Tajuk: Hafalan Solat Delisa
Penulis: Tere Liye
Harga : Tak ingat (beli di Indonesia)
ISBN: 978979321060-5
Entah bagaimana aku teringin sekali nak dapatkan buku ni. Rasanya sejak pertama kali membaca buku tulisan Tere dan review dari pembaca di Goodreads. Bila ke Indonesia, aku pun terus mencarinya di Gramedia. Gembira betul bila dah jumpa sampai tak sempat nak tunggu untuk baca (walaupun waktu itu aku sedang berperang dengan waktu untuk study dan ujian serta kerja yang melambak). Jadi masa yang ada untuk membaca di dalam train dan juga dalam perjalanan ke ofis (aku jalan sambil baca buku..tak boleh berhenti bila dah start baca).
Persoalan yang cuba dikupas oleh Tere adalah tentang keikhlasan. Keikhlasan dalam kita melakukan sesuatu terutamanya ibadah. Kadang2 kita melakukan sesuatu bukan kerana kita ingin melakukannya, tetapi kerana kita inginkan sesuatu balasan. Banyak contoh di dalam novel ini dimana Delisa melakukan sesuatu kerana dia ingin mendapatkan sesuatu. Contoh paling mudah adalah dia ingin menghafal solat kerana inginkan rantai yang dijanjikan ibunya. Dia mengucapkan "Delisa cinta Umi kerana Allah" kerana ustaz mengaji menjanjikannya sebatang coklat. Berapa ramai dari kita yang sudah mempunyai anak mengajar mereka erti ikhlas yang sebenar tanpa sogokan apa2. Ini memang selalu terjadi dalam masyarakat kita, sehingga ingin berpuasa pun kita ingin memberi hadiah! Di mana nilai puasa itu sendiri, kenapa kita harus berpuasa? Kerana orang lain berpuasa? atau kerana dijanjikan hadiah wang jika penuh puasa atau apa? Kita sering lupa penekanan ikhlas itu dalam kehidupan kita dan juga keluarga.
Aku terkesima bila membaca buku ini. Kerana selepas itu aku memikirkan, apa yang aku buat adakah kerana ikhlas, atau hanya ingin dipandang orang, atau untuk membangga diri, atau ingin balasan apa? Astaghfirullah...takut sekali jika aku tidak ikhlas. Ikhlas itu apa maknanya? Seringkali kita berkata "Aku ikhlas"...sejauh mana kita mengukur iklhas itu bila berkata2. Sukar sekali menjawabnya...kerana hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu ikhlas kita bagaimana.
Kisahnya berkisar di Lok Nga, Aceh yang pernah dilanda tsunami pada
2004. Delisa yang berusia 6 tahun sedang belajar untuk menghafal bacaan
solat. Ibunya telah menjanjikan jika dia dapat menghafal semua bacaan
solat, ibu akan membeli seutas rantai. Jadi Delisa berusaha bersungguh2
untuk menghafal bacaan tersebut dengan harapan akan memperoleh rantai
tersebut. Di saat Delisa mempersembahkan bacaan pada Ibu Nur, guru agama
di sekolah Delisa, saat2 dia mulai terlupa bacaan solatnya,saat itulah
Acheh digegar dengan gempa bumi dan kemudian dilanda tsunami yang amat
dasyat sehingga mengorbankan ibu, kakak2 Delisa dan keseluruhan
perkampungan tepi pantai Lok Nga.
Sungguh hati aku benar2 dilanda tsunami. Bukan sekali tetapi 3
kali. Tsunami pertama bila, Ibu Nur yang terpaksa melepaskan papan
tempat dia berpaut kepada Delisa, demi untuk menyelamatkan Delisa,
Kedua, apabila ayah Delisa pulang melihat kehancuran rumah yang dibina
untuk keluarganya. Saat dia melututkan kaki ke tanah semua gambaran
kegembiraan bersama keluarganya seperti menonton cerita di TV dengan
pengakhiran yang amat menyedihkan (saat aku membaca bahagian ini, aku
tak mampu menahan airmata dan tersedu-sedan walaupun aku sedang dalam
perjalanan untuk ke tempat kerja). Tsunami ketiga,bila "Kalung itu ternyata bukan tersangkut di dedahanan. Tidak juga tersangkut di dedaunan. Tetapi kalung itu tersangkut di tangan.
Tangan yang sudah menjadi kerangka. Seumpama kerangka manusia. Putih.
Tulang-belulang. Utuh. Bersandarkan semak belukar
tersebut....U-M-M-I!!!!!!!!!!!!!"
