk novel, tetapi penulis berjaya membuatkan aku hampir menitiskan airmata. Ayat yang amat menyentuh hati aku adalah "Maria left Nadra in Malaya but she knew the people whom she loved in Malaya could no longer live with Nadra because Nadra had become just a shadow. Nadra was a sweet short fiction that had ended abruptly. Who would be willing to retell this story?"

Namun beberapa fakta mungkin kurang tepat dalam cerita ini. Namun ia tidak sekali menjejeaskan jalan cerita Nadra ini.

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ni bolehlah dapatkan buku ni di MPH Online (untuk versi Inggeris), Kedai-Buku.com (untuk versi bahasa Melayu dengan tajuk Atas Nama Cinta).


Sunday, May 9, 2010

Di Bawah lindungan Kaabah

Tajuk : Di Bawah Lindungan Kaabah
Terbitan : Pustaka Dini
Penulis : Hamka
ISBN :978-983-9422-41-2
Harga : RM6.90








Setiap kali ingin membeli buku aku akan lihat dulu sinopsisnya di belakang kulit buku. Tajuknya pun dah menarik tapi tak tau la ceritanya bagaimana kan? Tapi bila dah baca belakang kulit buku ni aku pelik, kenapa tajuk buku ni "Di Bawah Lindungan Kaabah". Jadi aku pun beli la. Lagipun tengok la harga dan penulisnya pula. Macam rugi kalau tak beli. Lagipun, banyak orang syorkan membaca buku tulisan Hamka, ulama terkenal Indonesia.

Membaca mukasurat pertama...aduhhhh!!! Berbunga2 sungguh buku ni. Aku kalau bab baca buku macam ni, alamatnya tak faham la aku. Tapi demi Hamka, aku baca juga. Tapi bila teruskan membaca..oooh! tak la susah sangat nak faham.

Mengisahkan tentang Hamid yang meninggalkan Indonesia dan pergi ke Maakah kerana menuntut ilmu dan juga ingin melupakan kekasih hatinya Zainab. Zainab yang dikenali sejak kecil, pada mulanya dianggap sebagai adik, tetapi apabila telah dewasa cinta mereka berputik. Tetapi percintaan mereka terhalang oleh perbezaan darjat dan keturunan. Walaupun mungkin ibubapa Zainab tidak kisah akan darjat ini, tetapi Ibu Hamid sebelum meninggal telah mengingatkan Hamid tentang perbezaan ini.

Demi memenuhi kehendak ibu, serta sedar yang dirinya berasal dari keluarga yang miskin, Hamid membawa diri. Tambahan pula ibu Zainab ingin menjodohkan Zainab dengan keluarganya yang terdekat dan meminta Hamid memujuk Zainab menerima pinangan tersebut. Hamid juga tidak mengetahui samada Zainab juga menaruh hati padanya.

Setelah mengetahui Zainab juga menaruh hati pada Hamid, Hamid bertekad untuk pulang bagi mengubat rindu pada Zainab setelah dia menunaikan hajinya. Tapi siapa pula yang dapat Hamid temui???

Buku karangan Hamka ini menunjukkan betapa didikan agama itu, membuatkan Hamid tidak mampu untuk menyatakan rasa cintanya kepada Zainab kerana perasaan malunya. Keinginan Hamid untuk mendapat keredhaan Allah melebihi keinginannya mendapatkan Zainab. Satu pengajaran yang diterapkan oleh Hamka betapa kesabaran itu akan mendapat balasan yang baik dari Allah.

Jalan ceritanya yang pendek dan ringkas (hanya 84 muka surat aje...1/2 hari pun boleh habis ni...) serta mudah difahami walaupun ayatnya berbunga2. Terdapat dialog tentang cinta yang menarik ingin aku petik di sini. " Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap2 diri manusia. Ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain2 menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain2 perangai yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain2 perangai yang terpuji"

Kalau nak dapatkan buku ni secara online boleh la dapatkan di Kedai-Buku.com atau dapatkan aje di mana2 kedai buku. Kalau nak cari sendiri buku ni kat kedai buku mungkin agak susah sebab dia kecik dan nipis, jadi lebih baik tanya di kaunter.






