Tuesday, May 29, 2012

Hafalan Solat Delisa

Tajuk: Hafalan Solat Delisa
Penulis: Tere Liye
Harga : Tak ingat (beli di Indonesia)
ISBN: 978979321060-5

Entah bagaimana aku teringin sekali nak dapatkan buku ni. Rasanya sejak pertama kali membaca buku tulisan Tere dan review dari pembaca di Goodreads. Bila ke Indonesia, aku pun terus mencarinya di Gramedia. Gembira betul bila dah jumpa sampai tak sempat nak tunggu untuk baca (walaupun waktu itu aku sedang berperang dengan waktu untuk study dan ujian serta kerja yang melambak). Jadi masa yang ada untuk membaca di dalam train dan juga dalam perjalanan ke ofis (aku jalan sambil baca buku..tak boleh berhenti bila dah start baca).
 
Persoalan yang cuba dikupas oleh Tere adalah tentang keikhlasan. Keikhlasan dalam kita melakukan sesuatu terutamanya ibadah. Kadang2 kita melakukan sesuatu bukan kerana kita ingin melakukannya, tetapi kerana kita inginkan sesuatu balasan. Banyak contoh di dalam novel ini dimana Delisa melakukan sesuatu kerana dia ingin mendapatkan sesuatu. Contoh paling mudah adalah dia ingin menghafal solat kerana inginkan rantai yang dijanjikan ibunya. Dia mengucapkan "Delisa cinta Umi kerana Allah" kerana ustaz mengaji menjanjikannya sebatang coklat. Berapa ramai dari kita yang sudah mempunyai anak mengajar mereka erti ikhlas yang sebenar tanpa sogokan apa2. Ini memang selalu terjadi dalam masyarakat kita, sehingga ingin berpuasa pun kita ingin memberi hadiah! Di mana nilai puasa itu sendiri, kenapa kita harus berpuasa? Kerana orang lain berpuasa? atau kerana dijanjikan hadiah wang jika penuh puasa atau apa? Kita sering lupa penekanan ikhlas itu dalam kehidupan kita dan juga keluarga.

Aku terkesima bila membaca buku ini. Kerana selepas itu aku memikirkan, apa yang aku buat adakah kerana ikhlas, atau hanya ingin dipandang orang, atau untuk membangga diri, atau ingin balasan apa? Astaghfirullah...takut sekali jika aku tidak ikhlas. Ikhlas itu apa maknanya? Seringkali kita berkata "Aku ikhlas"...sejauh mana kita mengukur iklhas itu bila berkata2. Sukar sekali menjawabnya...kerana hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu ikhlas kita bagaimana.

Kisahnya berkisar di Lok Nga, Aceh yang pernah dilanda tsunami pada 2004. Delisa yang berusia 6 tahun sedang belajar untuk menghafal bacaan solat. Ibunya telah menjanjikan jika dia dapat menghafal semua bacaan solat, ibu akan membeli seutas rantai. Jadi Delisa berusaha bersungguh2 untuk menghafal bacaan tersebut dengan harapan akan memperoleh rantai tersebut. Di saat Delisa mempersembahkan bacaan pada Ibu Nur, guru agama di sekolah Delisa, saat2 dia mulai terlupa bacaan solatnya,saat itulah Acheh digegar dengan gempa bumi dan kemudian dilanda tsunami yang amat dasyat sehingga mengorbankan ibu, kakak2 Delisa dan keseluruhan perkampungan tepi pantai Lok Nga.

