Tajuk: Padang Bulan dan Cinta di Dalam Gelas
Penulis: Andrea Hirata
Penerbit: Bentang (buku ini dibeli di Indonesia, penerbit bagi keluaran di Malaysia adalah PTS)
ISBN: 978-602-8811-09-5
Harga: lebih kurang RM27++ (IDR78,000), untuk terbitan di Malaysia RM23.00
Buku ini hadiah dari teman istimewa yang berkunjung ke Indonesia. Aku juga yang bising suruh dia beli buku ini dan tidak membazirkan duitnya dengan membeli aku benda yang aku tak perlukan. Masa tu juga, buku ni masih belum ada di Malaysia. Jadi bila dia betul2 memenuhi kehendak aku....aku rasa gembira sangat.
Padang Bulan mengisahkan tentang Ikal yang berusaha untuk menawan semula hati kekasihnya iaitu A Ling, seorang berketurunan TiongHoa yang dikhabarkan ingin berkahwin dengan seorang usahawan bernama Zinar. Berita ini dikhabarkan oleh sahabatnya Detektif M. Nur, seorang detektif tidak bertauliah di kampung mereka iaitu Tanjung Pinang.
Kerana rasa kecewa yang amat sangat, Ikal telah melakukan bermacam-macam perkara kerana ingin menarik kembali hati A Ling yang meninggalkannya tanpa pesan. Ini termasuklah membatalkan pemergiannya untuk ke Jakarta mencari kerja (Ikal berkelulusan Ijazah!). Sahabat yang sepatutnya menemani Ikal ke Jakarta iaitu Detektif M. Nur juga berbelah bahagi hendak ke Jakarta. Dia juga membatalkan hasrat ke Jakarta hanya kerana tidak sanggup meninggalkan burung merpati kesayangannya iaitu Jose Rizal. (Bukan berat hati meninggalkan ibunya keseorangan!!!).
Ikal belajar bermain catur (menurut detektif tersebut, kekasih A Ling yang baru itu sangat pandai bermain catur).Namun semuanya sia-sia kerana Zinar sangat pandai bermain catur dan mampu mengalahkan Ikal hanya dalam satu set permainan sahaja (walaupun Ikal mendapat bimbingan dari sahabat lamanya di Universiti, seorang Grand Master!).
Ikal mencari-cari lagi punca A ling berubah hati sehingga memilih Zinar yang kaya, segak dan tinggi orangnya. Perkara paling lucu (bagi aku paling bodoh sebagai seorang yang terpelajar seperti Ikal!) adalah apabila Ikal membeli sebuah alat untuk meninggikan tubuh badannya (mana boleh tinggikan tubuh badan macam tu aje!!!! ini yang aku katakan paling bodoh!). Ini kerana setelah difikirkan kekurangan dirinya, Ikal mendapati ia berpunca dari tubuh badannya yang pendek berbanding Zinar. Alat bernama Ortoceria itu hampir meragut nyawa Ikal sendiri namun dapat diselamatkan oleh Maryamah dan Detektif M. Nur. Inilah perkara paling bodoh yang telah dilakukan oleh Ikal sepanjang hayatnya.
Namun akhirmnya Ikal mendapati sebenarnya Zinar adalah sepupu A Ling dan A Ling bukan meninggalkannya, tetapi pergi membantu Zinar yang ingin melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya. Aku tak mampu menahan gelak sepanjang aku membaca buku ini kerana tak tahan membaca setiap keletah Ikal yang tidak berfikir secara rasional dalam melakukan perkara yang mampu menarik kembali hati kekasihnya.
Pada awal cerita ini, penulis menceritakan tentang Maryamah yang terpaksa berhenti belajar dan bekerja sebagai pelombong timah menggantikan bapanya yang telah meninggal dunia. Kerana usianya yang masih kecil Maryamah terpaksa bekerja sebagai pelombong kerana tiada siapa yang ingin mengambilnya bekerja kerana faktor usianya. Hasrat Maryamah yang ingin menjadi guru bahasa Inggeris terpaksa dibatalkan kerana ingin memastikan adik-adiknya yang lain mendapat pelajaran.
Di sini aku sedikit terganggu dan kurang faham kenapa penulis yang memulakan cerita tentang Maryamah, tetapi di pertengahan jalan bercerita tentang Ikal. Walaupun penulis cuba mengaitkan Ikal yang berkenalan dengan Maryamah dan membantu Maryamah untuk mendaftar kelas bahasa Inggeris, namun aku tetap rasa terganggu cara perhubungan antara kisah Maryamah di awalnya dan kisah Ikal yang bermula pada pertengahan cerita. Kisah Ikal tiba-tiba menjelma pada bab 10 kisah Ulangtahun. Pada mulanya aku fikir, penulis bercerita tentang Maryamah.
