Thursday, April 28, 2011

Kenapa melatah bila nasi lemak tidak dijual di kantin????

Dua tiga hari ini aku sibuk membaca komen dan pendapat pelbagai pihak tentang beberapa makanan yang dilarang dijual di kantin sekolah oleh Kementerian Kesihatan. Kebanyakannnya tidak menyokong malah menganggap makanan yang dijual di kantin sekolah tidak menyebabkan obesiti.Mereka beranggapan banyak punca lain yang menyumbang kepada obesiti di kalangan pelajar.

Berikut adalah makanan yang dilarang dijual di kantin sekolah:



Selain dari perkara di atas, terdadat 70 jenis makanan yang mana penjualannya dihadkan. Ini termasuk penjualan nasi lemak di kantin sekolah juga dihadkan kepada 2 kali seminggu. Roti canai pun ada termasuk juga dalam senarai yang dihadkan.

Aku amat positif dengan cadangan yang dikemukan oleh kerajaan ini. Sebabnya, untuk makanan yang dilarang tu dah sah sah la memang tak ada khasiat langsung kepada pelajar sekolah ni.

Untuk makanan yang dihadkan penjualannya pula, aku setuju sebab kebanyakan pelajar memang membeli dari kantin sekolah untuk makanan harian mereka. Makanan yang dijual pula seperti nasi lemak dan roti canai ni memang tinggi dengan karbohidrat yang mana penyumbang utama kepada obesiti. Berapa banyak kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik tentang khasiat yang ada dalam nasi lemak dan juga roti canai. Siapa yang cakap semua ni penuh dengan khasiat dan disarankan pengambilannya???

Para pelajar tiada pilihan lain melainkan membeli dari kantin sekolah, sebab mak ayah mereka bekerja. Keluar dari rumah seawal pagi untuk ke tempat kerja dan mereka tidak sempat untuk menyediakan sarapan mahu pun membekalkan anak-anak mereka dengan makanan. Jadi anak-anak ni pun beli la dari kantin sekolah...sudah pasti la makanan yang mereka beli mengikut selera mereka tanpa ada kawalan terutama ibu bapa.

Pihak kantin sekolah juga pasti tidak menghiraukan apa yang dimakan oleh para pelajar ni. Yang penting mereka dapat untung dengan semua makanan habis dijual.

Kehidupan para pelajar hari ini kebanyakannya adalah di sekolah. Kalau pagi ke sekolah kebangsaan petang pula ke sekolah agama. Lepas habis sesi ke satu sesi lain. Pelajar tiada masa untuk balik ke rumah. Selalunya mereka ini akan dibekalkan dengan duit belanja oleh ibu bapa mereka dan mereka bebas untuk membeli apa yang mereka suka. Jadi tak mustahil mereka ini akan membeli makanan seperti nasi lemak, roti canai, mee goreng dan bihun goreng. Adalah amat bagus sekali jika pelajar ni faham atau pandai untuk memilih makanan seperti roti yang berserat tinggi atau pun minum susu.

Lepas balik ke rumah, biasanya selepas habis sekolah waktu petang, barulah mereka dapat merasa air tangan ibu. Itu pun kalau ibu tak penat balik dari bekerja jadi boleh la dia masak makanan yang berkhasiat sikit untuk anak-anak mereka. Kalau rasa dah penat atau mungkin juga mak ayah mereka ni balik lambat dari kerja, makan la dia orang ni dengan makanan yang dibungkus dari kedai...

Jadi bila masanya anak-anak atau pelajar ni betul2 mendapat makanan yang berkhasiat? Prof Di Raja Ungku Aziz sendiri amat bimbang dengan tabiat pemakanan rakyat Malaysia. Malah beliau pernah menyarankan agar program pemakanan di sekolah juga diubah supaya menjadi lebih baik. Mungkin kita boleh belajar bagaimana tabiat pemakanan Ungku Aziz sebagai panduan.

Jadi terpulanglah kepada kita sendiri samada untuk menerima atau tidak cadangan yang dikemukakan kerajaan ini. Kita mungkin boleh memberi pelbagai idea atau menolak idea tetapi yang penting semuanya untuk kebaikan generasi akan datang

Panduan Pemakanan Proff Di Raja Ungku Aziz

Kredit kepada 1busanamuslimah untuk artikel ini.

PROFESOR Diraja Ungku Aziz sentiasa dihormati sebagai tokoh akademik terulung negara dan tidak hairanlah pelbagai pihak mendapatkan pandangannya mengenai isu seperti pembangunan ekonomi dan kecemerlangan universiti.
Pada usia 84 tahun, beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Ungku, terus mengekalkan stamina fizikal dan minda, sesuatu yang jarang dimiliki orang sebaya umurnya.

Pemikiran Pak Ungku bukan hanya terhadap kepada isu ilmiah dan akademik, malah bekas Naib Canselor Universiti Malaya ini mempunyai gaya hidup sihat dan pandangan unik mengenai tabiat pemakanan orang Melayu.

Ikuti beberapa pandangan Pak Ungku mengenai senaman dan pemakanan yang bukan sekadar untuk ditatapi, malah boleh diamalkan mengikut kemampuan masing-masing.

Senaman

Pak Ungku berpendapat bahawa senaman mesti mengeluarkan peluh. Bersenam atau beriadah adalah rutin hidupnya. Ketika usia muda, beliau menjadikan angkat berat sebagai senaman dan kemudian berjoging satu atau dua jam. Kini sesuai dengan peningkatan usia, aktiviti berjoging digantikan dengan berjalan laju selama sejam setiap pagi.

Pemakanan

Aspek ini cukup dijaga oleh Pak Ungku. Beliau menyifatkan corak pemakanannya amat ringkas, iaitu tidak banyak makan gula, karbohidrat dan makanan berlemak. Apakah menu makanan Pak Ungku?

Sarapan - Cuma empat biji kurma dan ketika musim jambu air, buah tempatan ini menjadi pilihannya. Beliau juga makan epal dan cider epal yang disifatkannya amat baik untuk mengelakkan arthritis.

Makan tengah hari - Pak Ungku hanya makan sekali sehari. Beliau memilih hidangan ikan atau ayam dan sayur-sayuran, salad serta buah-buahan. Beliau cukup suka buah-buahan dan hingga kini, nanas yang sesetengah orang anggap sebagai ‘tajam’ dimakannya, termasuk pada jam 11 malam tanpa sebarang pantang.

Malam - Bubur atau sup menjadi pilihannya. Pak Ungku sudah lama tidak makan daging merah dan kopi. Sebaliknya, beliau memilih teh Cina atau Jepun yang dibancuh sendiri serta minum banyak air iaitu sebanyak enam gelas. Kadang kala, beliau makan sate, tetapi tidak begitu suka makanan pedas dan berminyak.

Rutin harian

Pagi - Bangun seawal jam 6 pagi hingga jam 7 pagi, membaca al-Quran, belajar tafsir termasuk menggunakan bantuan moden seperti CD. Beliau suka belajar bahasa Arab kerana mencabar dan berpendapat amalan membaca al-Quran amat baik sebagai pembuka minda.

Antara jam 7 hingga 8 pagi, Pak Ungku berjalan laju di sekitar Seksyen 17, Petaling Jaya dan beriadah menerusi programnya sendiri. Selepas warm up atau baginya ‘naik haba’, Pak Ungku membaca surat khabar selama setengah jam. Selepas mandi dan minum pagi, beliau ke pejabat yang terletak berdekatan rumahnya.

Tengah hari/petang - Makan tengah hari. Beliau akan tidur dan berehat pada waktu petang, iaitu sekurang-kurangnya lima minit dan jika tidak sibuk hingga 45 minit. Beliau lebih selesa tidur menghadap tingkap terbuka tanpa penghawa dingin

Malam - Hanya makan ringan dan menonton berita serta program kesukaan. Pak Ungku tidur jam 12 malam dan hanya kadang kala jam 12.30 atau 1 pagi.

