Penulis: Anne Frank (edited by Otto H. Frank and Mirjam Pressler)
Penerbit: Puffin Books
ISBN: 978-0-141-31518-8
Harga: RM37.95
Aku membeli buku ni semasa pameran buku Times di Bukit Bintang. Awalnya ingin membeli buku lain tapi bila ternampak buku ni terus beli. Sebenarnya aku pernah terbaca tentang buku ni di dalam suratkhabar. Aku tak ingat pula apa yang dituliskan di dalam suratkhabar tersebut tentang buku ini. Tapi aku tetap ingat tajuknya dan berazam ingin mendapatkan buku ini suatu hari nanti. Masa aku beli dapat diskaun 30% untuk buku ini. Buku ini pun banyak versi. Buku yang aku beli ni untuk untuk edisi Ulangtahun ke 60.
Diari ini ditulis oleh penulisnya ketika peristiwa Holocust pada tahun 1942 hingga 1945 iaitu pada perang dunia ke 2 (World War 2). Anne menulis diari tersebut semasa sedang bersembunyi di tingkat 2 dan 3 pejabat bapanya. Tempat persembunyian tersebut dinamakan Secret Annexe. Seramai 8 orang bersembunyi di Secret Annexe termasuklah bapa, ibu dan kakak Anne sendiri.
Anne menulis diari ini kerana kesunyian dan derita yang terpaksa ditanggung kerana terpaksa bersembunyi dari askar Nazi bimbingan Adolf Hitler. Anne menjadi sangat tertekan kerana dia terpaksa menjalani hidup dengan penuh peraturan demi menjaga keselamatan tempat persembunyian mereka dari diketahui orang. Mereka yang bersembunyi di sana terpaksa mencatu makanan, air serta bekalan elektrik. Mereka mempunyai jadual waktu yang ketat setiap hari dan mesti dipatuhi seperti jadual makan, mandi dan tidur.
Demi mengisi masa lapang Anne akan membaca buku, belajar pelbagai bahasa dan menulis diarinya. Ini yang amat aku kagumi tentang sikap mereka yang ingin maju. Mereka sanggup belajar walaupun dalam suasana yang amat tertekan. Biarpun mereka hidup dalam persembunyian namun aktiviti mereka dihabiskan dengan membaca dan belajar. Bahan-bahan bacaan telah disiapkan sebelum mereka berpindah ke Secret Annexe awal-awal lagi. Bantuan dari pekerja syarikat bapanya yang beragama Kristian turut membantu mereka untuk mendapatkan bahan bacaan, selain makanan dan juga barang keperluan lain.
Semasa membaca buku ini, aku tidak terlepas dari perasaan jelek dengan sikap dan kepercayaan kaum Yahudi sendiri. Contohnya dialog yang diucapkan oleh Peter, sahabat Anne di Secret Annexe:
" The Jews have been and always will be the chosen people".
Sehingga kini pun mereka masih memegang prinsip ini sehingga sanggup mengambil tanah hak rakyat Palestin dan mengishtiharkan tanah tersebut hak milik mereka! Kebencian Anne kepada Nazi, dan kepercayaannya bahawa Bangsa Yahudi adalah bangsa bertamadun dapat dilihat dari tulisan Anne tentang peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua penghuni Secret Annexe:
"Use of language: It is necessary to speak softly at all times. Only the language of civilized people may be spoken, thus no German"
Aku teringat tentang tulisan Tun Mahathir di dalam blognya tentang sikap orang Yahudi terhadap warga Palestin walaupun mereka pernah menempuh peristiwa Holocust ini. Tun menulis lebih kurang seperti ini
" Peristiwa Holocust tak pernah menjadikan Yahudi lebih bertamadun".
Pernah juga ketika membaca buku ini aku tak dapat menahan gelak semasa membacanya di dalam LRT. Ia berkaitan peristiwa Peter yang telah membiarkan tandas tanpa dibersihkan dan menampal nota "RSVP" di pintu tandas sebagai peringatan. Sebenarnya Peter suka menggunakan perkataan yang dipelajarinya.Semasa peristiwa tersebut dia tidak dapat menahan sakit perut dan tidak boleh ke tandas kerana terdapat tetamu di pejabat bapanya menyebabkan dia melanggar peraturan tersebut dan meninggalkan tandas tanpa membersihkannya. (Mereka tidak boleh ke tandas sesuka hati dan jika dia "flush' tandas ketika itu menyebabkan pekerja dan tetamu di pejabat mengetahui terdapat orang bersembunyi di tingkat atas pejabat). Peter menampal nota tersebut tanpa mengetahui maksud RSVP!
Anne akhirnya mati di pada tahun 1945 ketika usianya 15 tahun. Tempat persembunyiannya serta yang lain telah terbongkar dan mereka ditangkap. Semua penghuni Secret Annexe mati dalam peristiwa Holocust kecuali bapanya,Otto H. Frank. Otto telah menunaikan hasrat Anne yang ingin menerbitkan diarinya apabila perang telah tamat.
mcm best je buku nih. ade novel siri psl Puteri Arab. ade 3 buku klu xsilap aku ade nmpk kt airport skypark subang. tp aku smpt baca 1 je. tajuk buku tuh : The Princess, author : Jean P. Sasson. pun citer btol. aku bet ko mesti suke gak buku tuh
ReplyDelete@inahartaaku kalau pasal criter true story ni mmg minat...nnt aku try carik
ReplyDelete