Tuesday, June 12, 2012

Dare To Be Champion - Lee Chong Wei

Tajuk: Dare To Be Champion
Penulis: Dato' Lee Chong Wei
Harga: RM38.00
ISBN: 978-967-10843-2-8

Siapa yang tak kenal Lee Chong Wei, memang teruk sangat. Dia salah seorang idola sukan negara selain dari Nicol Anne David. Pemain badminton nombor 1 dunia sejak tahun 2008 atau lebih tepat lagi selepas dia memenangi pingat perak di kejohanan Olimpik di Beijing. Ketika itu dia dikalahkan oleh Lin Dan atau lebih dikenali sebagai "Super Dan" dalam dunia badminton.

Amat bagus sekali Chong Wei menulis buku biografinya pada ketika ini dan buku ini sepatutnya dibaca oleh anak2 muda terutamanya yang memasang impian untuk menjadi seperti Chong Wei. Walaupun buku ini agak ringkas penulisannya tetapi aku percaya ia boleh menyuntik semangat sesiapa sahaja yang memasang impian untuk berjaya. Tidak kisahlah dalam bidang apa pun.

Memulakan penulisan berkisar tentang masa kecilnya, Chong Wei sememangnya seorang yang amat aktif dan agak nakal juga. Dia sebenarnya dilahirkan di dalam keluarga yang agak susah di mana abang2 serta kakaknya terpaksa bekerja selepas habis masa persekolahan untuk mengurangkan beban ibu dan ayahnya. Salah seorang abang Chong Wei juga tidak dapat menamatkan persekolahan kerana ingin bekerja membantu keluarga.

Apa yang membantu Chong Wei meminati badminton adalah kerana bapanya sering membawanya bermain badminton dan di sekolah Chong Wei juga sangat aktif. Salah seorang jurulatih badminton menyedari potensi yang ada pada Chong Wei telah melatihnya untuk berjaya sehingga terpilih menyertai National Sports College.

Di sana Chong Wei berlatih dengan bersungguh2 walaupun telah diperkecilkan oleh sebilangan seniornya di kolej tersebut. Dia menggandakan usaha lebih dari apa yang sepatutnya dia buat untuk mencapai tahap yang sama seperti seniornya. Dia juga berusaha untuk membuktikan yang dia boleh berjaya walaupun pada permulaan dia menjejakkan kaki ke sana dia seperti ingin kembali ke pangkuan keluarga kerana tidak tahan dengan tahap disiplin yang ketat di kolej. Namun dengan semangat yang diberikan oleh bapanya dia berjaya bertahan sehingga mampu berada di tempat seperti sekarang.

Chong Wei turut menceritakan bagaimana latihan2 yang diberikan kepadanya membantu dia untuk berjaya. Agak melucukan membaca pengalaman bagaimana dia cuba mengelak untuk menghadiri latihan berakhir dengan beberapa kejadian yang tidak disangkanya. Akhirnya Chong Wei tahu apa yang dikehendaki oleh jurulatih mempunyai tujuan tertentu. Chong Wei banyak belajar dari kesilapan yang dilakukannya.

Chong Wei juga menceritakan bagaimana tekanan serta harapan yang sentiasa diletakkan oleh rakyat Malaysia terhadapnya. Dia sentiasa cuba melakukan yang terbaik untuk membanggakan rakyat Malaysia, namun kadangkala dia tidak mampu memenuhi setiap harapan tersebut. Begitulah yang dihadapi ketika Olimpik di Beijing, di mana dia sendiri tidak menjangka kemampuan Lin Dan ketika itu sehingga dia tidak mampu berbuat apa2. Ketika itu, setiap langkah yang diambilnya berakhir dengan pemberian mata kepada Lin Dan. Rakyat Malaysia ketika itu yang terlalu berharap emas pertama Olimpik agak kecewa (termasuk la aku juga), tapi tak pernah memahami betapa dia telah melakukan sehabis baik.

Aku (mengingatkan diri sendiri yang kecewa kerana gagal dalam peperiksaan kertas akhir yang lalu) dan orang lain juga sepatutnya dapat belajar dari semangat Chong Wei yang tak pernah mengalah serta sentiasa menggandakan usahanya lebih dari yang biasa orang lain lakukan untuk mencapai tahap yang dia miliki ketika ini. Setiap kejayaannya bukan hanya sekadar latihan biasa tetapi juga kekuatan mental untuk menahan segala tekanan, dorongan dan semangat dari semua terutama keluarganya. Semangat serta sikap tidak mudah mengalah menyebabkan Chong Wei mampu dan layak untuk berada di mana dia berada sekarang.


2 comments:

  1. tak sabar nak baca la kak..macam best je..suntikan semangat berpadu ni..;)

    ReplyDelete
  2. This piece of writing gives clear idea in support of the new visitors of
    blogging, that truly how to do running a blog.

    Feel free to visit my web-site :: avs media converter

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...