Showing posts with label Tere Liye. Show all posts

Tuesday, May 29, 2012
Hafalan Solat Delisa
Labels:
Hafalan Solat Delisa,
Novel,
Novel Indonesia,
Tere Liye
Friday, May 27, 2011
Ayahku (Bukan) Pembohong
Tajuk: Ayahku (Bukan) Pembohong
Penulis : Tere Liye
Penerbit: PT Gramedia Pustaka Utama
ISBN: 978-979-22-6905-5
Harga: RP45,000 (lebih kurang RM16.00 - RP100=0.0352)
Bila dah jatuh cinta dengan tulisan Tere Liye, terus rasa nak baca aja semua koleksi buku tulisan beliau. Semasa di Yogja tu aku telah membeli 3 buah buku tulisan Tere Liye. Ini adalah buku kedua yang aku baca. Buku yang ketiga nanti tajuknya Eliana.
Seawal bab pertama lagi aku sudah amat tertarik dengan ceritanya. Memang aku tak dapat menjangka apakah kesudahan cerita ini nanti. Yang pasti ia akan membuat aku menangis di akhir cerita.
Kisah Dam yang membesar dengan cerita2 ayahnya sebagai panduan hidup. Ayahnya (tidak dinyatakan nama - namun adakah ia penting-ia ternyata tidak sepenting peranan ayah itu sendiri) suka bercerita kepada Dam pelbagai kisah semasa dia mengembara di waktu muda. Akibatnya, Dam terlalu obses malah menjadikan cerita-cerita ayahnya sebagai sumber inspirasi -sehingga cerita2 teersebut membuatkan Dam membesar dengan penuh jati diri, semangat dan keyakinan serta tahu menghargai hidup dan orang sekelilingnya.
Kisah-kisah seperti suku penguasa angin, Lembah Bukhara dan juga Sang Kapten sering diceritakan oleh ayah Dam. Ayah Dam mendidik Dam dengan memberikan pengajaran di sebalik cerita2 tersebut. Namun, sebagai seorang anak yang meningkat dewasa, Dam merasa ragu2 dengan kebenaran cerita2 ayahnya. Keraguannya bertambah apabila semasa belajar di Akademi Gajah dia menemui buku tentang kisah Suku Penguasa Angin dan juga Lembah Bukhara. Ini menyebabkan Dam merasa ayahnya membaca dan mereka ceritanya berdasarkan buku tersebut.
Dam menjadi marah apabila semasa ibunya sakit kuat, bapanya telah membohonginya mengatakan dia telah membawa ibunya ke hospital dan doktor mengatakan penyakit yang sama tanpa ada usaha untuk merawat dengan cara intensif. Dam mendapat tahu bapanya berbohong apabila terdengar perbualan bapa serta doktor tentang keadaan ibunya. Dam cuba mendpaatkan penjelasan dari ayahnya, namun ayahnya menjawab ibunya tidak perlukan semua itu kerana ibunya dapat hidup sehingga kini kerana dia bahagia. Dam tidak dapat menerima penjelasan ayahnya itu dan mulai saat itu dia tidak gemar malah benci mendengar cerita2 ayahnya lagi. Ini membuatkan Dam mengabaikan serta berjauhan dengan ayahnya.
Setelah Dam berkahwin dan mempunyai anak, isterinya Taani yang amat memahami Dam dan Ayahnya telah membawa ayahnya tinggal bersama. Namun Dam kurang bersetuju kerana ayahnya menceritakan semua cerita2 yang pernah diceritakan pada Dam kepada anak2nya pula. Dam tidak mahu anak2nya membesar dengan cerita2 tersebut. Dam akhirnya....menghalau ayahnya keluar rumah kerana ayahnya tak mahu mengikut kata Dam yang suruh mengaku bahawa ayahnya telah berbohong pada cucunya...adushhhhh...sampai hati Dam. Kerana kebenciannya, Dam telah menutup segala kebenaran yang ada.
Namun betulkah sebenarnya cerita2 yang disampaikan oleh ayah Dam itu. Kisah dia bertemu Suku Penguasa Angin yang telah berjaya mengalahkan penjajah dengan sifat sabar dan tanpa pertumpahan darah. Kisah ayahnya yang bersahabat baik dengan Sang Kapten (pemain bola yang telah membawa pasukannya ke Piala Dunia) di mana Sang Kapten sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi pemain bola, kisah ayahnya yang ke lembah Buhara dan memakan epal emas, serta kisah ayahnya bertemu Si Raja Tidur dan bersahabat baik bersamanya. Si Raja Tidur inilah yang mengatakan bahawa ibu Dam akan hidup lama jika dia bahagia. Semuanya pada mulanya malah tidak masuk akal sekali....Aku juga terpengaruh dan menyangka memang ayah Dam pembohong. Malah dengan dialog ibunya pada Ayah " Suatu hari nanti kau harus bersiap dengan rasa ingin tahu Dam" memang sudah pasti ayahnya pembohong dan mereka2 cerita tersebut.