Namun setelah aku telah membaca lagi aku faham ia adalah watak baru iaitu Ikal. Buku ini membuatkan aku tersenyum sepanjang membacanya. Memang kelakar habis la. Sehingga buat aku terfikir ada juga orang seperti Ikal yang nak jadi tinggi semata-mata nak pikat kekasih...Hahahaha
Sunday, April 3, 2011
Dwilogi Padang Bulan Dan Cinta di Dalam Gelas - Part 1
Labels:
Andrea Hirata,
Cinta di Dalam Gelas,
Novel,
Padang Bulan
Anne Frank: The Diary of A Young Girl
Tajuk: Anne Frank: The Diary of A Young Girl
Penulis: Anne Frank (edited by Otto H. Frank and Mirjam Pressler)
Penerbit: Puffin Books
ISBN: 978-0-141-31518-8
Harga: RM37.95
Aku membeli buku ni semasa pameran buku Times di Bukit Bintang. Awalnya ingin membeli buku lain tapi bila ternampak buku ni terus beli. Sebenarnya aku pernah terbaca tentang buku ni di dalam suratkhabar. Aku tak ingat pula apa yang dituliskan di dalam suratkhabar tersebut tentang buku ini. Tapi aku tetap ingat tajuknya dan berazam ingin mendapatkan buku ini suatu hari nanti. Masa aku beli dapat diskaun 30% untuk buku ini. Buku ini pun banyak versi. Buku yang aku beli ni untuk untuk edisi Ulangtahun ke 60.
Diari ini ditulis oleh penulisnya ketika peristiwa Holocust pada tahun 1942 hingga 1945 iaitu pada perang dunia ke 2 (World War 2). Anne menulis diari tersebut semasa sedang bersembunyi di tingkat 2 dan 3 pejabat bapanya. Tempat persembunyian tersebut dinamakan Secret Annexe. Seramai 8 orang bersembunyi di Secret Annexe termasuklah bapa, ibu dan kakak Anne sendiri.
Anne menulis diari ini kerana kesunyian dan derita yang terpaksa ditanggung kerana terpaksa bersembunyi dari askar Nazi bimbingan Adolf Hitler. Anne menjadi sangat tertekan kerana dia terpaksa menjalani hidup dengan penuh peraturan demi menjaga keselamatan tempat persembunyian mereka dari diketahui orang. Mereka yang bersembunyi di sana terpaksa mencatu makanan, air serta bekalan elektrik. Mereka mempunyai jadual waktu yang ketat setiap hari dan mesti dipatuhi seperti jadual makan, mandi dan tidur.
Demi mengisi masa lapang Anne akan membaca buku, belajar pelbagai bahasa dan menulis diarinya. Ini yang amat aku kagumi tentang sikap mereka yang ingin maju. Mereka sanggup belajar walaupun dalam suasana yang amat tertekan. Biarpun mereka hidup dalam persembunyian namun aktiviti mereka dihabiskan dengan membaca dan belajar. Bahan-bahan bacaan telah disiapkan sebelum mereka berpindah ke Secret Annexe awal-awal lagi. Bantuan dari pekerja syarikat bapanya yang beragama Kristian turut membantu mereka untuk mendapatkan bahan bacaan, selain makanan dan juga barang keperluan lain.
Semasa membaca buku ini, aku tidak terlepas dari perasaan jelek dengan sikap dan kepercayaan kaum Yahudi sendiri. Contohnya dialog yang diucapkan oleh Peter, sahabat Anne di Secret Annexe:
Sehingga kini pun mereka masih memegang prinsip ini sehingga sanggup mengambil tanah hak rakyat Palestin dan mengishtiharkan tanah tersebut hak milik mereka! Kebencian Anne kepada Nazi, dan kepercayaannya bahawa Bangsa Yahudi adalah bangsa bertamadun dapat dilihat dari tulisan Anne tentang peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua penghuni Secret Annexe:

" The Jews have been and always will be the chosen people".
Sehingga kini pun mereka masih memegang prinsip ini sehingga sanggup mengambil tanah hak rakyat Palestin dan mengishtiharkan tanah tersebut hak milik mereka! Kebencian Anne kepada Nazi, dan kepercayaannya bahawa Bangsa Yahudi adalah bangsa bertamadun dapat dilihat dari tulisan Anne tentang peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua penghuni Secret Annexe:
"Use of language: It is necessary to speak softly at all times. Only the language of civilized people may be spoken, thus no German"
Aku teringat tentang tulisan Tun Mahathir di dalam blognya tentang sikap orang Yahudi terhadap warga Palestin walaupun mereka pernah menempuh peristiwa Holocust ini. Tun menulis lebih kurang seperti ini
" Peristiwa Holocust tak pernah menjadikan Yahudi lebih bertamadun".
Pernah juga ketika membaca buku ini aku tak dapat menahan gelak semasa membacanya di dalam LRT. Ia berkaitan peristiwa Peter yang telah membiarkan tandas tanpa dibersihkan dan menampal nota "RSVP" di pintu tandas sebagai peringatan. Sebenarnya Peter suka menggunakan perkataan yang dipelajarinya.Semasa peristiwa tersebut dia tidak dapat menahan sakit perut dan tidak boleh ke tandas kerana terdapat tetamu di pejabat bapanya menyebabkan dia melanggar peraturan tersebut dan meninggalkan tandas tanpa membersihkannya. (Mereka tidak boleh ke tandas sesuka hati dan jika dia "flush' tandas ketika itu menyebabkan pekerja dan tetamu di pejabat mengetahui terdapat orang bersembunyi di tingkat atas pejabat). Peter menampal nota tersebut tanpa mengetahui maksud RSVP!
Anne akhirnya mati di pada tahun 1945 ketika usianya 15 tahun. Tempat persembunyiannya serta yang lain telah terbongkar dan mereka ditangkap. Semua penghuni Secret Annexe mati dalam peristiwa Holocust kecuali bapanya,Otto H. Frank. Otto telah menunaikan hasrat Anne yang ingin menerbitkan diarinya apabila perang telah tamat.
Labels:
Anne Frank,
book review,
history,
The Diary of A Young Girl
Subscribe to:
Posts (Atom)