Tabiat pemakanan orang Melayu

Pak Ungku melahirkan kebimbangan terhadap amalan pemakanan orang Melayu yang negatif dari segi kesihatan seperti makan nasi lemak setiap hari dan pengambilan gula yang tinggi hingga menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.

Beliau berkata: “Cukup menakutkan apabila saya membaca laporan bahawa 10 peratus orang Melayu menghidap kencing manis. Saya tidak faham mengapa perlu jadi begitu? Orang Melayu kalau berduit sikit dan mula masuk usia 40-an, mulalah buncit perut dan kalau yang perempuannya, selain perut, punggung menjadi lebar dek diselaput lemak. Sepatutnya ini semua tidak berlaku."

Pemakanan seimbang

PENGAMBILAN makanan seimbang adalah antara isu yang menjadi perhatian Pak Ungku. Beliau berpendapat ramai kanak-kanak lebih gemar mengambil makanan ringan dan diproses yang sebenar tidak elok untuk kesihatan.

Sementara itu, katanya ketidakseimbangan juga wujud antara kanak-kanak bandar dan luar bandar. Kanak-kanak luar bandar kurang mengambil makanan yang cukup berkhasiat berbanding kanak-kanak di bandar yang terdedah kepada pelbagai iklan mengenai pengambilan makanan berkhasiat.

Katanya, kanak-kanak bandar tidak menghadapi masalah dari segi pengambilan zat dan vitamin serta menikmati pelbagai kemudahan kesihatan yang sempurna.

Beliau berpendapat, menu seperti telur dan ikan sebagai makanan harian amat penting untuk melahirkan pelajar cemerlang, khususnya pada peringkat sekolah rendah kerana makanan berkhasiat dan protein membolehkan kanak-kanak mempunyai otak yang cerdas dan cergas.

Wednesday, April 27, 2011

Mahu Jalan-Jalan Sambil Cari Buku Di Kota Yogja

Tinggal beberapa hari je lagi mahu bercuti dan pergi berjalan2 ke Kota Istimewa Yogjakarta. Masih belum pilih tempat2 yang ingin dilawati. Almaklumlah nak save cost punya pasal tak mau ambil travel agent. Hotel dan juga flight dah lama settle. Sebenarnya banyak je tempat nak pergi. Yang paling aku teruja adalah Candi Borobodur.

Tapi tak kisah sangat la mana2 tempat nak pergi pun. Yang pasti aku nak mengambil kesempatan membeli buku2 yang ada di sana. Ha....bab ni memang aku dah siapkan senarai buku yang aku plan nak beli masa kat sana. Memang banyak la tapi tak tahu lah dapat beli semua ke tak. Budget letak dalam RM200. Harap2 dapat harga durian runtuh punya....

Antara buku-buku yang nak dibeli:
1. Hafalan Solat Delisa - Tere Liye (aku terpengaruh dengan review yang kata buku ni bagus banget...cehhhh)
2. Moga Bonda Disayangi Allah - Tere Liye
3. Rembulan Tenggelam Di Wajahmu - Tere Liye
4. Bumi Cinta - Habiburrahman Al-Shirazy (dan buku2 lain yang mungkin aku belum miliki)
5. Koleksi buku tulisan Hamka (ni nak kena cek balik buku apa yang best...)
6. Maryamah Karpov - Andrea Hirata
7. Mimpi-mimpi Lintang - Andrea Hirata

 Ini yang plan nak beli ajelah...Dapat beli ke tak, belum tahu lagi. Aku rasa teruja bila si mamat buah hati aku tu  bercerita kisah dia beli buku kat Indonesia. Beli buku di kaki lima dan siap kena tipu dan juga beli buku di toko buku (kat Indonesia panggil Toko bukan kedai..)

Yang bawah ni plak senarai toko buku yang ada di Yogjakarta (sumber: http://www.centralartikel.com/2010/10/daftar-alamat-toko-buku-baru-bekas.html). Lepas ni nak kena cek dalam map. Nanti senang la nak cari. Banyak gila...tapi tak adalah aku nak pergi ke semua toko buku ni. Pergi mana2 yang berdekatan ajelah macam di Jalan Malioboro dan jugak Gramedia kat Malioboro Hall tu.

1. Toko Alphabets
Kantor: Villa Seturan Indah Bl C/7 YOGYAKARTA
2. Toko Anugerah
Kantor: Jl Kol Sugiono 87 YOGYAKARTA
3. Toko Aris Jaya
Kantor: Jl Nusa Indah Condongcatur Depok Sleman 58 RT 009/17 YOGYAKARTA
4. Toko Artista
Kantor: Jl Godean Km 1/2 YOGYAKARTA
5. Toko Champion
Kantor: Jl P Mangkubumi 38 YOGYAKARTA
6. Toko Dua Sembilan
Kantor: Jl Kusumanegara 140 YOGYAKARTA
7. Toko Ekonomi
Kantor: Jl Gondosuli 10 RT 004/02 YOGYAKARTA
8. Toko Gama
Kantor: Jl Magelang Km 5,8/48 YOGYAKARTA
9. Toko Gloria
Kantor: Jl P Diponegoro 103 YOGYAKARTA
10. Toko Henriyds
Kantor: Jl Kyai Mojo 64 YOGYAKARTA
11. Toko Hidup Baru
Kantor: Jl Malioboro 28 YOGYAKARTA
12. Toko Imanuel
Kantor: Jl Purwodiningratan Bl NG-1/918 YOGYAKARTA
13. Toko Istana Siswa
Kantor: Jl Laksda Adisucipto Km 6/155 D RT 002/02 YOGYAKARTA
14. Toko Kartini
Kantor: Jl Yudonegaran 26 YOGYAKARTA
15. Toko M21
Kantor: Jl Gejayan Mrican 21 RT 013/05 YOGYAKARTA
16. Toko Merah Dua
Kantor: Jl Kaliurang Km 5,6/17 YOGYAKARTA
17. Toko Merah
Kantor: Jl Gejayan Mrican 1 RT 004/10 YOGYAKARTA
18. Toko Mirah
Kantor: Psr Gamping 6 YOGYAKARTA
19. Toko Mitra Nugroho
Kantor: Kompl Bayeman Permai Bl C/6 YOGYAKARTA
20. Ud Mitra
Kantor: Jl Dr Sutomo 43 RT 026/08 YOGYAKARTA
21. Toko Murah
Kantor: Jl Jend Sudirman 1 YOGYAKARTA
22. Toko Pak Puspo
Kantor: Jl Achmad Jazuli 55 YOGYAKARTA
23. Ud Pelangi
Kantor: Jl Mataram 33 YOGYAKARTA
24. Toko Peni
Kantor: Jl Sultan Agung 51 RT 033/09 YOGYAKARTA
25. Toko Prestasi
Kantor: Jl Gedong Kuning 178 YOGYAKARTA
26. Toko Rejeki
Kantor: Jl Kyai Mojo 91 YOGYAKARTA
27. Toko Renata
Kantor: Jl Godean Km 4 Bl DS-II RT 004/03 YOGYAKARTA
28. Toko Rukun
Kantor: Jl Ibu Ruswo 22 YOGYAKARTA
29. Toko Semangat Baru
Kantor: Jl Kapt P Tendean 12 RT 011/03 YOGYAKARTA
30. Toko Tedjomulyo
Kantor: Jl Kenari 61 YOGYAKARTA
31. Toko Tiga Serangkai
Kantor: Jl Gejayan 3-A RT 001/29 YOGYAKARTA
32. Toko Tropen
Kantor: Jl Gejayan 9-D RT 051/13 YOGYAKARTA
33. Toko Wisuda
Kantor: Jl Samirono Baru 1-A YOGYAKARTA
34. Alfi Toko Buku
Kantor: Jl Kahar Mudzakir 11 RT 030/06 YOGYAKARTA
35. Cv Amalia
Kantor: Jl Juminahan 4 YOGYAKARTA
36. Amanah Kios
Kantor: Jl Kahar Mudzakir 6 RT 030/06 YOGYAKARTA
37. Toko Andalas
Kantor: Jl Pulo III RT 011/05 YOGYAKARTA
38. Berkah Tb
Kantor: Ds Tembi Timbulharjo Sewon YOGYAKARTA
39. Cv Bina Usaha
Kantor: Jl Colombo 2-A YOGYAKARTA
40. Toko Dian
Kantor: Jl Brigjen Katamso Utr 7 YOGYAKARTA

Rasa tak sabar nak ke sana....

