Saturday, November 19, 2011

Membeli Buku di Eslite Bookstore - Taiwan

Lama betul meninggalkan aktiviti blog...almaklumlah semenjak internet di pejabat menyekat semua aktiviti social networking ni...aku pun jadi slow juga. Kesian pula pada follower kerana tiada post baru. Sebenarnya aktiviti membaca tetap berjalan seperti biasa cuma perlahan sedikit sebab sibuk dengan kerja dan aktiviti lain. Kalau nak tengok buku-buku yang telah di baca boleh la tengok di side bar.

Just nak update pengalaman pergi ke Taiwan baru-baru ni untuk company trip. Tak mau cerita la berjalan ke mana cuma nak cerita pengalaman membeli buku di Eslite Bookstore di sana. Pada hari terakhir free and easy so, aku buat keputusan untuk menaiki MRT yang ada di sana. Merasa pengalaman menaiki MRT amat menyeronokkan. Suasana di dalam MRT juga amat selesa. Aku menaiki MRT dari stesen Ximen ke Taipei Main Station. Hanya satu stesen sahaja sebab masa yang aku ada amat terhad.

Bila sampai di Taipei Main Station...aku pun berjalan-jalan di sana sebab banyak kedai yang dibuka di sana..kira macam KL Sentral tapi lagi besar dan lebih banyak kedai. Bila berjalan tu nampak la signboard Eslite Bookstore terus aku cari. Masa jumpa tu dia baru je buka pintu terus aku masuk. Kira pelanggan pertama dia orang la aritu. Eslite Bookstore ni macam taraf MPH juga la boleh aku katakan. Hehehe...aku pun menggeledah la segenap pelusuk kedai mencari buku penulis tempatan yang berbahasa Inggeris. Maklum la tak pandai bahasa Cina kan. Tapi tak jumpa da.... jadi aku tanya la pada kaunter. Adussshhhh tak paham pula dia orang ni bahasa Inggeris. Aku nak buku penulis tempatan tapi bahasa Inggeris...ditunjuknya aku seksyen bahasa inggeris. Banyak kali aku terangkan lepas tu dah lama sangat aku tengok response dia berlainan dari apa yang aku nak barulah aku tahu mereka ni tak faham.

Akhirnya aku beli la juga satu buku  bertajuk "The Girl Who Played With Fire" dengan harga 280NT atau lebih kurang RM28 macam tu. Murah kan?! Di sana semua buku lebih murah dari Malaysia. Buku biography Steve Jobs yang baru keluar tu pun lebih kurang RM65 je. Belum lagi diskaun tau. Rasa nak beli juga la masa tu sebab kat sini lepas diskaun pun tak dapat harga tu. Tapi disebabkan kekurangan duit....huaaaaa..almaklumla dah habis belanja shopping. Lagi pun tak de perancangan nak beli buku sebab tak tau di mana pun kedai  buku di sana...jadi tak dapat la aku memborong buku. Kecewa juga la masa tu, tapi apa boleh buat, kredit kad pun tak ada...kalau tak mesti dah melambak hutang untuk bulan ni. Tak apalah dapat satu buku je sebagai kenangan melawat kedai buku di Taiwan dan sekarang ni tengah baca....

Friday, June 17, 2011

Yogjakarta - Day 3

Nak sambung lagi kisah aku pergi ke Yogjakarta bulan lepas. Masuk hari ketiga ( hari yang paling memenatkan!!!), aku bercadang untuk pergi ke Kraton dan juga Taman Sari. Mula tu plan nak pergi ke Candi Prambanan...tapi tiket mahal sangat. Dah dapat pergi ke Borobodur dah ok la kot. Next time boleh pergi ke Prambanan pula.

