Malam semalam aku pergi menonton teater Natrah (setelah sekian lama menunggu). Mungkin sbb Natrah ini terlalu dekat di hati aku (dan mgkn org lain juga) sbb sejak pertama kali aku membaca mengenai Natrah yg meninggal dunia di Belanda, aku mencari2 siapakah Natrah ini. Aku membaca artikel2 yg diterbitkan oleh suratkhabar mengenai Natrah. Dan aku amat bersimpati kepadanya.
Natrah atau Huberdina Maria Hertogh @ Bertha seorang berketurunan Belanda yg telah menjadi mangsa keegoan bangsa penjajah demi menegakkan maruah mereka walaupun dengan cara yg salah. Asalnya, ibu Natrah (Adeline) menyerahkan Natrah kepada Cik Aminah utk dijaga kerana memikirkan keselamatan anaknya dr penjajahan Jepun pd masa itu yg anti org kulit putih. Bapanya juga telah ditawan oleh Jepun didepan mata Natrah sendiri. Aminah menerima Natrah atas dasar persahabatan dan membawa Natrah ke Kemaman utk dijaga seperti anak kandungnya sendiri.
Aminah menjaga Natrah dengan penuh kasih sayang serta memberi didikan agama iaitu Islam sehingga Natrah sendiri pandai membaca Al-Quran. Penderitaan Natrah bermula apabila Natrah dibawa oleh Cik Aminah ke Singapura kerana ibubapa Natrah ingin berjumpanya. Tetapi Cik Aminah tidak mengertahui bahawa ini adalah salah satu helah Belanda utk membawa Natrah ke Belanda.
Pada permulaannya Cik Aminah berjaya mendapatkan hak utk menjaga Natrah. Demi menjaga keselamtan Natrah dr terus diburu pihak Belanda yg x berpuas hati dengan keputusan mahkamah tersebut, Aminah mengahwinkan Natrah dan Mansor Adabi dgn nikah gantung 3 hari selepas keputusan mahkamah. Walaupun keputusan Cik Aminah demi kepentingan Natrah tetapi, Natrah pada masa yg sama amat mencintai Mansor Adabi, dan perkahwinan mereka atas dasar cinta. Mansor Adabi berjanji tidak akan menyentuh Natrah sehingga umurnya 21 tahun.
Namun perkahwinan inilah yg sebenarnya menjadi punca kehilangan hak penjagaan Aminah ke atas Natrah. Pihak Belanda mengatakan yg perkahwinan mereka tidak sah kerana Natrah berketurunan Belanda dan perlu mendapat izin ibu bapanya kerana dia dibawah umur. Natrah dikembalikan kepada ibubapanya walaupun tanpa keleraan Natrah.
Keputusan mahkamah ini bermakna Natrah akan dipaksa menganut agama kristian. Ini menimbulkan kemarahan orang melayu sehingga mencetuskan rusuhan di Singapura. Natrah dibawa pulang ke Belanda dan dikawal ketat oleh pengawal ke mana sahaja di pergi. Hubungannya dengan Mansor Adabi juga terputus apabila surat yang mengatakan bahawa Natrah telah memeluk kristian dan ingin Mansor Adabi melupakannya telah menyebabkan Mansor berasa kecewa. Namun surat itu bukanlah ditulis oleh Natrah. Natrah terlalu mencintai suaminya sehingga setiap kali disebut nama Mansor Adabi dia akan menjadi sedih.
Kehidupan Natrah di Belanda amat sukar sehingga dia terpaksa menjadi tukang masak di hotel dan juga tukang sapu. di tambah lg Natrah mengalami tekanan perasaan yg amat hebat akibat kehilangan suami serta ibunya Cik Aminah.
Sehingga ke akhir hayatnya, Natrah tidak pernah melupakan keluarganya di Kemaman. Walaupun tidak diketahui apakah pegangan hidup di akhir hayatnya, aku berdoa agar Allah sentiasa mengampunkannya.
