Wednesday, May 4, 2011

Al-Quran Dalam Hidupku

Tajuk : Al-Quran dalam Hidupku
Penulis: Anas Zubedy
Penerbit: Zubedy Ideahouse Sdn Bhd
ISBN: 9789834436261
Harga: RM34.50

Buku ini pernah diterbitkan di dalam Bahasa Inggeris dan ini adalah cetakan kedua dan diterjemahkan di dalam  Bahasa Malaysia pula. Mungkin disebabkan aku memang suka membaca tentang pengalaman orang lain jadi aku membeli buku ini.

Buku ini tentang pengalaman penulis sejak dari kecil sehingga dewasa. Dalam setiap pengalaman yang dilalui oleh penulis dihubungkan pula dengan ayat Al-Quran yang berkaitan. Cara penulisannya pula amat mudah, santai dan dekat di hati membuatkan kita tak jemu untuk membacanya. Bayangkan aku membacanya dalam tempoh tak sampai 3 jam sahaja. Beberapa pengalaman yang kadang buat kita rasa amat kelakar contohnya pengalaman dia berkenalan dengan sahabat karibnya Jubal. Dan terdapat juga pengalaman yang buat kita merasa sedih seperti kehilangan sahabat karibnya itu akibat mati lemas.

Namun terdapat beberapa penggunaan ayat Al-Quran yang saya rasa perlu diperjelaskan lagi oleh penulis (mungkin sebab saya bukan berlatarbelakangkan pendidikan agama, jadi sukar untuk memahami secara terus penggunaan ayat Al-Quran tersebut dalam konteks yang ingin disampaikan penulis). Ia berkaitan dengan kisah seorang tauke cina yang menderma sebanyak RM1 juta untuk pembinaan masjid di Pulau Pinang, namun umat Islam dilarang pula menderma untuk pembinaan tokong atau kuil. Penulis menggunakan ayat dari Surah Al Muthaffifin ayat 1-5.Sukar untuk aku mengaitkan petikan ayat Al-Quran ini dengan larangan tersebut.

Apa yang menarik perhatian adalah artikel yang ditulis oleh penulis menegenai Pengembara. Ringkasannya, ramai pengembara hanya "melancong" iaitu hanya pergi berjalan tanpa mengambil iktibar tentang apa yang berlaku di tempat ia melancong. Manakala pengembara pula akan sentiasa memerhatikan setiap kejadian dan mengambil iktibar malah akan mengingati setiap kejadian walaupun tanpa gambar yang diambil sebagai langkah untuk mengingati sesuatu.

Amat terkesan juga di hati luahan hati pendapat penulis tentang sikapnya yang suka membaca dan mungkin boleh diambil pengajaran oleh semua termasuk diri ini sendiri.

"Sifat minat membaca hanya bagi niat membaca, dan bukan tertumpu kepada peperiksaan, memberi aku perspektif dunia yang lebih luas, kebolehan konsepsi dan rangka rujukan yang berpandangan jauh, serta pemahaman tentang agama, budaya, ekonomi dan politik"


Di mukasurat yang terakhir buku ini diselitkan ayat Al-Quran yang sentiasa menjadi ingatan aku di kala susah dan sedih.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman" Al-Imran ayat 139.

5 comments:

  1. singgah :)
    http://sang-pemimpi-tegar.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Di mana saya boleh dapatkan buku nie... dan selamat bercuti di Jogjakarta... minta maaflah sy belum bekersempatan untuk mengupload gambar semasa bercuti di sana. Pengalaman di sana terindah... Menginap di hotel Pose In memang terbaik. Hotel baru.

    ReplyDelete
  3. @eeedaeeda..mekasih melawat...buku ni boleh didapati di MPH.

    Memang teruja nak pergi ke sana. Semua persiapan ke sana buat sendiri. kira backpack la ni...:D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...