Selepas sarapan, aku pun menyewa sebuah beca untuk ke Kraton dengan harga Rp5000. Tapi bila sampai ke Kraton harga dia dah jadi lain. Rp10000 pula. Adushhh!!! Aku bukan berkira tapi sepanjang berada di Yogja, aku dah banyak kali terkena dengan mereka ini. Ikut jalan lain yang jauh lepas tu pura-pura tanya semula mana kita nak pergi dan caj harga lain!
Salah satu pintu di dalam Kraton

Bayaran masuk Kraton adalah Rp12500 untuk pengunjung luar. Lepas tu nak bawa kamera akan dikenakan caj sebanyak RP1000 lagi. Tapi mereka akan menyediakan pemandu pelancong untuk pengunjung luar yang datang. Kebanyakannya adalah wanita yang agak berusia namun fasih berbahasa Inggeris. Tiada bayaran tambahan untuk pemandu pelancong ini.

Bagus juga mereka menyediakan pemandu pelancong ini kerana banyak penerangan yang diberikan secara mendalam tentang fungsi2 tempat2 di dalam Kraton tersebut. Malah mereka ini sabar kerana sanggup menunggu kita yang mengambil peluang untuk bergambar. Kiranya, berapa lama pun masa kita boleh peruntukan untuk menggunakan tour guide. Namun disebabkan hari tu adalah hari Jumaat, maka aku kena melawat seluruh tempat dengan kadar segera kerana pintu Kraton akan ditutup pada pukul 12.30 tgh hari untuk pelawat (Kraton ditutup menggunakan kunci yang berusia lebih dari 100 tahun).

Kunci pintu Kraton yang berusia lebih dari 100 tahun
Dalam sibuk mengejar masa tu sempat juga aku mendengar pekerja di Kraton membaca kitab (aku lupa nama kitab dan bahasa yang digunakan dalam kitab tersebut). Tapi agak menarik juga untuk mendengarnya walaupun tak faham.

Selepas ke Kraton, aku berjalan kaki untuk ke Taman Sari, iaitu tempat permandian puteri raja. Tapi aku sesat hampir satu jam juga walaupun Taman Sari tu dekat je dengan Kraton. Sesat dah!!!!Bila sampai di Taman Sari tiba2 aje ada tour guide tidak diundang..tapi katanya pekerja Kraton. Hmmm...ok...aku just follow aje la. Tapi memang nampak dia amat berpengetahuan tentang Taman Sari.

Lupa pula keluasan Taman Sari ni (kalau tak silap 700 hektar) dan aku tak habis pun melawat semua tempat. Kaki aku sakit sebab berjalan seharian. Namun tempat2 penting seperti tempat permandian puteri raja, masjid bawah tanah dan juga istana persembunyian raja sempat la aku lawat. Taman Sari ini hanyalah bangunan tinggalan sahaja. Banyak tempat yang telah rosak atau runtuh dan sedang diperbaiki. Masa berjalan2 tu jumpalah pekerja2 yang sibuk membaiki dan membina semula struktur yang telah hilang.
Tempat permandian puteri-puteri Sultan. Terdapat 3 kolam yang dibina dan 2 adalah untuk para puteri

Yang menariknya adalah masjid bawah tanah..tempatnya sejuk dan seni binanya adalah gabungan antara Cina (kalau tak silap..hishhhh banyak fakta dah lupa ni), Islam dan Jawa. Setiap struktur mempunyai maksud dan ciri yang tertentu. Namun sayang sekali air yang sepatutnya digunakan untuk mengambil wuduk tidak boleh digunakan lagi sebab telah tercemar. Jika dulu, air ini adalah dari tasik buatan yang amat luas.
Tangga yang terdiri dari seni bina Cina, Islam dan Jawa. Tangga ini digunakan untuk ke tingkat atas masjid. Boleh dilihat air tersebut adalah dari tasik buatan.

