Sunday, February 13, 2011

Biarawati Qaseh Puteri

Tajuk      : Biarawati Qaseh Puteri
Penulis    : Moh Dat Molok
Penerbit  : PTS
ISBN      : 978-983-3892-98-3
Harga      : RM17.00






Sebuah kisah sejarah penjajahan Portugis di Melaka terbongkar apabila kontraktor yang sedang dalam pembinaan sebuah pusat membeli-belah di Dataran Pahlawan, Melaka menjumpai satu bilik rahsia yang menyimpan pelbagai khazanah Melaka pada zaman pemerintahan Portugis. Zafiqa yang bertugas sebagai kurator telah ditugaskan untuk mengkaji artifak2 yang ditemui. Dalam sibuk mengumpul artifak2 tersebut, Zafiqa menemui satu manuskrip yang bertajuk "Qaseh Puteri"

Manuskrip tersebut menceritakan tentang penjajahan Portugis terhadap Melaka yang berlaku pada tahun 1547 di mana Qaseh Puteri telah ditawan dan ahli keluarganya telah dibunuh. Dia ditempatkan di dalam sebuah gereja dan telah diseksa. Qaseh Puteri juga telah dipaksa untuk memeluk agama Kristian. Namun ketegasan Qaseh Puteri mempertahankan agamanya telah menyebabkan dia terseksa. Dia juga telah dirogol oleh Tuan Besar Keramat Antonio Arantez dan telah dikurung sebelum dibawa ke Goa. Semasa dikurung Qaseh Puteri telah menulis satu manuskrip tentang dirinya dan juga perjuangan pahlawan Melayu dalam menentang Portugis buat tatapan generasi akan datang.

Penulis cuba membawa kita menyelusuri tentang sejarah pada zaman Portugis, kesusahan serta kepayahan orang Melayu untuk hidup pada zaman itu. Selain dijajah, Portugis juga ingin menyebarkan agama Kristian dengan membina gereja dan memaksa orang Melayu untuk masuk Kristian. Cabaran orang Melayu adalah untuk mempertahankan tanah air dan juga agama Islam. Ada yang rela berkorban nyawa namun tak kurang juga yang mengkhianati tanah air sendiri. Pergolakan dikalangan raja-raja Melayu serta keengganan masyarakat Melayu di Nusantara untuk bersatu membantu Melaka telah menyebabkan kerajaan Melaka tumbang tanpa dapat dikembalikan lagi.

Aku cuba untuk memahami sejarah Melaka yang ditawan oleh Portugis yang cuba disampaikan oleh penulis. Namun apa yang aku dapati adalah bagaimana pahlawan Melayu menentang Portugis. Strategi yang digunakan. Kaitan kisah Qaseh Puteri serta pahlawan Melayu juga agak kabur. Kerana Qaseh Puteri berada di dalam gereja tanpa dapat ditemui oleh sesiapa. Jadi bagaimana agaknya Qaseh Puteri mengetahui tentang perjalanan orang2 Melayu serta Acheh (yang membantu mereka) dan strategi yang digunakan untuk menentang Portugis sehingga Qaseh Puteri dapat menulis kisah tentang mereka juga.

Biarpun begitu aku rasa bangga tidak dapat aku nafikan terhadap pahlawan Melayu yang berjuang untuk mempertahankan tanah air ini. Dalam fiikiran aku, terlintas juga, jika la tanah air ini masih dalam jajahan. Jikalah masyarakat menghargai sepenuhnya pengorbanan nenek moyang kita tanpa mengira apa pun keturunan dan bangsa mereka pasti mereka akan lebih menghargai keamanan yang dikecapi sekarang.

1 comment:

  1. yang pelik nya sekarang ni, adakah cerita ni benar bnar belaku atau sekadar dongeng......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...