Saturday, May 8, 2010

Musafir Cinta

Musafir Cinta



RM 18.00
Tajuk Buku: Musafir Cinta
Terbitan : PTS Litera Utama Sdn Bhd
Penulis : Taufiqurrahman Al-Azizy
ISBN : 978-983-3892-10-5
Harga : RM18.00 (Semenanjung malaysia)





Pertama kali melihat tajuk buku ni, andaian ianya tentang kisah cinta pasal remaja masa kini. Tapi anggapan aku silap bila membaca sinopsis di belakang kulit buku ni. "Iqbal pun beraksi, meninggalkan segala jenis ibadah yag istiqamah diamalkannya selama ini. Mencampakkan iman dan jiwa Islamnya. Rumah ibadah lain pun dikunjunginya. Tetapi semakin berani dia menentang agamanya, semakin lebar jugalah kehampaan jiwa yang menderanya. Hatinya kian gundah, hidupnya kian nestapa."
Setelah membaca perenggan ini tanpa fikir panjang terus aje aku beli. Lagi pun penulisnya agak terkenal juga, hingga mencapai bestseller di Indonesia.

Membaca bab pertama buku ini,pasti kita akan tertarik untuk mengetahui apakah yang akan terjadi seterusnya kepada Iqbal. Iqbal Maulana, seorang pelajar pasentran tegal Jadin yang terpaksa mengembara mencari cintanya pada Ilahi dan meninggalkan cintanya kepada 3 wanita di pasentran tersebut. Inilah yang dinamakan Musafir Cinta. Sebab kenapa dia harus keluar dari pasentran ini bukanlah pada bab pertama ini. Sebab itulah aku katakan membaca bab pertama ingin terus membaca untuk mengetahui lagi cerita seterusnya.

Membaca bab yang seterusnya pula, kita akan mengetahui kenapa dan siapa Iqbal Maulana sebelum dia menjadi pelajar di pasentran Tegal Jadin. Bila mengetahui asal usulnya kita akan menyedari betapa Hidayah Allah itu tidak mengira siapa pun, kalau Allah ingin memberinya, pasti Dia akan beri.

Perjalanan Iqbal yang penuh dengan onak duri tetapi masih lagi berpegang pada petunjuk Allah. Bertemu dengan berbagai jenis orang dan sentiasa pula diuji kematangan fikirannya serta prinsipnya pada Islam. Sikap Iqbal yang sentiasa berfikiran positif menemukannya pada Firman, seorang pemuda jalanan yang tak tentu jalan hidupnya. Apa yang berlaku pada mereka berdua selepas itu amat menarik sekali. Seakan kita ingin bertemu dengan Iqbal dan memberi kita tunjuk ajar tentang Islam. (Kalau aku plak fikir bertuahnya la kekasih Iqbal yang bertiga itu). Hehehe

Membaca buku ini seakan kita membaca hati dan fikiran orang lain. Cuba bayangkan kita boleh membaca dan mengetahui fikiran orang tersebut. Macam tulah kiranya bila kita membaca buku ni. Bagaimana Iqbal membuat keputusan, berfikir apa yang harus dilakukan - semuanya seakan jelas di mata bila membacanya.

Apa yang menarik lagi banyak diselitkan ayat-ayat Al-Quran yang boleh dijadikan panduan untuk kita. (Mungkin kita selalu membaca Al-Quran tetapi adakah kita memahami maksudnya?). Maksud di sebalik Ayat-ayat Al-Quran di dalam cerita ini tidaklah diterangkan secara terus, tetapi kita akan dapat memahami kenapa ayat tersebut berkaitan dengan cerita yang disampaikan.

Banyak juga dialog2 di dalam buku ini yang boleh dijadikan pengajaran. Contoh dialog antara Anton dan Iqbal semasa di dalam bas " Saya percaya setiap agama itu baik dan benar. Walaupun agama itu demikian, belum tentu penganutnya2 demikian......agama hanya dijadikan topeng, dijadikan alat,dijadikan kenderaan bagi memenuhi nafsu2 pengikut2nya." Aku rasa ini adalah pengajaran utama buku ini.

Sepanjang membaca buku ini dapatlah disimpulkan bahawa kita jangan lah mudah memandang negatif pada semua orang, malahan kita juga sepatutnya berdoa agar mereka diberi hidayah dan tidak pula memburuk2kan mereka. Contohnya penagih dadah, bohsia ataupun mereka yang selalu melakukan larangan Allah. Sebab kita tidak tahu kenapa mereka memilih jalan hidup mereka begitu dan apa sebab2 mereka jadi begitu. Kita tidak tahu. Hanya Allah sahaja lah yang tahu semua itu.

Aku akui, aku bukanlah seorang yang suka sangat membaca novel seperti dahulu (kena tengok tajuk dan jalan cerita baru decide nak beli ke tidak), tetapi tumbuhnya novel2 Islami yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan seperti ini, yang bukan menjurus cinta lelaki dan perempuan, mengubah persepsi aku terhadap novel2. Sebab cara penulis menyampaikan dakwah itu mungkin lebih senang difahami berbanding dengan kita membaca buku besifat ilmu atau fiksyen.

Jadi pada sesiapa yang nak membeli buku ini bolehlah beli di mana2 kedai buku. Atau kalau malas nak pergi kedai buku boleh klik di gambar atas dan beli secara online.