Semasa mendengar penerangan pemandu pelancong...aku rasa kagum dengan seni bina dan susun atur Taman Sari ini. Pada masa lampau, Sultan malah dapat menggunakan sampan/perahu (apa perkataan yang sesuai) untuk ke satu2 tempat di Taman Sari. Jadi bolehlah bayangkan betapa besarnya kompleks Taman Sari ni. Teringat pulak cerita2 Melayu lama kan!!!Kalau puteri raja ada taman bunga tempat mereka bermain2 dengan dayang. Tapi Taman Sari ini lebih dari sekadar tempat permandian puteri raja.  Masa akan datang masih ingin pergi ke sini untuk melawat tempat yang belum pergi lagi ( kan aku dah cakap tempat ni memang besar dan takkan habis dilawati).
Istana kecil ini adalah tempat Sultan serta ahli keluarganya beristirehat. Ia juga berfungsi sebagai tempat persembunyian Sultan dari musuh. Zaman dahulu ia dikelilingi oleh perkampungan dan pohon yang dapat menyembunyikan Istana ini

Bila dah tak larat nak berjalan lagi, aku pun decide untuk pulang ke hotel. Penat sangat dan kaki berasa amat sakit sebab asyik berjalan. Tapi sebelum tu aku singgah di Bale Rous, iaitu sebuah restoran yang terkenal dengan Beer Jawa (namun ia tak memabukkan) iaitu minuman untuk Sultan. Bale Rous ini terletak di luar Taman Sari. Selepas itu aku ke Pasar Beringharjo sebab teringat masih tak beli oleh2 untuk mak dan baju kebaya adik aku. Punya la ramai orang. Masa tu dah nak tutup pula sebab akan ada pasar sore juga di area situ. Puas juga aku mencari kebaya. Bila dah nak pulang baru terjumpa. Yang pasti di sana amat banyak batik yang dijual.
Pasar Beringharjo...nasib baik sempat sampai ke sini..kalau tak tutup sudah

Tamatlah sudah perjalanan aku ke Yogja. Esoknya aku pulang ke Malaysia. Semasa dalam penerbangan dapat disaksikan Gunung Merapi yang pernah meletus hujung tahun lalu. Pergi ke sana dapat aku rasakan keindahan budaya yang masih terpelihara oleh masyarakat Yogja. Asyik terbayang2 keindahan Taman Sari. Itu yang amat melekat di hati aku.

Tidak menyesal memilih Yogja berbanding Bandung. Bagi aku kalau melawat tempat orang aku ingin melihat budaya serta masyarakatnya. Masyarakat Yogja amat baik dan suka membantu. Namun begitu beberapa kali ditipu oleh penunggang beca...aku masih berfikiran positif. Mereka hidup kais pagi makan pagi jadi apa sahaja yang mendatangkan wang mereka akan lakukan. Next time ingin pergi lagi ke sana. Insya-Allah....

Friday, June 10, 2011

Kisah Tragis Oei Hui Lan: Puteri Orang Terkaya Indonesia

Tajuk: Kisah Tragis Oei Hui Lan
Penulis: Agnes Davoanr
Penerbit: Intibook, Jakarta
ISBN: 978-602-95752-0-0
Harga: Rp55000 ( lebih kurang RM20.00)

Semasa melihat cover buku ini, lantas membuat kesimpulan ini mesti kisah perempuan yang kaya, tak dapat kahwin dengan lelaki idaman lalu membunuh diri. Mungkin skeptikal dengan keadaan yang biasa dilalui oleh seorang puteri yang kaya....kemudian aku fikir bila dah mati ia jadi hantu!!!Kuno betul la pemikiran aku ni kan! Betul...aku takut tengok cover buku ni...dengan rambut yang pajang mengurai hingga ke paras lutut dan memakai baju putih! Aku ni kan dasar penakut. Disebabkan ia "true story" seperti yang tertulis di cover nya, jadi aku pun membeli (aku kan suka kisah true story)....kalau nak tahu bila aku letak di bilik aku akan terbalikkan buku tu supaya tak nampak gambar yang ada di cover buku....hahahahaha...aku memang penakut!!!
Lukisan potret Oei Hui Lan yang ada di Hotel Tugu, Malang inilah yang dijadikan cover buku ini....macam mana aku tak takut menengoknya

Setelah membaca buku ini dan mencari beberapa info di dalam internet baru aku tahu, buku yang aku beli dengan cover yang menakutkan ini adalah edisi terhad!Selepas ini tiada lagi diterbitkan dengan cover tersebut....dan gambar yang menjadi cover tersebut adalah gambar sebenar Oei Hui Lan yang mana sekarang gambar itu diletakkan di Hotel Tugu, Malang, Indonesia.