Saturday, April 23, 2011

Korban duit hari ni.......

Penat gilerrr...baru balik dari PBAKL. Puas berjalan kat sana pusing2 sampai sesat cari jalan keluar. Nampaknya tak lah ramai sangat orang....kira boleh la jalan ke sana2 sini tanpa ada jam...dulu pernah pergi nak jalan pun susah apatah lagi nak tengok buku. Lagi la payah. Mungkin masih belum gaji lagi kot....hehehe

Pergi sana try la juga cari buku pasal Internal Audit...tapi buku yang dikehendaki tu tak ada. Buku lain banyak la. Economics, Accounting, Commerce...buku tu je yang banyak. Frust juga la.

Korban duit untuk buku arini hampir RM200 setelah dikira-kira semuanya lebih RM200 la.... Tak boleh belanja lebih dari itu..sebab bulan depan nak pergi ke Yogja..mahu cari buku2 di sana juga. Dalam duk mencari buku2 sekali tengok aturcara arini antaranya...Pelancaran Buku Tun Mahathir...cehhhhh!!!kata jumaat. Tipu betul la. Dahla aku pergi petang pula tu...benci tul! Tapi tak apalah..dah dapat buku dia kira ok la ni.

Tadi aku ada pergi ke booth Kedai Koperasi Universiti Malaya dan adalah minat dua buku ni. Bila aku tanya boleh guna kad kredit tak. Dia orang jawap "tak tahula kak...tadi ada mak cik tu nak guna kad kredit tak boleh". Hah!!!!Aku ternganga kejap. Dah la aku masuk booth tu tak ada orang yang tegur..borak aja. Bukannya ada pelanggan lain pun masa tu, aku sorang je. At least ucaplah selamat datang....ini boleh pula dia orang tak tahu boleh guna kad kredit ke tak. Sepatutnya benda2 macam ni dia orang dah tahu dah apa nak buat...ishishish..Yang aku ni pun satu...yang kau pergi bawak duit RM50 je sapa suruh....!!!ni tajuk buku yang aku nak beli tu:

a) Royal Proffesor Ungku Aziz - The Renaissance Man
b) Jejak-jejak di Pantai Zaman (buku ni tentang Zaa'ba)

Yang kat bawah ni pula buku-buku yang aku dah beli. Semuanya ada diskaun. Kalau dia tak tulis pun ada diskaun, dia orang bagi gak diskaun...Untung gak la beli masa ni kan. Yang bestnya buku Tun Mahathir tu dapat la diskaun 10% (MPH bagi diskaun bagi semua buku 10%) jadi harga dia RM90.

Koleksi novel terbitan PTS...nak baca kalau masa tension2 lepas study tu...hehehe




Buku tentang cara2 nak buat kek cawan...konon2 nak belajar la ni...entah ada masa ke tidak...tapi boleh bagi pada adik la...dia rajin buat2 kek ni and memang ada skill...nak harapkan akuuuu..kek yang hangus boleh la dapat kot
Jadi pada semua yang belum menjejakkan kaki ke PBAKL tu pergilah....carilah masa yang sesuai. Kalau untuk ilmu ni tak rugi pun masa kita dan penat kita tu

Friday, April 22, 2011

Cendawan Busut - sodap gilo

Tadi duk bacalah suratkhabar Kosmo online sekali dalam duk mencari artikel ternampak pula kisah Cendawan Busut....adushhhhh..terus terliur. Belum start baca lagi dah terliur...bila dah baca teringat pula gulai masak lemak cendawan busut yang mak aku buat 2  minggu lepas...adushhhh sodap gilo...(ni ayat tak tahan).

Kita orang beli cendawan tu masa on the way nak pergi melawat adik aku kat hospital Melaka. Kalau tak silap tempat yang banyak sangat cendawan busut ni nama dia Ulu Yoh....sepanjang jalan memang ramai yang jual cendawan ni. Satu ikat masa tu aku beli RM3.00. Mak aku cakap murah la tu...kalau kat tempat lain mahunya RM6 seikat....oooo..barulah aku tau. Aku ingat RM3 tu dah mahal gila dah

Inilah rezeki Allah beri pada musim hujan. Bukan senang nak cari cendawan busut ni. Dulu masa kecik2 aku ada la kutip cendawan ni kat sekeliling rumah. Tapi sekarang dah tak ada dah. Susah nak cari sekeliling rumah dah sekarang....Akak aku cakap ada pantang larang nenek moyang atuk wan dia kalau nak kutip cendawan busut ni. Ni yang aku ingat la dia cakap...lain2 dah lupa:

a) Jangan bawa bekas masa kutip (abis kalau tak bawak camana pulak kan!!!....jadi pandai2 kau orang la nak kutip macam mana)
b) Jangan ajak orang lain (kalau dah tahu tempat tu mestilah kita nak bagi tau orang kan!!!lepas tu mesti nak ajak dia kutip sama...akak aku cakap ni pun tak boleh)

Agaknya tu la sebab dah tak ada cendawan lagi kat sekeliling rumah aku...sebab aku dah langgar pantang larang dia...hahahaha...entah betul ke tidak tak tahu la.

Kalau nak tahu cara masak lemak cendawan ni senang je. Bahan2 adalah seperti berikut (cehhhh!!!!!iye2 je aku ni....kalau tak sedap jangan marah ye. Ini berdasarkan apa yang mak aku ajar aritu la):

- dah tentu2 la kena ada cendawan kan ( cuba letak dalam 4 ikat ke 5 ikat)
- santan (ni kena ambil pati dia - kalau beli yang kat kedai punya santan belum tentu lagi pure punya santan...mesti dah campur air dan tepung...jadi carilah kelapa and parut sendiri...hehehehe)
- ikan bilis (letak la dalam sepiring kecik..boleh la tu)
-serai ( 2 batang cukup la)
- kunyit, lada (jangan letak banyak sangat, gulai lemak cendawan tak sesuai pedas2 sangat), garam secukup rasa, asam keping (masuk masa last sekali)
- aku rasa ini je kot bahan2 dia

Cara nak masak:

1) Masakkan dahulu santan beserta dengan bahan2 lain selain cendawan
2) Bila dah mendidih (kira santan tu dah masak la...baru masukkan cendawan).