Thursday, April 8, 2010

Hangzhou - Shanghai

Seperti yang dijanjikan dalam post terdahulu, aku eana meletakkan beberapa gambar yang menarik semasa pergi ke Huongzhou dan Shanghai pada 12 -15 Mac yang lepas. Pengalaman selama 4 hari di sana takkan aku lupakan. Tambahan pula inilah pertama kali aku ke luar negara.

Banyak juga la perbezaan yang aku rasa tiada seperti di Malaysia. Apa yang menarik sudah tentulah penunggang basikal tak kira lelaki atau perempuan setiap hari lalu lalang di jalan raya. Malah ada jalan khas untuk penunggang basikal. Kalau kat Malaysia, menunggang basikal mungkin kelihatan janggal di sini. Sepanjang perjalanan dari Shanghai ke Hangzhou, pemandangannya sungguh cantik, dari segi senibina mahupun tanam2an yang ditanam sepanjang di lebuhraya. Kalau lebuh raya di Malaysia nampak pokok sawit ajelah.

Tapi kalau dari segi budi bahasa, rakyat Malaysia sudah tentu no 1. Di sana aku beberapa kali dilanggar tanpa ada perkataan maaf malah mereka juga biasa meninggikan suara. Mubgkinla budaya mereka di sana tapi...hmmmm, kita telah diajar bercakap dengan lemah lembut dan sopan santun...mungkin tak biasa.

Tempat paling aku suka sekali sudah pasti lah West Lake. Amat menarik dan cantik sekali. Sayang pada masa tu bunga2an masih belum keluar sepenuhnya. Kalu tidak pemandangannya mesti lebih cantik lagi. Aku bagaikan terpaku melihat pemandangan umpama gambar yang dilukis, sedangkan hakikatnya ia adalah satu ciptaan Tuhan. Subhanallah. tengok ajelah gambar2 dalam slideshow ( mungkin aku punya gambar tak cukup cantik berbanding dengan orang lain). Aku rasa kalau masih ada peluang aku akan ke sana lagi.

Bagi bandaraya Shanghai pula, ia tak ubah seperti Kuala Lumpur, dengan jalan raya yang sesak dan kenderaan yang banyak (tetapi penunggang basikal tetap banyak). Jadi mungkin tiada apa yang istimewa di Shanghai.

Dari segi makanan, rasanya kalau orang yang cerewet macam aku ni mungkin susah nak terima makanan yang tak biasa dimakan. Tapi di sana, aku boleh makan semua makanan yang dihidangkan kecuali daging kambing. Memang sedap sangat. Tapi bila kembali ke Malaysia, aku makan macam 4 hari aku kat sana tak dapat makan. Rindu sangat makanan Malaysia....hahaha. Mana sama negeri orang dengan negeri kita kan?!

Jadi, kalau ada sesiapa yang plan nak ke China, nak la ikut jugak...hehehe. Jangan lupa ajak aku ye (duit belanja g ke China aritu pun ade lagi - simpan...hehehe).

Sunday, April 4, 2010

Personal Money - Apa yang patut anda tahu tentang cukai pendapatan



Fuhhh...setelah sekian lama tak update blog ni, jadi ini mungkin masa yang terbaik untuk menulis semula. Sebelum ni menghilangkan diri sebab menumpukan perhatian pada peperiksaan dan banyak kerja yang perlu diselesaikan. Tapi sempat juga pergi ke Shanghai dan Hangzhou (company trip ya). Insyaallah, aku akan upload gambar2 menarik semasa di sana.

Ok...untuk permulaan setelah habis exam, aku fikir apa kerja yang patut aku selesaikan. Sudah pasti buat jadual study semula sebab keputusan peperiksaan kurang baik ( tak payah cakap la..sedih). Dan teringat blog aku yg dah berapa lama tak update ni. Jadi untuk permulaan ini aku akan review majalah Personal Money.



Untuk keluaran April ini, aku rasa majalah ni padat dengan berbagai info dan yang pasti fokus untuk April ini adalah tentang cukai pendapatan. Kepada sesiapa yang makan gaji tarikh 30 April perlulah dimasukkan dalam kalendar anda sebab ini adalah last day untuk submit borang.