Cara penyampaian buku ini amat sederhana, dan amat mudah difahami dan disampaikan secara tersusun mengikut kronologi. Bahasa Indonesia yang digunakan amat mudah difahami. Buku ini berjaya mengikat aku untuk terus membaca kisah tragis Oei Hui Lan.

Menyusuri kisah Oei Hui Lan yang terlahir dengan kemewahan pada tahun 1899, rumahnya bak istana mempunyai 40 bilik beserta beratus pembantu rumah yang disediakan kediaman sendiri. Oei Hui Lan mempunyai pengajarnya sendiri yang datang ke rumah untuk mengajarnya berbagai bahasa. Bapanya Oei Tiong Ham amat menyayangi dirinya sehingga sanggup menyediakan danau yang mempunyai binatang kesayangan seperti anjing, monyet dan malah kanggaru!!!

Apa sahaja keinginan Hui Lan akan dipenuhi oleh bapanya, malah Hui Lan yang ingin mengadakan sebuah parti hari lahir dan menjemput orang ramai untuk berpesta juga sanggup disediakan oleh ayahnya. Malahan makanan untuk parti tersebut juga disediakan oleh tukang masak yang diimport!!!

Bila aku membaca buku ini aku tidak dapat membayangkan betapa kayanya bapa Hui Lan. Hidup Hui Lan mewah sehingga pekerjaannya aku rasa hanyalah menghabiskan wang ayahnya dengan membeli apa sahaja yang diinginkan, duduk di rumah atau hotel paling mewah, bercuti ke luar negeri dengan membawa segala kelengakapan termasuk pembantu2. Aduhhhhhhhh!!!!memang kaya.

Tapi kekayaan yang dimiliki oleh Hui Lan tak pernah menjanjikan kebahagiaan buat dirinya, malah ia menjadi satu malapetaka buat keluarganya apabila harta yang ditinggalkan oleh ayahnya menjadi perebutan akibat pembahagiaan terhadap 8 isteri dan 42 anak yang tidak samarata. Sudah pasti Hui Lan mendapat paling banyak kerana dia anak kesayangan bapanya. Malah sebelum meninggal bapanya sempat membina sebuah rumah idaman Hui Lan di Singapura. Dia mungkin boleh membeli apa sahaja di dunia, malah bertemu dengan Permaisuri England dan berkahwin dengan orang yang ternama...namun ia hanya mampu memiliki harta namun kebahagian tidak pernah sedikit pun menjengah hidupnya. Mujur Hui Lan memiliki dua orang anak yang mungkin membawa sedikit bahagia buat dirinya.

Hui Lan meninggal dunia semasa berusia 93 tahun iaitu pada tahun 1992. Ketika itu ramai yang telah pergi meninggalkannya termasuklah salah seorang anaknya. Di akhir hidupnya Hui Lan hidup secara sederhana dan tidak memerlukan ia tinggal di rumah yang besar dipenuhi dengan kelengkapan rumah dan pembantu. Oh ya!!!dia tidak mati membunuh diri ya!....hahaha...kalau tak baca buku ni, mesti aku fikir yang macam mula2 aku cakap tadi...