Kalau nak masak sampai kering kuah dia pun buleh...jadilah dia rendang cendawan busut! Cendawan ni pun boleh juga di buat sup...buat macam masak sup sayur biasa tu tp letak la serai agak2 dua batang....nyumnyum sedapnya...(ini style aku masak la...semuanya sempoi je)

Berikut adalah artikel yang dipetik dari Kosmo hari ini...untuk tambah pengetahuan lagi...Selamat mencuba resepi aku tu ye...hihihi






PAGI itu suasana dingin dan hening menyeliputi Felda Gunung Besout 2, Sungkai, Perak. Tanah masih belum terang, embun pagi juga belum berhenti menitik.
Namun, di sebalik deretan pokok kelapa sawit yang disempadani parit-parit kecil, kelihatan susuk tubuh milik Mohd. Shaiful Isa, 28, sedang tekun mengutip cendawan busut.
Dengan bantuan cahaya dari motosikal miliknya, pantulan cahaya putih daripada cendawan memang jelas kelihatan.
“Dalam keadaan yang redup sebegini, kerja mengutip lebih mudah kerana pantulan warna cendawan senang dilihat berbanding pada waktu cerah.
“Kerja mengutip cendawan memang dilakukan pada awal pagi kerana ia perlu diasing-asingkan dan dibersihkan sebelum boleh dijual di pasar,” jelas Shaiful, anak peroka di Felda ini.
Selesai mengutip di tepi parit kecil, dia beralih pula ke satu kawasan busut yang hampir dilitupi dengan cendawan berkepala bulat tersebut.
Struktur tanah yang agak lembut di kawasan berkenaan memudahkan lagi kerja-kerja mencabut cendawan, sekali gus rentak tangannya semakin tangkas.
Kelkatu
“Kalau tumbuh di tanah lembut, cendawan boleh dicabut hingga ke akarnya. Begitu juga jika ia tumbuh di tanah berpasir.
“Jika tumbuh di tanah keras, batang cendawan yang panjang biasanya mudah patah semasa dicabut,” katanya yang mengutip cendawan liar hampir 10 busut sehari ketika musim cendawan tumbuh.
Cendawan busut merupakan cendawan boleh dimakan yang tumbuh meliar selalunya di ladang kelapa sawit dan kebun getah. Antara lokasi terkenal yang menjadi rumah kepada tumbuhan jenis kulat ini sekitar Perak dan Negeri Sembilan.
Musim yang cukup sinonim dengan cendawan busut di Felda Gunung Besout ialah pada setiap awal tahun bermula bulan Januari hingga awal Mac dan hujung tahun di antara bulan November hingga Disember.
KERJA pembersihan dilakukan segera bagi memastikan cendawan dapat dipasarkan pada hari yang sama ia dikutip.



Ia juga boleh tumbuh di luar musim namun hasilnya tidak sebanyak awal dan hujung tahun. Bagaimanapun, tarikh sebenar bila cendawan akan tumbuh, tiada siapa yang dapat mengetahui dengan tepat dan jelas.
“Kehadiran cendawan di sini memang bergantung pada hujan. Mungkin betul pepatah yang mengatakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
“Namun, tidak semua hujan boleh menghasilkan cendawan. Kebiasaannya, cendawan muncul apabila hujan turun pada waktu malam dan keesokannya cuaca panas terik.
“Jika rutin cuaca seperti ini berulang selama tiga hari berturut-turut, kemungkinan besar cendawan akan tumbuh.
“Satu lagi petunjuk yang boleh dijadikan petanda ialah hujan yang mengundang kehadiran kelkatu.
“Jika banyak kelkatu, mungkin dalam masa tiga, empat hari lagi, cendawan akan tumbuh,” jelas Shaiful yang pernah mengutip dan menjual 120 kilogram (kg) cendawan busut sehari.
Jangka hayat cendawan yang hanya mampu bertahan selama empat hari sering memberikan keterujaan kepada para penduduk di Felda berkenaan untuk turun ke ladang dan mencari cendawan.
“Apabila sudah ada tanda-tanda cendawan tumbuh, saya akan meronda ke lokasi yang menjadi tempat kebiasaan cendawan busut tumbuh.
“Jika ada topi cendawan yang keluar dari tanah, kami akan tandakan kawasan tersebut dan datang semula esok pagi untuk mengutipnya,” ujar Shaiful.
Menurutnya lagi, hari tuaian terbaik ialah pada hari kedua. Jika cendawan dikutip pada hari pertama, ia masih terlalu kecil, jika hari ketiga pula, topi cendawan sudah besar dan hampir kembang.
Pada hari keempat pula, biasanya topi cendawan sudah mengembang.
“Jika dikutip pun, kami tidak menjualnya, cuma makan sendiri.
“Selalu juga kami terlepas musim cendawan kerana tidak ramai yang boleh menyedari kehadiran cendawan busut pada hari pertama, sedar-sedar ia sudah kembang,” kata Shaiful yang juga merupakan peraih cendawan di sekitar Felda tersebut.
Memiliki kepakaran mencari lokasi tumbuhnya cendawan busut, minatnya itu lahir selepas sering mengikut abang dan ayahnya mencari dan menjual cendawan sejak kecil lagi. Malah, bapanya, juga seorang peraih cendawan.
Abang Shaiful, Ahmad Razak Isa, turut menjadikan cendawan busut sebagai pendapatan sampingan yang lumayan.
“Jika musim lebat, saya mampu membeli lebih kurang satu tan cendawan busut daripada warga Felda. Hasilnya pula akan dijual di pasaran luar, biasanya di Ipoh dan Rawang.
Pantang dibasuh
SELEPAS dicabut, cendawan akan dibersihkan dan diasingkan mengikut gred sebelum dijual di pasar.



“Memandangkan ia tidak tahan lama, proses pembersihan dan pengasingan perlu dilakukan sejurus ia dicabut supaya ia dapat dijual pada hari yang sama,” katanya.
Tambahnya lagi, jika cendawan busut dijual hingga ke Rawang, maknanya musim cendawan di Besout benar-benar menjadi.
Menurut rakan Shaiful, Mohd. Roslan Salleh, 27, mereka mempunyai cara tersendiri untuk membersihkan cendawan busut.
“Jangan sekali-kali gunakan air untuk membersihkan cendawan melainkan jika sudah mahu dimasak. Cukup sekadar bersihkan tanah dan pasir yang melekat di cendawan. Membasuh dengan air akan menjadikannya cepat rosak dan buruk,” katanya.
Selepas proses pembersihan dijalankan, cendawan akan dikumpulkan mengikut gred berdasarkan hari ia dikutip.
“Biasanya kerja mengutip akan dilakukan pada awal pagi. Ia kemudiannya terus dibawa ke rumah untuk dibersihkan dan diasingkan mengikut gred.
“Kebanyakan cendawan tumbuh pada hari yang sama, tetapi ada juga cendawan yang lewat sehari dua.
“Cendawan yang dicabut pada hari kedua adalah cendawan terbaik kerana teksturnya yang masih sedikit keras dan kenyal.
“Harganya juga lebih tinggi dan dijual mengikut kg. Untuk gred bagus, ia akan dijual pada harga di bawah RM20 sekilogram.
“Untuk cendawan yang dikutip sudah memasuki hari ketiga atau keempat, biasanya ia akan dijual longgok, sekitar RM5 hingga RM8 selonggok,” katanya yang mengakui cukup seronok menjual cendawan jenis liar ini.



Menurut Roslan, memandangkan ia sukar ditemui dan tidak dapat diketahui bila ia akan tumbuh, jualan cendawan busut biasanya sangat laris.
“Mungkin sebab ia jarang ada, apabila kita buka gerai jualan, tidak sampai tiga jam, hasil jualan beratus kilogram pun dapat dihabiskan, apatah lagi jika cuma geng-geng kita yang menjual di situ.
“Kalau buka gerai di tepi jalan, memang orang akan berkerumun bila mengetahui kami menjual cendawan busut di situ,” katanya.
Cendawan yang menjadi kegemaran ramai ini sememangnya enak dijadikan juadah pembuka selera. Teksturnya yang tebal sudah tentu menghadirkan rasa puas tatkala mencicip batang ataupun topi cendawan liar ini.
Rasanya manis dan baunya juga harum. Bukan sekadar itu, keenakannya memang tidak dapat dinafikan malah sesuai dengan apa jua masakan sama ada goreng tepung, sup, tomyam, masak lemak kunyit mahupun dijadikan campuran dalam hidangan masakan panas seperti mi hailam.