Aku amat berminat dengan keluaran April ni sebab dari muka ke muka padat dengan informasi yang amat berguna. Ada perbincangan tentang pelaburan - apa yang patut anda lakukan sebelum melakukan pelaburan. Majalah ini ada menerbitkan semula sebahagian artikel dari sebuah buku yang ditulis oleh seorang yang berpengalaman 50 tahun dalam pelaburan di Wall Street iaitu Charles D Ellis dalam buku Winning the Loser's Game: Timeless Strategies for Successful Investing . Terdapat satu nasihat yang aku rasa amat berguna iaitu "Don't invest with borrowed money". Nasihat lain yang aku rasa patut diambil kira terutama kepada sesiapa yang baru hendak melabur tak kisah dalam apa instrument sekali pun - perlu mengambil kira keadaan kewangan kita simpanan, insurans, hutang semasa (ada orang berhutang semata2 nak melabur), pendapatan tahunan dan banyak lagi. Untuk sesiapa yang ingin mendapatkan buku ni bolehlah dapatkan di MPH Bookstore dengan harga RM119.80.

Hah, kalau ada sesiapa yang selalu mendapat email suruh tukar password atau memberi maklumat peribadi, bolehlah membaca tentang apa yang patut dan tak patut dilakukan untuk melindungi maklumat peribadi anda. Sekarang aku rasa benda ni semalin menjadi2 disebabkan kecanggihan teknologi. Aku pun selalu dapat email suruh tukar password facebook guna password yang mereka bagi...tapi setakat ni aku abaikan aja.

Satu lagi artikel menarik adalah " Clinch a better deal: How to negotiate for a higher starting salary". Aku amat suka dengan artikel ni sebab boleh digunakan kalau aku rasa nak pindah tempat kerja baru nanti (setakat ni belum ada rasa nak tukar kerja la...hehehe). Selalu kita merasa merendah diri untuk mendapatkan gaji yang sepatutnya kita boleh dapat (ni aku la ni...), tapi mungkin kita tak tahu cara yang betul atau mungkin rasa "nanti demand sangat la plak aku ni kan!!...". Beberapa faktor kita kena ambil kira apabila meminta gaji yang kita kehendaki seperti kelayakan kita - apa yang kita boleh tawarkan pada mereka (jangan bagi dia orang menyesal ambil kita bekerja la lebih kurang), benefit yang ditawarkan oleh majikan atau mungkin counter offer seperti gaji rendah tapi benefit banyak (aku baru terfikir benda ni). Jadi aku galakkan beli majalah ni dan baca artikel ni.

Sudah pasti fokus majalah bulan ini tentang percukaian. Aku pun dah lupa la jugak pasal income tax ni, sebab bidang kerja sekarang tak tengok sangat pasal cukai ( masa jd audit assistant dulu, kenala tau kan). Ada disentuh tentang bagaimana mengisi Borang BE untuk employment income - aku rasa sekarang guna e-filing semua ni dah jadi senang kot..tapi apa salahnya kalau kita tahu kan, terutama yang tak guna e-filing tu. Selain itu, berbagai soalan yang semua orang mungkin tertanya2 tentang percukaian seperti: kita salah isi borang, lambat bayar - sah2 la kena penalti!, GST (goods and services tax) dan banyak lagi la.

Aku boleh katakan untuk keluaran bulan April ni, kalau bayar RM9.00 je tu amat3 la berbaloi. Memang tak rugi. Jadi boleh la dapatkan Personal Money ni kat mana2 kedai majalah atau kedai buku. Kalau nak langgan untuk setahun pun boleh. Lagi berbaloi aku rasa sebab untuk 12 keluaran dapat potongan 30% . Jadi harga dia RM75.60 (Semenanjung) dan RM84.00( Sabah, Sarawak). Ini dah kira promosi percuma untuk majalah ni dah ni...hehehehe. Jadi dapatkanlah majalah ni kalau nak tahu lebih banyak lagi.

Thursday, February 18, 2010

Blog update???

Lama betul aku tak post apa2 dalam blog ni ye...Hmmm, bukannya apa, masa tidak mengizinkan. Sekarang sedang sibuk membuat persiapan untuk exam yang dijadualkan akhir Mac nanti ataupun awal April. Lagi pun pertengahan Mac ada trip ke China. Jadi semua persiapan mesti dibuat sebelum berlepas ke sana.

Apa pun aktiviti membaca tidak tertangguh, masih berjalan seperti biasa. Sekarang ada dua buah buku yang akan dibaca. Dua buah buku yang dah habis dibaca tetapi belum hantar posting dalam for my review. Ada 2 majalah yang dah dibaca juga iaitu Personal Money dan Smart Investor. Jadi banyak posting yang aku rancang untuk blog ni masih pending. Tapi insyaallah, akan aku usahakan jugak.

Tolong doakan apa yang aku nak buat ni berjaya terutamanya persiapan untuk peperiksaan nanti...Terus mengikuti blog aku ya.

Thursday, January 28, 2010

Kenapa mengantuk lepas lunch???

Setiap orang mesti pernah mengalami keadaan mengantuk lepas lunch. Betul tak? Saya? Tak payah tanya la...dulu mak saya selalu marah. "Kau ni lepas makan, tido. lepas makan tido. Kalau badan kau tu gemuk tak apa jugak".