Sungguh hati aku benar2 dilanda tsunami. Bukan sekali tetapi 3 kali. Tsunami pertama bila, Ibu Nur yang terpaksa melepaskan papan tempat dia berpaut kepada Delisa, demi untuk menyelamatkan Delisa, Kedua, apabila ayah Delisa pulang melihat kehancuran rumah yang dibina untuk keluarganya. Saat dia melututkan kaki ke tanah semua gambaran kegembiraan bersama keluarganya seperti menonton cerita di TV dengan pengakhiran yang amat menyedihkan (saat aku membaca bahagian ini, aku tak mampu menahan airmata dan tersedu-sedan walaupun aku sedang dalam perjalanan untuk ke tempat kerja). Tsunami ketiga,bila "Kalung itu ternyata bukan tersangkut di dedahanan. Tidak juga tersangkut di dedaunan. Tetapi kalung itu tersangkut di tangan. Tangan yang sudah menjadi kerangka. Seumpama kerangka manusia. Putih. Tulang-belulang. Utuh. Bersandarkan semak belukar tersebut....U-M-M-I!!!!!!!!!!!!!"

Saturday, November 19, 2011

Membeli Buku di Eslite Bookstore - Taiwan

Lama betul meninggalkan aktiviti blog...almaklumlah semenjak internet di pejabat menyekat semua aktiviti social networking ni...aku pun jadi slow juga. Kesian pula pada follower kerana tiada post baru. Sebenarnya aktiviti membaca tetap berjalan seperti biasa cuma perlahan sedikit sebab sibuk dengan kerja dan aktiviti lain. Kalau nak tengok buku-buku yang telah di baca boleh la tengok di side bar.

Just nak update pengalaman pergi ke Taiwan baru-baru ni untuk company trip. Tak mau cerita la berjalan ke mana cuma nak cerita pengalaman membeli buku di Eslite Bookstore di sana. Pada hari terakhir free and easy so, aku buat keputusan untuk menaiki MRT yang ada di sana. Merasa pengalaman menaiki MRT amat menyeronokkan. Suasana di dalam MRT juga amat selesa. Aku menaiki MRT dari stesen Ximen ke Taipei Main Station. Hanya satu stesen sahaja sebab masa yang aku ada amat terhad.

Bila sampai di Taipei Main Station...aku pun berjalan-jalan di sana sebab banyak kedai yang dibuka di sana..kira macam KL Sentral tapi lagi besar dan lebih banyak kedai. Bila berjalan tu nampak la signboard Eslite Bookstore terus aku cari. Masa jumpa tu dia baru je buka pintu terus aku masuk. Kira pelanggan pertama dia orang la aritu. Eslite Bookstore ni macam taraf MPH juga la boleh aku katakan. Hehehe...aku pun menggeledah la segenap pelusuk kedai mencari buku penulis tempatan yang berbahasa Inggeris. Maklum la tak pandai bahasa Cina kan. Tapi tak jumpa da.... jadi aku tanya la pada kaunter. Adussshhhh tak paham pula dia orang ni bahasa Inggeris. Aku nak buku penulis tempatan tapi bahasa Inggeris...ditunjuknya aku seksyen bahasa inggeris. Banyak kali aku terangkan lepas tu dah lama sangat aku tengok response dia berlainan dari apa yang aku nak barulah aku tahu mereka ni tak faham.

Akhirnya aku beli la juga satu buku  bertajuk "The Girl Who Played With Fire" dengan harga 280NT atau lebih kurang RM28 macam tu. Murah kan?! Di sana semua buku lebih murah dari Malaysia. Buku biography Steve Jobs yang baru keluar tu pun lebih kurang RM65 je. Belum lagi diskaun tau. Rasa nak beli juga la masa tu sebab kat sini lepas diskaun pun tak dapat harga tu. Tapi disebabkan kekurangan duit....huaaaaa..almaklumla dah habis belanja shopping. Lagi pun tak de perancangan nak beli buku sebab tak tau di mana pun kedai  buku di sana...jadi tak dapat la aku memborong buku. Kecewa juga la masa tu, tapi apa boleh buat, kredit kad pun tak ada...kalau tak mesti dah melambak hutang untuk bulan ni. Tak apalah dapat satu buku je sebagai kenangan melawat kedai buku di Taiwan dan sekarang ni tengah baca....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...