Wednesday, March 2, 2011

The Choice

Tajuk: The Choice
Penulis: Ahmad Deedat
Penerbit: Kharisma Network Sdn Bhd
ISBN:978-967-5029-26-4
Harga: RM29.00


Aku amat berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang agama Kristian setelah membaca buku Isabella. Mungkin buku ini adalah pilihan yang terbaik setelah ia mencatat jualan sebanyak 1juta naskah (ini mungkin untuk jualan di seluruh dunia).

Dengan terjemahan bahasa melayu mungkin lebih mudah untuk aku fahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Namun agak mengecewakan juga kerana terpaksa membaca berulang kali beberapa perenggan yang aku tidak faham. Tidak pasti adakah ini disebabkan oleh proses penterjemahan atau memang gaya bahasanya begitu.

Penulis membuat kajian yang mendalam terhadap Kitab Bible yang dianggap Firman Tuhan oleh penganut agama Kristian. Penulis bukan sahaja mengakaji Kitab Bible yang  ditulis oleh 4 murid Jesus tetapi juga Revised Standard Version (RSV) yang telah diterbitkan pada 1950an yang mana kitab ini yang digunakan oleh penganut Kristian kini.

Dalam mengkaji kitab tersebut, penulis membuat perbandingan dari segi penambahan atau pengurangan, pembuangan atau penukaran yang dibuat oleh penulis2 kitab tersebut. Di samping itu penulis juga menyangkal dakwaan-dakwaan dan juga cerita2 karut yang ditulis oleh penulis kitab bible tersebut dengan menggunakan ayat2 Al-Quran.

Dalam jilid kedua buku ini, penulis memberi penekanan yang lebih tentang agama Kristian. Penulis juga mengajar pembaca bagaimana untuk menghadapi penganut Kristian dengan cara belajar tentang Kitab Bible yang mereka agung2kan dan mencari segala kesilapan yang ada di dalamnya.

Aku mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan bacaan, namun banyak input yang boleh digunakan untuk diri sendiri dalam menghadapi ancaman Kristian. Aku juga mula memahami serba sedikit tentang sikap orang Kristian terhadap agama mereka dan Islam sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...