Tapi kenapa kita mesti mengantuk lepas makan. Mesti ada punca dia kan? Hari ni saya dapat email dari seorang kawan, memberi tahu punca kita mengantuk lepas makan. Jadi saya ingin kongsi kan dengan kawan2 semua. Harap2 kita boleh la ambil tindakan yang sewajarnya untuk mengurangkan rasa mengantuk lepas lunch. Terima kasih pada kawan saya tu pasal bg info ni. Saya pun tak tahu dari mana dia ambil. Tapi ilmu yang baik bagus untuk di kongsi kan? Ini saya copy paste dari email tersebut:

KENAPA MENGANTUK SELEPAS LUNCH?

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

Tuesday, January 19, 2010

Solat: Kebaikan dari perspektif sains

Solat wajib bagi setiap orang Islam. Dalam Al Quran ada menyebut solat itu mencegah kita dari perbuatan mungkar. Tapi kita tau tak kebaikan solat dari perspektif sains pulak? Mesti tak tau kan?

Hari Ahad lalu, aku nak gi makan jadi singgah dulu kat MPH berdekatan. Jadi terjumpa la satu buku ni. Bukan la sebab di buku tu tertulis "Jualan Terlaris, Mesti Baca" tapi memang dari tajuk dia je, memang rasa bagus buku ni. Tambah pula, harga dia cuma RM29.90 dengan kualiti buku yang amat bagus sekali rasa macam rugi la tak beli kan!




Buku ni di tulis oleh penyelidik UM yang menjalankan penyelidikan terhadap kebaikan solat terhadap tubuh badan manusia. Penerangan yang mudah difahami beserta dengan gambar memang menarik sangat untuk dibaca.

Diterangkan juga kebaikan pergerakan dalam solat dan faedahnya. Contoh bila kita rukuk kebaikannya pada kesihatan manusia, bila kita membengkokkan jari kaki bila duduk antara dua sujud dan kebaikannya.

Mungkin selama ni kita ambil sambil lewa je pergerakan dalam solat. Tapi bila dah baca buku ni kita mesti nak solat kita sempurna. Bukan sahaja untuk menghadap Allah tapi untuk kesihatan diri kita. Dah baca buku ni barulah kita tau kenapa Allah suruh kita jangan tinggalkan solat.

Jadi, kawan2 dapatkan segera buku ni. Memang menarik sangat. Harga murah, ilmu dapat, lepas tu solat pun semakin baik. Jadi, nak fikir lagi ke nak beli ke tak?

UMNO - Akhir Sebuah Impian

Kali ni aku nak review pasal buku yang aku rasa amat menarik untuk dibaca. Sejak penulis dia meninggal dunia, teringin nak baca buku ni. Nak tau apa yang dia tulis.

Jadi masa jalan2 kat MPH aku pun carilah buku ni. Mungkin orang fikir aku ni ahli UMNO. Lantak la. Yang penting aku beli sebab nak tau apa isi kandungan dia. Masa baca intro dia, rasa sedih sikit sebab ada satu impian penulis yang aku rasa belum tercapai sebelum dia meninggal dunia. Dia ada menyatakan nak tulis satu lagi buku pasal diri dia sendiri.

Buku ini dimulakan dengan kisah perjuangan Umno untuk mencapai kemerdekaan, serta cabaran yang dihadapi oleh pejuang2 kemerdekaan tersebut. Konflik2 yang melanda bagi mencapai kemerdekaan tersebut. Antaranya keengganan orang melayu untuk membuka keahlian kepada orang bukan melayu. Namun begitu ornag bukan melayu juga tidak mahu menyertai Umno. Oleh kerana idea ini ditolak, Presiden Umno pada masa itu iaitu Dato Onn Jaafar meletak jawatan dan diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman.

Selepas memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, timbullah satu lagi konflik dalaman parti yang mana pada pandangan menulis tidak pernah selesai sehingga ke hari ini. Konflik perebutan kuasa untuk menjadi Presiden parti. Penulis percaya ia bermula sejak pertandingan perebutan jawatan presiden di antara Tun Hussien Onn dengan Sulaiman Palestin pada 1976.

Di dalam buku ini juga banyak kisah yang mungkin kita sebagai orang biasa tidak mengetahuinya, tetapi penulis mengambil inisiatif ini untuk memberitahu kita. Contohnya kes tikam belakang antara pemimpin2 Umno sendiri dengan tujuan untuk mendapatkan kuasa. Begitu juga, penulis menyentuh mengenai ahli Umno sekarang yang menyertai Umno hanya untuk tujuan mendapatkan 'sesuatu', bukan untuk memajukan Umno atau negara.