P.S. I Love You

Tajuk: P.S. I Love You
Penulis: Cecilia Ahern
Penerbit: Harper Collin Publisher
ISBN: 978-0-00-718415-6
Harga: RM31.90

Buku-buku Cecilia Ahern terdapat di kebanyakan kedai buku. Jika ia diletakkan di rak utama sudah tentu semua buku penulis ini menarik. Namun entah mengapa aku rasa macam tak berapa minat untuk mendapatkannya. Ini pun kawan aku yang bagi pinjam. Dia cakap "Ok la..." hmmmm...jadi aku pun cakap la nak pinjam buku Cecilia terutamanya P.S I love you. Sebabnya novel ni telah dijadikan filem (tak tahu pula bila dia terbitkan filem ni...aku ni bukannya ambil tahu sangat pasal movie2 ni...hihihi)

P.S, I Love you ni mengisahkan tentang Holly yang kematian suaminya, Gerry akibat tumor. Holly yang bersedih dengan kehilangan Gerry tidak menduga bahawa suaminya akan meninggalkan nota2 yang akan dibuka setiap bulan. Holly perlu mengikut apa sahaja yang ditulis oleh Gerry. Dalam setiap nota yang ditinggalkan Gerry akan diakhiri dengan P.S, I love you. Holly meneruskan  kehidupannya tanpa Gerry berpandukan nota2 yang ditinggalkan suaminya.

Bila dah baca buku ni...adushhh...sampai satu tahap aku stop dan baca buku lain. Bukan 1, 2 buku tapi 3 buku aku baca. Lupa terus buku ni. Aku rasa menyampah dan fikirkan watak utamanya iaitu Holly sebenarnya seorang yang lemah semangat dan tidak pandai berdikari. Sepanjang suaminya hidup, dia terlalu bergantung kepada suaminya. Jadi bila suaminya meninggal dunia dia putus harap untuk meneruskan kehidupan.

Mungkin penulis kurang berjaya dalam mengolah kehilangan Gerry pada permulaan cerita sehingga aku tak dapat merasa sedih atau kasihan pun dengan Holly kerana kehilangan suami. Holly hanya bergantung hidup pada surat2 yang ditulis Gerry sebelum meninggal. Sehingga ke satu masa, Holly kehabisan wang dan terpaksa meminta bantuan dari ibu-bapanya. Nasib baiklah kelaurga Holly bolehlah dikatakan bahagia dan bantu membantu antara satu sama lain. Holly juga mempunyai sahabat2 yang sentiasa bersamanya ketika dia bersedih.

Aku hanya terasa Holly benar2 kehilangan Gerry bila dia tiada wang untuk membayar khidmat internet yang digunakannya di perpustakaan. Dia tidak tahu ingin menghubungi siapa untuk meminta bantuan. Akhirnya dia menelefon nombor suaminya dan mendengar voicemail yang menggunakan suara Gerry (tapi still mata aku tak bergenang dengan air lagi....hehehe...cuma rasa kesian je ngan Holly)

Tapi nota Gerry yang paling akhir tu memang betul2 buat aku nak menangis....hehehe..sedih sebab terfikir kalau aku, sanggup tak nak cari pengganti lain kalu si dia tiada....hmmmm.

"Don't be afraid to fall in love again. Open your heart and follow whee its leads you...and remember, shoot for the moon. P.S, I love you...."

Walaupun Cecilia berjaya buat aku rasa nak nangis tapi aku tak dapat rasa kepuasan membaca buku dia. Dah nak habis baru ada feel macam tak best. Jadi aku pun habis lewat la juga baca buku ni...hehehe. Kalau nak dapatkan buku lain karangan penulis ni mungkin aku akan fikir balik la kot...

Wednesday, April 20, 2011

Masa semakin singkat disebabkan gempa bumi

Ada tak terasa macam waktu sekarang semakin singkat....bila kita bangun bersiap lepas tu pergi kerja. Lepas sampai office kita pun breakfast. Dah lepas breakfast kita pun mula buat kerja. By the time kita buat kerja tu kita pun tengok jam di tangan.....Hahhh!!!! dah pukul 10 pagi...rasa macam baru je start buat kerja....

Kita pun terus buat kerja lagi...tak lama lepas tu perut rasa lapar, tengok jam lagi...eh! dah pukul 12.30...patut la laparrrrrr!!!! Ishhhhhh..cepat betul la masa sekarang ni. Dah pergi makan kita pun balik office semula and start buat kerja. Dalam sibuk duk buat kerja ..eh belum solat la. tengok balik jam tangan...hah!! dah pukul 3 petang. Dah lewat nak solat Zuhur ni...kita pun bergegas2 la ke surau nak solat.

Dah habis solat Zuhur kita sambung kerja lagi. Tengok jam lagi. Dah masuk pula waktu asar. Sekarang dah pukul 4.45 petang. Dalam masa 45 minit lagi dah waktu balik. Aku rasa macam sekejap je waktu berlalu.

Ada tak you all rasa apa yang aku rasa sekarang. Memang waktu cepat sangat berlalu. Kadang kita tak dapat nak habiskan semua kerja dalam masa satu hari. Aku rasa semua ni bila tsunami melanda Jepun. Jadi mungkin teori yang ditulis dalam Berita Harian Online | Bumi berubah
ni ada benarnya. Fikir2 kan lah...

Aktiviti-aktiviti menarik sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Kehangatan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 semakin dirasai. Ia bakal berlangsung di PWTC dari 22 April sehingga 1 Mei 2011. Aku masih belum terfikir ingin membeli buku apa - tapi mungkin aku akan membeli beberapa buah novel rasanya. Tapi bila dah pergi ke sana dah tak boleh fikir lagi apa buku yang kita nak beli sebab banyak sangat buku yang best2 kat situ. Dah tu, penerbit bagi harga diskaun untuk certain books.

Jadi pada sesiapa yang nak pergi ke sana, silalah bawa duit lebih ye...kecuali anda memang kuat menahan godaan untuk tidak membeli lebih dari apa yang anda rancangkan. Sebagai menambahkan lagi kehangatan PBAKL 2011 ni...berikut adalah beberapa aktiviti paling menarik perhatian sekali sepanjang PBAKL 2011 nanti. Info ni diambil dari laman web rasmi PBAKL 2011.

22 April 2011 @ 10-12a.m.: Book-sign and Q&A with Tun Dr. Mahathir (wahhhhh....ni memang syok kalau dapat g ni...tapi masalahnya kena kerja daaaa...kalau ambil half day agak2 berbaloi tak?)

23 April 2011 @ 10-11a.m.: Pelancaran Buku & Dana Al-Quran versi Braille

24 April 2011 @ 9a.m - 2p.m: PBAKL 2011 Launch by DPM

30 April 2011 @ 2-3p.m: Pelancaran buku Andrea Hirata (difahamkan buku yang akan dilancarkan adalah buku Dwilogi Padang Bulan dan Cinta di Dalam Gelas...mau g jumpa Andreaaaaaaaaa)

30 April 2011 @ 4-5p.m: Bedah buku " Atlas of Creation" by Harun Yahya

Jom kita pergi ramai2 memeriahkan PBAKL 2011...........

Friday, April 15, 2011

Ombak Rindu

Tajuk: Ombak Rindu
Penulis: Fauziah Ashari
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM19.90

Dulu baca buku ni masa zaman sekolah....masa nak exam macam tu kan. Alah...biasalah zaman2 remaja la katakan. Lepas tu kalau baca novel sedih2 siap nangis2, tak nak makan, mata bengkak...kahkahkah...tapi tu zaman masa sekolah dulu la. Tak berapa nak matang lagi.