Semasa di Istana Budaya semalam, aku sempat membeli buku Natrah yg baru diterbitkan bulan lalu. Tak apalah mahal sedikit tapi aku ingin mengetahui secara terperinci hidup Natrah. Walaupun aku dah mengetahui tentang cerita Natrah, aku tetap membelinya. Sekarang aku dah mula membaca. Tak sabar utk habiskan sementara menunggu buku yg blum ade stok ni (Ketika Cinta Bertasbih - sold out---gerammmmm).
Kepada kawan2, tiket teater nampaknya mmg dh tggl sikit sangat, jadi bleh la beli buku dia (x tau dh ade kat pasaran blum, x de nampak pun). Harga dia aku x tau la kalu kt pasaran, ade kulit tebal dan kulit nipis. Jadi beli dan hayatilah pengajaran yg bleh di ambil dr cerita tu....
Wednesday, December 9, 2009
Natrah -antara cinta dan airmata
Labels:
book review,
Natrah
Tuesday, November 3, 2009
Ayat-Ayat Cinta
Sabtu lepas aku menghabiskan bacaan buku Ayat-Ayat Cinta karangan Habiburahman Al-Sherazy. Buku tu dibeli oleh bf aku kat indonesia (siap ada signature penulis lg...suka sangat). Saja nak hilangkan rase sedih kehilangan ayah aku - Al- Fatihah (slalunya kalu dah tgk buku aku lupa benda lain) Tapi bukan nak cerita pasal penulis yang telah hampir buat aku separuh tak waras kerana novelnye, tapi nak cerita pasal tulisannya yg buat aku jatuh cinta bacaan pertama (bukan jatuh cinta pandang pertama...hehehe)
Ayat2 cinta versi novel ni mmg berbeza sedikit dr versi filem. sbb dalam filem kt x dapat menyelami hati pelakon2 tersebut. Tapi dalam novel kt akan menyelami serta memahami latar belakang sebenar watak. Tapi yang memberi kesan mendalam pada aku adalah Hadis2 serta ayat2 Al-Quran yg digunakan serta puisi2 berbaur islam yg disertakan didalam novel tersebut. Bagaimana seseorang yg mentaati Allah akan diuji kesabarannya dan penerimaannya terhadap ujian tersebut. Watak2 seorang muslimah sejati benar2 menyenangkan jiwa aku. Kalu la aku boleh menjadi seperti Aisha (watak dlm novel n filem sedikit berbeza aku rasakan) atau tidak pun seperti Nurul Azkiya( sedap nama tu).
Penggunaan bahasa Arab (disertakan maksudnya juga) amat menarik sekali. Tibe2 teringin nak belajar bahasa Al-Quran tu...hmmmm....mgkn aku tertarik dgn cerita ni sbb ia mengisahkan juga ttg dua agama yg berbeza ( nak cari tips2 yang bagus utk dipraktikkan...hehehe), bagaimana kt nak menyenangi hati org yg berbeza agama dgn kt...aku pun tak mampu buat seperti mana Fahri melayan jirannya yang beragama Kristian itu....sungguh indah ajaran Islam terhadap org yg berbeza agama ini..
Novel ini amat menarik sekali sehingga aku ingin membeli kesemua novel tulisan Habiburahman. Ini adalah dakwah cara baru yg dapat menyuntik hati terutamanya remaja supaya memahami (itu yg penting) dan mengamalkan (ini lg penting) ajaran islam itu sendiri.
Selepas ini buku apa pula....hehehe aku dh separuh gile cari buku n cd dia kat internet...buku senang je nk cr tp VCD tak ada (frust gilerrrrrrr)....tunggu lepas aku habis exam confirm aku order buku tu. Kalu beli sekarang nnt tak dapat concentrate utk study plak...hehehe..nantikan ya

Ayat-Ayat Cinta,
book review,
Novel Islami
Subscribe to:
Posts (Atom)