Penerangan mengenai peranan penulis sepanjang dia berkhidmat sebagai Menteri penerangan telah banyak mempertahankan kedudukan pemimpin Umno sendiri. Selain itu beliau menerangkan tanggungjawabnya yang telah membawa kepada penubuhan Umno semula selepas pengharamannya pada 14 Feb 1988. Walaupun akhirnya dia dibuang dari kabinet tetapi beliau tidak pernah menyesal malah berbangga kerana telah menjalankan tugasnya dengan baik.

Sebagai penutup buku ini, penulis memberikan nasihat kepada ahli Umno serta pemimpinnya supaya impiannya untuk melihat Umno terus maju untuk agama, bangsa dan negara.

Amat menarik sekali membaca buku ini sebab kita dapat mengetahui latar belakang sejarah negara yang mungkin kita tidak tahu dari orang yang terlibat secara langsung dengan peristiwa tersebut.



Dengan penyampaian yang bersahaja dan kadang kala mencuit hati, aku amat berpuashati membaca buku ini. Harga pun murah sahaja RM29.90. Jadi kepada sesiapa yang rasa berminat nak masuk politik tak kisah la parti apa2 pun boleh la baca buku ni untuk mendapatkan tips2 dari penulis.

Akhir sekali, kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Tan Sri Mohammed Rahmat. Moga rohnya dicucuri rahmat. Aminnn...

Wednesday, January 6, 2010

Beli buku tapi masih berjimat

Kelmarin aku beli majalah Personal Money sebab tertarik dengan satu isu ni. Selalu pun memang beli majalah ni ikut topik yang menarik la. Tapi untuk isu #101 ni, di ruangan "smart spending" ade dibincangkan pasal membeli buku secara berjimat.

Bukannya apa, rakyat Malaysia ni agak berkira jugak kalau membeli buku (aku pun termasuk jugak) walaupun kerajaan bagi rebat cukai terhadap pembelian buku dan majalah. Jadi untuk posting kali ni, aku ingin berkongsi apa yang aku dah baca ni. Tapi kalu sesiapa yang berminat nak baca majalah Personal Money ni, boleh la beli. Harga dia murah je Rm9.oo. Tapi amat berbaloi beli sebab banyak sangat info di dalmnya berbanding iklan.


1: Jadilah ahli
Kalau kita jadi ahli selalunya kita akan mendapat diskaun apabila membeli buku. Tapi kadang tengok jugak, tak semua buku dapat diskaun. Tapi apa salahnya kalau kita jadi ahli dengan bayar beberapa ringgit je. contohnya MPH, keahlian adalah RM20 untuk 2 tahun. Kalu kita beli buku dah tentu, dapat cover balik keahlian tu dengan diskaun yang dia bagi. Rasanya semua kedai buku pun membuka keahlian untuk pembeli.

2) Beli masa jualan gudang
Selalu kalau hujung tahun, kedai buku ni, dia buat jualan gudang (kalau orang putih cakap warehouse sale). Ha, apa lagi, masa ni lah kita borong banyak2 buku kat sana. Kadang dia orang bagi sampai 70% diskaun. Tapi janganlah harap nak diskaun untuk buku baru plak.

3) Online bookstores
Yang ni rasa macam kurang betul sikit sebab kalu nak ikutkan, aku dah cek dah harga online dengan kedai buku. Sama aje. Tambah pulak, kalu beli online kena caj penghantaran, tambah lagi kos tu. Setakat ni perbandingan harga yang aku buat sama ajala. Tapi mungkin harga berbeza ni ikut jenis buku samada paperback atau pun baru.

4) E-book
Mungkin ada yang belum tau e-book tu apa. E-book ni maksud dia, buku tu kita boleh download melalui internet (kira soft copy la ni). Sekarang ni e-book amat popular. Kadang kita boleh dapat free je e-book ni. Kira kat mana2 pun kita boleh baca la. Ade jugak satu device yang digunakan khas untuk e-book ni. Kalu kat oversea dah popular sangat2 la sebab orang dah tak nak simpan banyak2 buku kat dalam rumah. Tapi kat Malaysia ni rasanya baru nak berkembang. Aku pun ada jugak join free-ebook. Selalu dia hantar la newsletter untuk bagi tau e-book terbaru. Yang bestnya, aku pernah dapat buku Harry Porter lagi. Masa tu buku Harry Porter tu baru keluar. Amacam? Best kan. Orang duk beratur beli (mahal lagi), aku dapat free je. Memang best giler la....