Lepas tu terdengar pula la khabar angin sepoi2 bahasa kata novel ni akan difilemkan. Pelakonnya sekian-sekian. Aku pun apa lagi cari balik la buku ni nak baca kan! Sekali tengok anak buah aku ada buku ni. Apa lagi tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu (engkau tak sesuai la baca novel cinta macam ni Kak Ngah....kehkehkeh..mengata dulang paku serpih..aku dulu pun sama gak) aku pun ambil la buku ni.

Dah tua2 ni (hahahaha...mengaku tua la pulakkkkkk!!!! - cesss!!! aku awet muda...hehehe) baca buku ni macam seronok gak. Teringat la zaman dolu2 (bak kata budak2 zaman sekarang - kau orang semua ni suka merosakkan bahasa la..cuba cakap betul2 - dulu-dulu...x ada salahnya. Membudayakan bahasa) yang suka sangat baca novel ni. Feeling dia bak kata orang putih tu masih la ada sikit macam dulu. Tapi tak adalah overexcited sampai tak tidur nak habiskan buku cerita ni....hehehe

Cerita dia pasal Hariz yang telah berkahwin dengan Izzah secara rahsia tanpa kerelaannya. Tetapi kerana keinginan Izzah yang mahu hubungan yang halal dan bukan sebagai pelacur, Hariz pun setuju dengan permintaan Izzah tapi dengan syarat Izzah tidak boleh menuntut haknya sebagai isteri. Namun lama- kelamaan Hariz jatuh hati pada Izzah kerana kelembutannya. Namun pada masa yang sama dia terpaksa pula berkahwin dengan Mila atas permintaan ibunya.

Sekarang mungkin aku agak selektif dalam pembacaan dan kurang memilih novel cinta. Namun sesekali baca novel macam ni boleh juga release tension. Jadi sama2 kita tunggu pula filem Ombak Rindu yang akan dilakonkan oleh Aaron Aziz sebagai Hariz, Maya Karin sebagai Izzah dan Lisa Surihani sebagai Mila. Nak bagi semua orang excited (ni untuk orang yang minat ngan novel ni jelah kot!), disertakan sekali unofficial promo video for Ombak Rindu. Sama2 kita nantikan.

Monday, April 4, 2011

Bahan bacaan cerminan mentaliti kita

Terdapat banyak bahan bacaan yang ada dipasaran. Ini termasuklah novel,komik, majalah dan lain-lain lagi. Namun pemilihan bahan bacaan selalunya bergantung pada minat kita. Ada yang minat membaca novel kerana ia digambarkan sebagai bahan bacaan yang agak ringan dan mudah difahami. Kadang kita memilih bahan bacaan tersebut kerana kita ingin mencari maklumat. Ini bolehlah digambarkan sebagai bahan bacaan berat. Namun, bahan bacaan yang kita pilih selalunya menggambarkan identiti kita. Namun tidak dinafikan terdapat juga yang membeli pelbagai jenis buku bersesuaian dengan waktu yang sesuai untuk dibaca, kenapa kita ingin membaca buku tersebut dan pelbagai sebab lagi.

Tanpa kita sedar sebenarnya buku banyak mempengaruhi mentaliti kita atau bagaimana kita berfikir. Pemilihan buku-buku ringan dan berat akan mengubah cara kita berfikir. Mungkin banyak faktor-faktor lain lagi, namun tidak dinafikan buku adalah salah satunya. Faktor ini juga mempengaruhi dunia penulisan tanah air kita. Artikel dibawah dipetik dari akhbar Berita Harian-bagaimana corak pembacaan rakyat Malaysia mempengaruhi dunia penulisan negara.

Jauh di sudut hati aku berpendapat, kadar pembacaan buku di kalangan rakyat Malaysia telah meningkat. Ini suatu yang harus dipandang positif biarpun bahan bacaan yang mungkin dipilih adalah kategori bahan bacaan ringan. Namun, langkah harus diambil untuk mendidik pembaca supaya memilih bahan bacaan berkualiti.

Dalam hal ini aku akui, kadang kala aku memilih bahan bacaan seperti novel sekadar untuk suka-suka dan juga untuk menenang minda ( boleh la dikatakan sebagai terapi minda). Namun terdapat juga bahan bacaan yang boleh la aku kategorikan sebagai berat untuk bacaan aku.

Artikel yang dipetik dari Berita Harian

Seorang penerbit novel bertaraf karya popular kelihatan bangga ketika menceritakan perusahaannya yang bertambah kukuh. "Kami memilih karya yang baik dan digemari ramai. Kami pilih sasaran pembaca dan menyertai pesta buku di Pusat Dagangan Dunia Putra kerana mengetahui sasaran pembaca," tuturnya. Beliau berjaya menerbitkan berbelas novel setahun yang sebahagian besarnya menceritakan isu remaja, cinta terhalang, dilema rumah tangga dan masalah wanita moden.

Dia menyediakan peruntukan besar untuk kos percetakan, pengedaran, pengiklanan dan bayaran royalti kepada penulis yang berjaya mencapai sasaran jualan tertentu. Dia tidak peduli sama ada karya yang diterbitkan bakal dinilai panel Hadiah Sastera Perdana atau tidak.
Yang pasti, selaku penerbit, dia mahu memberi karya kepada sasarannya dan yakin dapat mencatat keuntungan daripada setiap hasil penerbitannya. Dia tidak pedulikan pengiktirafan panel sastera kerana yang penting karya sampai kepada sasaran.
Di mana saja, isu karya popular atau serius sering bertele-tele. Penulis atau sasterawan sentiasa menjaga kualiti karya dan tidak terjebak melahirkan karya murahan atau popular.

Risikonya amat besar apabila karya serius dan seni sentiasa hilang khalayak kerana cita rasa sebahagian besar rakyat Malaysia adalah membaca karya popular yang boleh ditelaah dalam masa beberapa jam saja.


Seorang teman yang komited melahirkan karya serius dan bermutu akhirnya terpaksa mengalah kerana karyanya terpaksa dijadikan ‘hadiah’ kepada rakan kerana tidak mencatat jualan sepatutnya. Bekas Ahli Parlimen DAP kawasan Menglembu, Fan Yew Teng (mendiang) terpaksa mengalah dan kembali ke arena politik menjelang saat kematiannya kerana tidak dapat melariskan jualan karyanya. Fan juga menjadi panel penulis beberapa majalah antarabangsa bagi melahirkan pandangannya kerana mustahil media tempatan menyiarkan idea di luar pemikiran perdana.


Sepanjang suku pertama tahun ini, ada dua buku yang menjadi tumpuan khalayak tempatan. Karya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berjudul A DOCTOR IN THE HOUSE: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad dilancarkan dan dijual pada 8 Mac lalu.

Karya berharga RM100 senaskhah menjadi bualan umum kerana beberapa isu politik yang dipaparkan sepanjang 22 tahun perkhidmatannya menimbulkan polemik tersendiri. Pro dan kontra isu yang dipaparkan menjadi wacana menarik untuk pengkaji sejarah politik menilai isu siasah dari pendekatan bekas Presiden UMNO itu sendiri.

Bekas wartawan dan Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin atau dikenali Zam menghasilkan Hari Itu Sudah Berlalu yang menceritakan pengalaman pengamal media dalam situasi siasah negara.


Beberapa isu dalaman seperti kejadian menjelang pengharaman UMNO pada 1988 dicatat dengan rapi menerusi perspektif insan di bilik berita. Zam juga mengukir latar konfrontasi Malaysia dan Indonesia serta adegan lucu pertemuan Tunku Abdul Rahman Putra dengan Sukarno di Manila bagi menamatkan krisis dua negara berjiran. Karya memoir kewartawanan ini diadun bersama nota kaki dan fakta yang boleh dipertanggungjawabkan. Pengalaman peribadinya bermanfaat untuk pengamal media dan sarjana politik membuat kajian implisit.


