Tajuk: Hafalan Solat Delisa
Penulis: Tere Liye
Harga : Tak ingat (beli di Indonesia)
ISBN: 978979321060-5
Entah bagaimana aku teringin sekali nak dapatkan buku ni. Rasanya sejak pertama kali membaca buku tulisan Tere dan review dari pembaca di Goodreads. Bila ke Indonesia, aku pun terus mencarinya di Gramedia. Gembira betul bila dah jumpa sampai tak sempat nak tunggu untuk baca (walaupun waktu itu aku sedang berperang dengan waktu untuk study dan ujian serta kerja yang melambak). Jadi masa yang ada untuk membaca di dalam train dan juga dalam perjalanan ke ofis (aku jalan sambil baca buku..tak boleh berhenti bila dah start baca).
Persoalan yang cuba dikupas oleh Tere adalah tentang keikhlasan. Keikhlasan dalam kita melakukan sesuatu terutamanya ibadah. Kadang2 kita melakukan sesuatu bukan kerana kita ingin melakukannya, tetapi kerana kita inginkan sesuatu balasan. Banyak contoh di dalam novel ini dimana Delisa melakukan sesuatu kerana dia ingin mendapatkan sesuatu. Contoh paling mudah adalah dia ingin menghafal solat kerana inginkan rantai yang dijanjikan ibunya. Dia mengucapkan "Delisa cinta Umi kerana Allah" kerana ustaz mengaji menjanjikannya sebatang coklat. Berapa ramai dari kita yang sudah mempunyai anak mengajar mereka erti ikhlas yang sebenar tanpa sogokan apa2. Ini memang selalu terjadi dalam masyarakat kita, sehingga ingin berpuasa pun kita ingin memberi hadiah! Di mana nilai puasa itu sendiri, kenapa kita harus berpuasa? Kerana orang lain berpuasa? atau kerana dijanjikan hadiah wang jika penuh puasa atau apa? Kita sering lupa penekanan ikhlas itu dalam kehidupan kita dan juga keluarga.
Aku terkesima bila membaca buku ini. Kerana selepas itu aku memikirkan, apa yang aku buat adakah kerana ikhlas, atau hanya ingin dipandang orang, atau untuk membangga diri, atau ingin balasan apa? Astaghfirullah...takut sekali jika aku tidak ikhlas. Ikhlas itu apa maknanya? Seringkali kita berkata "Aku ikhlas"...sejauh mana kita mengukur iklhas itu bila berkata2. Sukar sekali menjawabnya...kerana hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu ikhlas kita bagaimana.
Kisahnya berkisar di Lok Nga, Aceh yang pernah dilanda tsunami pada
2004. Delisa yang berusia 6 tahun sedang belajar untuk menghafal bacaan
solat. Ibunya telah menjanjikan jika dia dapat menghafal semua bacaan
solat, ibu akan membeli seutas rantai. Jadi Delisa berusaha bersungguh2
untuk menghafal bacaan tersebut dengan harapan akan memperoleh rantai
tersebut. Di saat Delisa mempersembahkan bacaan pada Ibu Nur, guru agama
di sekolah Delisa, saat2 dia mulai terlupa bacaan solatnya,saat itulah
Acheh digegar dengan gempa bumi dan kemudian dilanda tsunami yang amat
dasyat sehingga mengorbankan ibu, kakak2 Delisa dan keseluruhan
perkampungan tepi pantai Lok Nga.
Sungguh hati aku benar2 dilanda tsunami. Bukan sekali tetapi 3
kali. Tsunami pertama bila, Ibu Nur yang terpaksa melepaskan papan
tempat dia berpaut kepada Delisa, demi untuk menyelamatkan Delisa,
Kedua, apabila ayah Delisa pulang melihat kehancuran rumah yang dibina
untuk keluarganya. Saat dia melututkan kaki ke tanah semua gambaran
kegembiraan bersama keluarganya seperti menonton cerita di TV dengan
pengakhiran yang amat menyedihkan (saat aku membaca bahagian ini, aku
tak mampu menahan airmata dan tersedu-sedan walaupun aku sedang dalam
perjalanan untuk ke tempat kerja). Tsunami ketiga,bila "Kalung itu ternyata bukan tersangkut di dedahanan. Tidak juga tersangkut di dedaunan. Tetapi kalung itu tersangkut di tangan.
Tangan yang sudah menjadi kerangka. Seumpama kerangka manusia. Putih.
Tulang-belulang. Utuh. Bersandarkan semak belukar
tersebut....U-M-M-I!!!!!!!!!!!!!"
sedih la kak baca sinopsis ni..saya tengok juga filem ni di youtube..banyak pengajaran dalam novel ni..nak cari la novel ni..;)
ReplyDeleteingatkan siapa la si senyuman manis ni...akak pun nak cari jugak la cerita dia kat youtube...tapi kepuasan membaca buku tak sama kan????ehehehe
ReplyDeleteala kak..sape lagi kalu senyum selalu manis je..hehehehe..mmg pon..kdg2 membaca lg syok..bila difilemkan da lain jadinya..
ReplyDelete