5) Beli second hand
Kalau rasa kita tak mampu nak beli yang baru, apa salahnya kita beli second hand. Kalau buku tu elok lagi tak salah. Yang penting ilmu yang ada dalam buku tu. Kalau kat KL ni ada satu kedai buku second hand kat Central Market dengan The Mall. Kalu online punya ada paylessbook (www.paylessbooks.com.my). Dia punya store ade di 1 Utama dengan Ampang Point.So boleh la tengok buku apa yang ada kat sana.

Amacam...berguna tak tips yang aku bagi ni. Jadi lepas ni boleh la merancang beli buku. Jangan lupa dah beli simpan resit, nanti boleh claim untuk rebat cukai....

Monday, January 4, 2010

NEW YEAR - How was your performance for 2009

Hari ini 4/1/2010. Lambat sikit tulis new post. Nak publish lg. Hmmm...keadaan tak mengizinkan aku nak tulis last year. Tapi rasenye ok je kot. Hmmm...macam mana dengan sambutan tahun baru...As usual aku hanya sambut di rumah. Bukannya apa, lg selesa. Buat apa nak bersesak -sesak semata2 nak tengok bunga api. Baik tengok dekat rumah. Lagipun 30/12/09 sepupu aku meninggal. Disebabkan hanya keluarga aku family terdekat yang tinggal, jadi sibuk menguruskan majlis tahlil utk keluarga mak cik aku pd sebelah siangnya.

Duk sibuk sambut new year, camana plak dengan 2009. Selalu orang cerita pasal azam baru. Tapi azam lama? Dah tercapai ke belum? Hehehee....kalu ade yang belum tu 2010, continue la ye tak? Alhamdulillah...azam aku untuk 2009 dah tercapai.

Cerita pasal azam ni, selalunya aku akan buat azam yang aku rasa memang boleh capai untuk tahun tu. Biar kecik asalkan tercapai. Buat apa kalu ada azam tinggi melangit satu pun tak tercapai. Betul tak?

2009 ni memang tahun yang agak mencabar jugak bagi aku. Mencabar untuk kehidupan peribadi. Mungkin orang akan lupa apa yang dah terjadi 2009. Tapi aku harap apa yang terjadi pada aku akan menjadi satu pengajaran.

12/02/2009 - Hari di mana aku jatuh tangga, sampai aku kena simen dari tapak kaki sampai lutut. Fuh....sepanjang kena pakai benda tu, aku amat tertekan sekali. Bukannya apa, aku hanya duduk dirumah. Segala2nya disiapkan oleh mak aku. Sedangkan mak aku tak berapa sihat pun. Hari pertama aku jatuh, dia dah datang ke KL untuk bawa aku balik ke kampung. Di situlah aku sedar, betapa besarnya kasih sayang mak aku pada anak2 dia. Pernah satu hari, aku dah makan di runag tamu mak aku cakap " Kau letak jelah pinggan tu kat situ, nanti mak basuhkan". Aku rasa hampir menangis, sebab selalu aku yang akan basuh pinggan, masak untuk mak aku....Pada mas tu aku hanya berdoa agar cepat sembuh sebab tak mahu menyusahkan mak aku. Nasib baik la seminggu je aku kena pakai simen tu. Apapun, MAK TERIMA KASIH......moga Allah terus memberkati Mak sampai bila2.

07/09 - Aku memutuskan untuk mengambil Certified Internal Auditor sebagai pelaburan masa depan kerjaya aku. Aku mendaftar sebagai ahli Institute Internal Auditor dan terus mendaftar untuk ujian tersebut. Mungkin sedikit mahal tapi tak apalah. Lagipun aku terasa bosan jugak bila balik rumah tak ada apa nak buat. Malam tidue, esok bangun pergi keje. Setiap hari macam tu. Rasa macam tak ada perkembangan langsung. So, lebih baik aku study. Ada gak faedah untuk masa depan kan! Jadi bagi sesiapa yang rasa tak ada benda nak buat untuk 2010 ni, apa kata sambung study. Lagipun menuntut ilmu tu kan satu tuntutan Islam. Kalu tak untuk kerjaya pun, satu ibadah.

22/10/09 - Dalam sibuk aku menyipakan diri menghadapi peperiksaan, aku terpaksa melupakan pelajran aku selama satu bulan. Ayah aku sakit. Bermula minggu terakhir puasa dia dah tak larat. Selepas hari raya dia sendiri yang minta ke hospital. Sedangkan sebelum ni, memang payah, sampai berpaksa. Dia dah tak tahan lagi menanggung sakit. Hari pertama masuk ke hospital, doktor sahkan ayah dalam keadaan kritikal. Doktor cuba sedaya upaya untuk merawat abah. Seminggu dia di Hospital Kuala Pilah, doc kasi discharge. Dua hari lepas tu masuk plak hospital Seremban, sebab kami tak berpuas hati dengan keadaan ayah. Aku bergilir2 dengan adik beradik aku menjaga ayah. Rupanya itulah kali terakhir kami dapat menjaga ayah. Aku orang terakhir menjaga ayah di hospital seremban. Sebab selepas tu doc kasi discharge dan suruh cari hospital yang bleh buat fistula untuk rawatan buah pinggang abah. Tapi, sebenarnya keadaan ayah tidak boleh diselamatkan lagi.