Bagaimanapun isu karya serius dan boleh dipertanggungjawabkan bukan sekadar penerbitan. Apakah ia bakal dibeli dan ditelaah masyarakat?


Jika karya baik tidak laris di pasaran, apakah ada penerbit sanggup berisiko menerbitkan karya sedemikian?


Menyedari hakikat ini mendorong kerajaan memperuntukkan RM2 juta tahun ini bagi membeli secara terus karya dan buku yang ditulis oleh penulis serta membantu mengedarkan karya mereka ke perpustakaan seluruh negara.


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, yakin menerusi cara itu peranan orang tengah yang bertanggungjawab mengedar buku dapat dielak, seterusnya membantu penulis menikmati pendapatan lebih baik.


“Kebanyakan penulis kita tidak boleh hidup dengan menulis sebab orang tengah main peranan dan mengambil komisyen lebih. Sebab itu kerajaan membuat perancangan semula dengan kita beli terus buku dan edarkan kepada perpustakaan desa dan dengan cara ini kita dapat menggalakkan penulisan buku dan pada masa yang sama menggalakkan tabiat membaca di kalangan masyarakat,” katanya selepas merasmikan program Mari Membaca 1Malaysia bersama Ikon Membaca yang juga pelakon Datuk Michelle Yeoh di Perpustakaan Negara Malaysia baru-baru ini.

Sunday, April 3, 2011

Dwilogi Padang Bulan Dan Cinta di Dalam Gelas - Part 2

Sambungan tentang Padang Bulan pula adalah Cinta di Dalam Gelas. Dalam novel ini penulis mengisahkan sepenuhnya tentang Maryamah yang ingin menegakkan maruahnya sebagai seorang wanita yang telah dizalimi oleh suaminya, Matarom. Maryamah akhirnya bercerai kerana sikap suaminya yang gila perempuan serta tidak bertanggungjawab. Maryamah sebenarnya adalah isteri kedua namun dia tidak mengetahuinya sehingga isteri pertama datang menemuinya. Namun isteri pertama tidak pernah menyalahkan Maryamah kerana dia tahu sikap suaminya yang sebenar.

Demi menegakkan maruahnya setalah diceraikan, Maryamah belajar bermain catur untuk berlawan mengalahkan suaminya. Setiap ulangtahun kemerdekaan Indonesia, di kampungnya akan diadakan pertandingan catur. Namun ianya hanya untuk lelaki. Oleh itu Maryamah ingin memecah tradisi ingin bermain catur dan menegakkan maruahnya dengan mengalahkan bekas suaminya semasa pertandingan itu nanti.

Maryamah berusaha belajar bermain catur dengan mendapat bimbingan Grand Master Ninochka (sahabat Ikal yang pernah mengajarnya bermain catur, tetapi Ikal kalah hanya dalam set pertama!!!! aku memang tak tahan dengan cerita Ikal).

Setelah mendapat lampu hijau dari orang kampung untuk menyertai pertandingan catur, Maryamah melalui pelbagai rintangan kerana perlu menghadapi ramai pesaing sebelum boleh bertemu dengan bekas suaminya. Ini termasuklah seorang lelaki yang telah menyebabkan nyawanya hampir melayang sewaktu kecil kerana terjun di dalam jeram yang dalam akibat dikejar oleh anjing lelaki tersebut.

Pertandingan catur itu bukan sahaja medan untuk membalas dendam secara terhormat oleh Maryamah, malah ia adalah tempat untuk membalas budi. Ini dibuktikan apabila Maryamah membayar semula wang yang telah diberikan ioleh seorang tauke Cina yang membantunya untuk pulang ke rumah setelah gagal mendapat kerja semasa kecil dahulu.

Maryamah mendapat sokongan dari sahabatnya seperti Ikal, Detektif M. Nur dan Jose Rizal (burung merpati Detektif M. Nur). Apa yang mengharukan adalah pada hari Maryamah bertarung menegakkan maruahnya di hadapan bekas suami, pembimbingnya hadir bersama untuk memberikan sokongan.

Cerita Cinta di Dalam Gelas mungkin tak selucu Padang Bulan namun aku banyak belajar tentang harga diri seorang wanita yang maruahnya dijatuhkan oleh seorang bergelar suami. Biarpun Maryamah pada dasarnya nampak seperti membalas dendam, namun ia melakukannya dengan cara terhormat.

Semasa membaca buku ini, aku betul-betul dapat menjiwai perasaan Maryamah. Setiap kali aku membaca aku berdoa supaya strategi yang digunakan oleh Maryamah berjaya. Biarpun adakala dalam pertandingan tersebut Maryamah kalah namun semua itu kerana strategi yang diatur olehnya untuk bertemu Matarom.

Aku gembira kerana akhirnya derita hidup Maryamah berakhir dan cita-citanya untuk menjadi guru bahasa Inggeris berjaya. Yang kecewanya, kesudahan Ikal dan A Ling kerana mereka tidak bersatu. Puncanya tidak pula diceritakan. Ikal akhirnya menubuhkan persatuan bujang lapuk!! Ishishish.... Ikal! Ikal!

Dwilogi Padang Bulan Dan Cinta di Dalam Gelas - Part 1

Tajuk: Padang Bulan  dan Cinta di Dalam Gelas
Penulis: Andrea Hirata
Penerbit: Bentang (buku ini dibeli di Indonesia, penerbit bagi keluaran di Malaysia adalah PTS)
ISBN: 978-602-8811-09-5
Harga: lebih kurang RM27++ (IDR78,000), untuk terbitan di Malaysia RM23.00

Buku ini hadiah dari teman istimewa yang berkunjung ke Indonesia. Aku juga yang bising suruh dia beli buku ini dan tidak membazirkan duitnya dengan membeli aku benda yang aku tak perlukan. Masa tu juga, buku ni masih belum ada di Malaysia. Jadi bila dia betul2 memenuhi kehendak aku....aku rasa gembira sangat.

Padang Bulan mengisahkan tentang Ikal yang berusaha untuk menawan semula hati kekasihnya iaitu A Ling, seorang berketurunan TiongHoa yang dikhabarkan ingin berkahwin dengan seorang usahawan bernama Zinar. Berita ini dikhabarkan oleh sahabatnya Detektif M. Nur, seorang detektif tidak bertauliah di kampung mereka iaitu Tanjung Pinang.

Kerana rasa kecewa yang amat sangat, Ikal telah melakukan bermacam-macam perkara kerana ingin menarik kembali hati A Ling yang meninggalkannya tanpa pesan. Ini termasuklah membatalkan pemergiannya untuk ke Jakarta mencari kerja (Ikal berkelulusan Ijazah!).  Sahabat yang sepatutnya menemani Ikal ke Jakarta iaitu Detektif M. Nur juga berbelah bahagi hendak ke Jakarta. Dia juga membatalkan hasrat ke Jakarta hanya kerana tidak sanggup meninggalkan burung merpati kesayangannya iaitu Jose Rizal. (Bukan berat hati meninggalkan ibunya keseorangan!!!).

Ikal  belajar bermain catur (menurut detektif tersebut, kekasih A Ling yang baru itu sangat pandai bermain catur).Namun semuanya sia-sia kerana Zinar sangat pandai bermain catur dan mampu mengalahkan Ikal hanya dalam satu set permainan sahaja (walaupun Ikal mendapat bimbingan dari sahabat lamanya di Universiti, seorang Grand Master!).