Buku ini sungguh menyayat hati hingga aku tidak mampu menahan tangis membacanya terutama saat Dam menghalau ayahnya sedangkan Dam adalah peminat nombor 1 ayahnya -seperti surat Dam pada ayahnya apabila meminta maaf kerana ayahnya tidak mengizinkan Dam mengutus surat pada Sang Kapten. Dam mengerti bahawa cerita2 ayahnya lah yang telah membuat Dam dewasa menjadi anak yang baik, memilik pemahaman hidup yang berbeza serta hidup dan penuh kesederhanaan (mereka memang hidup sederhana, kerana ayah Dam lulusan master undang2 dari luar negeri yang memilih menjadi pegawai kerajaan biasa, memilih untuk mengguna pengangkutan awam untuk ke mana2, malah mendidik anaknya untuk bersusah payah sejak kecil). Namun Dam tak pernah memahami semua itu dari lubuk hati yang paling dalam sehingga akhirnya Dam membenci cerita2 ayahnya.
Di saat Dam menghalau ayahnya ia sudah pasti menjadi tamparan yang paling hebat buat ayahnya namun ayahnya tetap tidak ingin merobek prinsip hidupnya yang sangat jujur dan tidak pernah berbohong. Mengapa Dam mesti mendengar kata2 orang lain (terpengaruh dengan segala pertanyaan sahabatnya Retro semasa di Akademi Gajah) dan tidak mempercayai ayahnya. Di saat Dam mengetahui semua kebenarannya semuanya sudah terlalu lewat untuk Dam.
Buku ini mengajarkan aku erti kebahagiaan sebenar dan hidup penuh kesederhanaan. Di saat orang memilih untuk berlumba2 mencipta kejayaan serta kekayaan, Ayah Dam memilih untuk hidup dengan penuh kesederhaan. Malah orang ramai amat menghormati pendirian hidup ayah dan juga ibu Dam itu. Kebahagiaan itu terbit dari hati kita yang paling dalam, bukan dari perkara luaran seperti hadiah, jawatan atau pangkat. Jika kita bahagia biarpun kedukaan, kesengsaraan kita akan tetap menghadapinya dan terus merasa bahagia. Kita memilih jalan hidup yang berbeza dengan orang lain namun kita masih bahagia. Perkara ini terngiang2 di kepala aku selepas habis membaca buku ini sehingga sekarang. Aku ingin menyimpannya di dalam hati.
Akhirnya aku tahu mengapa ayah Dam tak pernah membenarkan Dam menghantar surat pada Sang Kapten, mengapa ayah Dam tak benarkan Dam berjumpa dengan Sang Kapten semasa Sang Kapten melawat kota mereka, mengapa ayahnya menghantar Dam ke Akademi Gajah bukannya ke Universiti terkenal dan mengapa ayahnya tak pernah ingin mengakui bahawa cerita2 itu adalah rekaan imaginasi ayahnya. Di saat mengetahui semua kebenaran ini ia sudah terlalu lewat buat Dam.

Ayahku (Bukan) Pembohong,
book review,
Keibubapaan,
Novel,
Tere Liye
Tuesday, May 24, 2011
Daun Yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin
Tajuk : Daun Yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin
Penulis: Tere Liye
Penerbit: Gramedia Pustaka Utama
ISBN: 978-979-22-5780-9
Harga: Tak ingat!!
Nak sangat dapatkan buku penulis ini sebab ramai yang cakap buku-buku tulisan beliau besttttttt sangat. Bila ke Yogja baru2 ni, aku pun berusaha mencari buku Tere Liye. Ternyata mereka memang betul. Tulisannya amat bagus sekali. Sekarang aku benar2 sudah jatuh cinta pada tulisan beliau...mungkin dengan penulisnya sekali!!!!!hahahaha....aku sudah gila agaknya. Waduh! Waduh! Aku sampai tak dapat menghabiskan makanan yang ada di depan ku kerana ingin menghabiskan buku ini!
Kisah tentang seorang gadis bernama Tania yang telah jatuh cinta pada Malaikat (Pak Cik Danar-bagi Tania dia adalah Malaikat keluarganya) yang telah menolongnya serta keluarga membina kehidupan dari seorang yang miskin hingga berjaya ke Universiti. Namun dia jatuh cinta pada Danar pada usia yang amat mentah sekali iaitu 12 tahun. Mungkin pada dasarnya adalah amat mustahil gadis sekecil ini sudah mengetahui istilah cinta. Namun bermula dari sifat cemburu Tania tahu apa erti cinta.
