Semasa di Bandara International Adisucipto |
Bila keluar sahaja, ramai pemandu teksi dan tour guide yang telah menunggu dan menawarkan perkhidmatan mereka, namun aku menolaknya dengan baik. Semasa di sana aku tidak menggunakan perkhidmatan tour guide tapi hanya pandai2 sendiri untuk ke sana sini berpandukan peta. Jadi terpaksalah meringankan mulut untuk bertanya.
Selamat sampai di bandar teristimewa Yogja dengan menaiki bas Transyogja, aku check-in di hotel. Oh! sebelum tu aku berjalan2 sekitar bandar mencari2 info seperti perkhidmatan bas, tempat2 menarik dengan menaiki beca. Murah giler bila naik becak (beca). Hanya Rp5000 sahaja. Tapi sebab rasa kasihan dengan penunggang beca aku pun memberinya Rp20,000. Jadi dia dengan senang hati menghantar aku dan sahabat ke mana sahaja kami ingin pergi, namun aku menolak.
Konduktor bas Transyogja-dia akan menuturkan dialog yang sama sahaja bila sampai di setiap destinasi |
Antara penumpang bas Transyogja-wajah2 warga Yogja |
Bila dah check-in dan berehat, aku mengambil bas Transyogja untuk ke Gramedia...apalagi nak beli buku la. Inilah benda pertama yang aku cari di sana. Nak naik Transyogja ni murah sahaja hanya Rp3000 untuk ke mana2 destinasi. Murah sangat. Lepas tu tak perlu tunggu lama sebab bas agak kerap juga. Bila sampai di Gramedia (sesat juga nak mencari...sebenarnya kami yang salah tengok peta dan tak berapa faham apa yang mereka cakap)..aku tak la memborong sangat sebab ini hari pertama tapi habis la dalam Rp180,000 untuk 6 buah buku. Aku ada nampak kedai buku buat diskaun hingga 70% semasa hendak ke Yogja dari lapangan terbang, tapi dah tak jumpa dah....kalau tak lagi banyak agaknya aku memborong.
Oh!...lupa pula. Sebelum ke Gramedia aku ke Yogja Library yang terletak di tengah2 bandar Yogja tu. Di Jalan Malioboro. Koleksi buku di situ kebanyakannya adalah tentang Yogjakarta. Semuanya buku lama2. So, bila masuk sini bau dia memang boleh buat terbersin...tapi aku suka. Nak masuk pun free, siap boleh ambil gambar tanpa ada bayaran lagi.
Pemandangan di laur Jogja Library Centre |
Konon-kononnya rajin sangat la baca buku tu...Tak ingat pula buku tu tentang apa |
Shopping di Gramedia sampai malam juga, kemudian kami naik beca untuk ke Jalan Malioboro (tempat ni paling famous di Yogja...sebab banyak jual cenderamata). Lepas tu jalan2 di sekitar Malioboro. Disebabkan aku ni bukan jenis kaki shopping aku tak tau nak beli apa. Yang banyak di sana adalah baju batik. Naik pening gak aku nak memilih...last2 aku tak beli pun.
Nilah Jalan Malioboro |
Untuk makan malam pulak, aku makan di gerai2 yang dibuka di kaki2 lima. Bila waktu malam mesti banyak je kedai2 ni. Makanan yang dijual pun seakan2 sama. Yang paling famous adalah nasi gudeg la...tapi bagi aku, aku tak boleh telan nasi gudeg tu. Banyak sangat rasa santannya (ke apa campurannya pun aku tak tahu). Haaaa.jangan tak tau, walaupun makan kat tepi kaki lima ada kena tax juga tau. Agak mahal juga la...rasanya 10% kot (aku rasa ni untuk pelancong je). Dapat juga la aku belajar beberapa perkataan seperti kepiting untuk ketam, itik apa ke namanya ...adushhh lupa pula. Abaikan ajelah. Tapi bila makan kat sini, pemandangan para peminta sedekah duduk menunggu adalah perkara biasa. Aku rasa kasihan sangat terutama anak2 kecil yang tak mengerti apa2. Bagi yang dewasa, mereka akan menyanyi atau buat apa sahaja yang boleh seperti menjual tisu, cincin dan berbagai lagi. Inilah kenyataan hidup di Yogjakarta
Disebabkan aku dah sesat siang tu mencari Gramedia, kaki aku punyalah sakit ya amat. Rasa nak tercabut pun ada. Jadi aku pun pergilah ke pusat urut...haaaa...jangan salah sangka ya. Ini memang pusat urut kaki dan badan. Aku ambil pakej paling murah. Rp40000 untuk 45 minit. Murah gila la!!!!Sebab apa aku cakap murah! dia tulis kat situ pakej adalah untuk urut kaki, tangan dan pinggang...tapi yang aku dapat boleh dikatakan ururt satu badan tu. Memang nyenyak la aku tidur malam tu.
Hari pertama memang amat memenatkan, sebab aku banyak jalan kaki sepanjang hari tu. Tapi aku rasa happy sebab banyak benda yang aku boleh lihat. Gelagat orang Yogja. Kesian pun ada terutama becak yang berebut pelanggan. Aku pulang ke hotel dengan rasa lega sebab dah dapat urut satu badan. Apalagi tidur tak sedar diri la....esok nak ke Borobodur pula....
woow..bestnyer dapat diurut satu badan..:)i would like to have one too..
ReplyDelete@nadiahahaha...kita ingat mula2 tu silap pakej..sekali masa bayar memang betul la pakej yg kita mintak.
ReplyDeletebestnye dpt pg ke Gramedia sana ek. Jgn lupa entry baru pasal buku-buku yg dibeli kat sana yer ;)
ReplyDelete@nstak puas pergi gramedia sahaja. itu sahaja kedai buku yang dapat singgah. jadual padat dengan berjalan2. so nak cari kedai buku lain tak dapat.
ReplyDeletebuku2 yg beli di sana dah tulis sebelum ni. hehehe. ada beberapa lagi yang belum tulis sebab belum baca.