Ikal mencari-cari lagi punca A ling berubah hati sehingga memilih Zinar yang kaya, segak dan tinggi orangnya. Perkara paling lucu (bagi aku paling bodoh sebagai seorang yang terpelajar seperti Ikal!) adalah apabila Ikal membeli sebuah alat untuk meninggikan tubuh badannya (mana boleh tinggikan tubuh badan macam tu aje!!!! ini yang aku katakan paling bodoh!). Ini kerana setelah difikirkan kekurangan dirinya, Ikal mendapati ia berpunca dari tubuh badannya yang pendek berbanding Zinar. Alat bernama Ortoceria itu hampir meragut nyawa Ikal sendiri namun dapat diselamatkan oleh Maryamah dan Detektif M. Nur. Inilah perkara paling bodoh yang telah dilakukan oleh Ikal sepanjang hayatnya.

Namun akhirmnya Ikal mendapati sebenarnya Zinar adalah sepupu A Ling dan A Ling bukan meninggalkannya, tetapi pergi membantu Zinar yang ingin melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya. Aku tak mampu menahan gelak sepanjang aku membaca buku ini kerana tak tahan membaca setiap keletah Ikal yang tidak berfikir secara rasional dalam melakukan perkara yang mampu menarik kembali hati kekasihnya.

Pada awal cerita ini, penulis menceritakan tentang Maryamah yang terpaksa berhenti belajar dan bekerja sebagai pelombong timah menggantikan bapanya yang telah meninggal dunia. Kerana usianya yang masih kecil Maryamah terpaksa bekerja sebagai pelombong kerana tiada siapa yang ingin mengambilnya bekerja kerana faktor usianya. Hasrat Maryamah yang ingin menjadi guru bahasa Inggeris terpaksa dibatalkan kerana ingin memastikan adik-adiknya yang lain mendapat pelajaran.

Di sini aku sedikit terganggu dan kurang faham kenapa penulis yang memulakan cerita tentang Maryamah, tetapi di pertengahan jalan bercerita tentang Ikal. Walaupun penulis cuba mengaitkan Ikal yang berkenalan dengan Maryamah dan membantu Maryamah untuk mendaftar kelas bahasa Inggeris, namun aku tetap rasa terganggu cara perhubungan antara kisah Maryamah di awalnya dan kisah Ikal yang bermula pada pertengahan cerita. Kisah Ikal tiba-tiba menjelma pada bab 10 kisah Ulangtahun. Pada mulanya aku fikir, penulis bercerita tentang Maryamah.

Namun setelah aku telah membaca lagi aku faham ia adalah watak baru iaitu Ikal. Buku ini membuatkan aku tersenyum sepanjang membacanya. Memang kelakar habis la. Sehingga buat aku terfikir ada juga orang seperti Ikal yang nak jadi tinggi semata-mata nak pikat kekasih...Hahahaha

Anne Frank: The Diary of A Young Girl

Tajuk: Anne Frank: The Diary of A Young Girl
Penulis: Anne Frank (edited by Otto H. Frank and Mirjam Pressler)
Penerbit: Puffin Books
ISBN: 978-0-141-31518-8
Harga: RM37.95

Aku membeli buku ni semasa pameran buku Times di Bukit Bintang. Awalnya ingin membeli buku lain tapi bila ternampak buku ni terus beli. Sebenarnya aku pernah terbaca tentang buku ni di dalam suratkhabar. Aku tak ingat pula apa yang dituliskan di dalam suratkhabar tersebut tentang buku ini. Tapi aku tetap ingat tajuknya dan berazam ingin mendapatkan buku ini suatu hari nanti. Masa aku beli dapat diskaun 30% untuk buku ini. Buku ini pun banyak versi. Buku yang aku beli ni untuk untuk edisi Ulangtahun ke 60.

Diari ini ditulis oleh penulisnya ketika peristiwa Holocust pada tahun 1942 hingga 1945 iaitu pada perang dunia ke 2 (World War 2). Anne menulis diari tersebut semasa sedang bersembunyi di tingkat 2 dan 3 pejabat bapanya. Tempat persembunyian tersebut dinamakan Secret Annexe. Seramai 8 orang bersembunyi di Secret Annexe termasuklah bapa, ibu dan kakak Anne sendiri.

Anne menulis diari ini kerana kesunyian dan derita yang terpaksa ditanggung kerana terpaksa bersembunyi dari askar Nazi bimbingan Adolf Hitler. Anne menjadi sangat tertekan kerana dia terpaksa menjalani hidup dengan penuh peraturan demi menjaga keselamatan tempat persembunyian mereka dari diketahui orang. Mereka yang bersembunyi di sana terpaksa mencatu makanan, air serta bekalan elektrik. Mereka mempunyai jadual waktu yang ketat setiap hari dan mesti dipatuhi seperti jadual makan, mandi dan tidur.

Demi mengisi masa lapang Anne akan membaca buku, belajar pelbagai bahasa dan menulis diarinya. Ini yang amat aku kagumi tentang sikap mereka yang ingin maju. Mereka sanggup belajar walaupun dalam suasana yang amat tertekan. Biarpun mereka hidup dalam persembunyian namun aktiviti mereka dihabiskan dengan membaca dan belajar. Bahan-bahan bacaan telah disiapkan sebelum mereka berpindah ke Secret Annexe awal-awal lagi. Bantuan dari pekerja syarikat bapanya yang beragama Kristian turut membantu mereka untuk mendapatkan bahan bacaan, selain makanan dan juga barang keperluan lain.

Semasa membaca buku ini, aku tidak terlepas dari perasaan jelek dengan sikap dan kepercayaan kaum Yahudi sendiri. Contohnya dialog yang diucapkan oleh Peter, sahabat Anne di Secret Annexe:

    " The Jews have been and always will be the chosen people".

Sehingga kini pun mereka masih memegang prinsip ini sehingga sanggup mengambil tanah hak rakyat Palestin dan mengishtiharkan tanah tersebut hak milik mereka! Kebencian Anne kepada Nazi, dan kepercayaannya bahawa Bangsa Yahudi adalah bangsa bertamadun dapat dilihat dari tulisan Anne tentang peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua penghuni Secret Annexe:

"Use of language: It is necessary to speak softly at all times. Only the language of civilized people may be spoken, thus no German"

Aku teringat tentang tulisan Tun Mahathir di dalam blognya tentang sikap orang Yahudi terhadap warga Palestin walaupun mereka pernah menempuh peristiwa Holocust ini. Tun menulis lebih kurang seperti ini  

" Peristiwa Holocust tak pernah menjadikan Yahudi lebih bertamadun".

Pernah juga ketika membaca buku ini aku tak dapat menahan gelak semasa membacanya di dalam LRT. Ia berkaitan peristiwa Peter yang telah membiarkan tandas tanpa dibersihkan dan menampal nota "RSVP" di pintu tandas sebagai peringatan. Sebenarnya Peter suka menggunakan perkataan yang dipelajarinya.Semasa peristiwa tersebut dia tidak dapat menahan sakit perut dan tidak boleh ke tandas kerana terdapat tetamu di pejabat bapanya menyebabkan dia melanggar peraturan tersebut dan meninggalkan tandas tanpa membersihkannya. (Mereka tidak boleh ke tandas sesuka hati dan jika dia "flush' tandas ketika itu menyebabkan pekerja dan tetamu di pejabat mengetahui terdapat orang bersembunyi di tingkat atas pejabat). Peter menampal nota tersebut tanpa mengetahui maksud RSVP!

Anne akhirnya mati di pada tahun 1945 ketika usianya 15 tahun. Tempat persembunyiannya serta yang lain telah terbongkar dan mereka ditangkap. Semua penghuni Secret Annexe mati dalam peristiwa Holocust kecuali bapanya,Otto H. Frank. Otto telah menunaikan hasrat Anne yang ingin menerbitkan diarinya apabila perang telah tamat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...