Konflik bermula apabila Danar memutuskan untuk bernikah dengan kekasih hatinya, Ratna. Tania berasa kecil hati dan merasa rendah diri kerna tak mampu untuk meluahkan rasa cintanya pada Danar kerana usianya pada ketika itu masih remaja (masa Danar kawin rasanya umur Tania 19 tahun dan Danar 32 tahun). Namun siapa tahu sebenarnya Danar juga amat2 mencintai Tania, namun mungkin kerana dia telah menganggap Tania sebagai adik, maka adalah amat mustahil sekali untuk dia terus jatuh cinta pada Tania. Jadi dia berkahwin dengan Ratnah.
Novel ini berasa dekat sekali dengan diriku sendiri kerana ini adalah persoalan yang sering dilalui oleh semua remaja di luar sana. Aku juga tidak terkecuali menghadapi semua ini. Perasaan kita pada seseorang yang kadang kala tidak mampu diluahkan. Namun bila ia diluahkan...semuanya sudah terlalu lewat dan tak mampu untuk dikembalikan lagi. Bagi yang tidak mampu menghadapinya pasti akan merasa kecewa yang teramat dan tak mampu menerima hakikat itu. Tak terkecuali juga kita masih rasa kecewa namun kita akan cuba melarikan diri dengan menyibukkan diri. Begitulah yang Tania lakukan. Dia tidak menghadirkan diri di saat pernikahan Danar dengan alasan dia amat sibuk sekali! Novel ini benar-benar membuat aku berada di masa silam.
Mungkin juga Tania sebenarnya ketandusan kasih sayang kerana kematian bapa semenjak kecil dan ibunya meninggal pada usianya 12 tahun. Maka pada Danarlah dia menumpang kasih sayang. Tambahan pula Danar amat mengambil berat tentang Tania dan adiknya Dede. Jadi bila Danar mempunyai kekasih, Tania bimbang dan amat cemburu sekali pada RAtnah, kekasih Danr.
Komen aku watak2 di dalam Novel ini:
Danar: Aku pun tak tahu kenapa engkau ini aku rasakan kadang2 seperti bodoh! Kau cintakan Tania tapi tak pernah meluahkan. Pada masa yang sama engkau meletakkan harapan. Melayan seorang gadis seperti kekasihmu. Malah kau memberikan rantai untuk hari lahir Tania sama dengan rantai leher kau juga. Aku rasa seperti mahu hempuk kepala kau....ini adalah reaksi secara tak sengaja aku pada Danar.
Dede: Aku paling suka kau. Kerana kau amat memahami sekali kakakmu Tania. Amanah dan amat jujur. Walaupun kadangkala kau "perosak suasana", namun aku senang sekali. Tapi, kenapalah kau tak bagi tahu pada Tania yang Om Danar pun suka pada kakakmu....awal2 lagi...bukan setelah mereka menikah. Namun aku berterima kasih kerana kau memberitahu Om Danar, Tania suka pada dia. Walaupun mungkin sudah terlewat iaitu di malam pernikahan Om Danar.
Tania: Selepas ini jika kau berkenan di hati, terus terang aja. Biarlah jika mereka tak terima sekali pun...hehehe. Jangan kau tutup pintu hatimu. Kita bertemu orang yang salah kerana kita ditakdirkan untuk orang yang terbaik dalam hidup kita!
Ratna: Kau baik sekali. Namun kenapa kau tak pernah terlihatkan kemesraan antara Tania dan Danar. Lagi pun Danar tak pernah sekali mengucapkan sayang padamu. Aku simpati, namun aku tak boleh menyalahkan sesiapa pun. Satu pertanyaanku, jika kau mengetahui bahawa Tania adalah bayang2 yang mencuri kebahagiaanmu, apakah kau akan maafkan Danar dan Tania?
Anne: Kau sahabat paling setia. Walaupun kadang kala, kata2 mu tak boleh diterima namun terima kasih kerana kau sentiasa memahami Tania
Terima kasih penulis kerana pada akhirnya kau membuat Danar mengakui perasaannya pada Tania. Meskipun sudah terlewat untuk semua itu...ia pasti menjadi penawar dan azimat buat Tania...seperti kata Tania:

"Biarlah aku luruh ke bumi seperti sehelai daun...daun yang tak pernah membenci angin meski harus terenggutkan dari tangkai pohonnya"
Subscribe to:
Posts (Atom)