Ayah pergi dalam keadaan yang amat tenang. Semangatnya amat kuat biarpun keadaannya amat menyedihkan. Hingga terkeluar dari mulutnya" Kau orang jangan risau, abah belum nak mati lagi". Pernah dia minta maaf sebab menyusahkan kami. Ya, tiada siapa antara kami akan lupa hari terakhir sebelum pengkebumian. Tiada siapa yang dapat menahan takdir Allah. Kami juga insan yang amat lemah. Pemergian abah memberi tamparan hebat. Tiada siapa yang akan lupa hari pengkebumian abah, kami menangis tidak dapat menahan kesedihan. Mungkin kerana, kami tak dapat menerima keadaan ayah meninggal kerana sakit yang ditanggungnya. Dia tak mahu mendapatkan rawatan di hospital, kecuali bila keadaan dia dah kritikal. Itu yang mungkin menyebabkan kami rasa sedih. Kalu lah ayah mahu ikut kehendak kami pergi ke hospital......apa boleh buat, ini semua ketentuan Allah.

Apapun, aku sekeluarga tak rasa terkilan, kerana masih dapat menjaga ayah hingga ke akhir nafasnya. Moga Allah mengampunkan dosa ayah, dan dia diletakkan di kalangan orang beriman. AMIN.....

24/11/09 - Selepas pemergian ayah, aku belajar bersungguh2 untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan pertama CIA. Aku mahu melupakan kesedihan atas pemergian ayah. Selama 3 minggu aku bertungkus lumus tak cukup tidur membuat persiapan. Tetapi aku masih belum yakin. Aku perlu lulus peperiksaan ni. Yong Pang Chun, ofismate aku meyakinkan aku bleh menjawap peperiksaan berdasarkan persiapan yang aku buat. Tiba hari di nanti, aku menghadapi peperiksaan dengan tenang. Alhamdulillah.....aku PASSSSSSSSSS. Syukur, pengorbanan aku berbaloi jugak. Ini semua berkat doa semua. Dan sekarang, aku buat persiapan untuk peperiksaan kedua. Insyaallah, bulan 3 ni. Doakan aku berjaya ya.

Memang tidak dinafikan, tanpa usaha kita takkan berjaya. Tapi satu perkara yang amat penting sekali jangan dilupa. Sebagai seorang hamba Allah yang amat kerdil, jangan lupa untuk bertawakal kepada Allah terhadap segala usaha yang telah kita lakukan. Insyaallah, Allah takkan mensia-siakan hamba-Nya yang sentiasa berserah. Tapi jangan bertawakal tanpa berusaha plak. Salah jugak tu.

12/09- Akhir 2009, mungkin bulan paling tak sihat bagi aku. Sebab aku dilanda masalah keracunan makanan. Sampai sekarang masih tak ok lagi. Sebab apa aku cakap paling tak sihat? Sebab aku hampir2 dimasukkan ke wad kerana masalah tersebut. Mungkin doktor bagi ubat yang paling kuat (untuk tahan sakit je), jadi aku boleh keluar dari wad kecemasan selepas 3 jam rawatan. Kalu aku dah sampai ke tahap itu, memang kesihatan aku agak teruk. Sebab selalu kira tahap jumpa doktor kat klinik, satu hari dah sihat.

Lepas ni aku kena lebih berhati2 bab makan. Nak kata aku ni cerewet jugak. Tapi tahap kebersihan makanan ni kenalah jaga. Lepas ni nak cari supplement yang bagus sikit. Dah jumpa tapi blum try lagi. Sebab mahal sangat. Tapi kalu bagus apa salahnya kan. Sebab kesihatan pun penting jugak. Kalu tak sihat macam mana nak buat kerja kan?

Itu jelah catatan aku untuk 2009. Suka duka silih berganti. Harap2 tahun 2010 ni aku akan lebih cemerlang. Apa impian aku untuk 2010. Insyaallah, become CIA graduate, hehehe, lagi satu ni malu nak cakap. Sebab orang lain dah lama ade, aku baru terhegeh2 nak ambik. Apa dia? Hehehe, nak ambil lesen kereta. Insyaallah, kalu ade rezeki...apa yang penting semua azam aku untuk 2010 ni tercapai.

Pada semua, selamat menempuh tahun 2010 dengan jayanya. Moga azam anda semua juga tercapai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...