Selepas habis baca buku ini aku asyik terfikir pasal kekayaan bapa Hui Lan. Dia memang amat kaya. Tapi kadang2 orang kaya belum tentu mereka betul2 bahagia. Kita lihat mereka ketawa...adakah mereka ketawa dan tersenyum tanda mereka bahagia dengan apa yang mereka perolehi. Tapi yang tak kaya pun, kadang2 mereka tak bahagia juga sebab mereka tak mampu nak jadi seperti orang kaya yang dapat memenuhi apa yang mereka inginkan. Jadi, kaya pun tak bahagia, tak kaya pun tak bahagia....habis macam mana? Nak jadi kaya ke atau tak kaya?

Sebenarnya samada kita kaya atau tidak kaya, kita boleh bahagia. Bahagia tu datangnya dari dalam diri kita sendiri. Bukan dari harta atau apa sahaja. Kita sendiri yang mendifinisikan bahagia itu mengikut cara kita. Boleh jadi kita bahagia kerana mempunyai keluarga yang penyayang...ataupun kerja yang kita idam2kan...semua terpulang pada kita.

Thursday, June 9, 2011

Yogjakarta - Day 2

Sambung balik kisah aku pergi jalan-jalan ke Yogja Mei lalu (hishhhh...blog aku ni jadi macam travel blog pula dah!!!). Orang kata kalau pergi ke sana tapi tak melawat Borobodur macam tak sah la ke sana. Aku ni pun beria2 la nak ke sana, walaupun sebelum pergi, aku dapat berita adalah sukar untuk ke sana melalui Mangelang. Sebab Mangelang baru je di landa banjir lahar dingin (ni akibat letusan Gunung Merapi Oktober lalu). Jadi ada rumah yang musnah dan jalan pun tak berapa bagus kerana masih diselimuti oleh debu2 gunung berapi.

Tapi aku kuatkan semangat untuk pergi ke sana. Sebelum tu aku mengambil sarapan dahulu. Walaupun pihak hotel menyediakan sarapan iaitu air teh dan donat, tapi nak juga rasa makanan yang ada di kedai. Jadi aku pun mencari makan di Jalan Malioboro. Sebenarnya, banyak aje kedai makan tepi jalan dan kaki lima. Makanan dia macam biasalah, bakso (tak sah la kalau tak ada), nasi ramen (tak cuba pun makanan ni) dan sudah semestinya nasi gudeg. Memang tak jumpa la nasi lemak atau mee goreng. Kuih-muih ada juga dijual. Tapi aku ni tak selera jadi beli la nasi. Lagipun aku membayangkan bila mendaki Borobodur kena ada tenaga..so kenala makan makanan yang berat.
Kedai ni just jual breakfast aje, kedai pun macam kedai burger,tapi siap ada Facebook...
Mak cik yang jual breakfast di kaki lima, tengok lauk-pauk yang dijual!!Ini untuk breakfast tau bukan lunch!!

Lepas sarapan ambil bas Transyogja ke Terminal Jombor dan dari Terminal Jombor ke Borobodur - bas ini akan melalui Mangelang. Aku rasa risau juga, terutama jika hari hujan. Tapi tak apalah aku fikir. Insya-Allah nggak apa2. Hehehe. Bila naik bas tu sempat juga la sekumpulan penyanyi jalanan cari makan dalam bas. Sepanjang perjalanan melalui Magelang dapat dilihat kesan banjir lahar dingin tu melanda rumah2 dan kesan2 debu gunung berapi yang dikumpulkan di tepi2 jalan. Ada jambatan yang sedang dibaiki kerana baru dilanda hujan lebat dan kesan debu yang dibawa air menyebabkan jambatan rosak.
Boleh nampak kesan debu Gunung Merapi yang dikumpulkan di tepi jalan di Mangelang

Lupa pula nak bagi tahu harga tambang bas untuk ke Borobodur dari Terminal Jombor ni. Harga dia adalah Rp40000 untuk 2 orang. Mahal gak kan! Kira seorang Rp20000. Haaaa...ni sebenarnya kita orang kena tipu. Sebab masa waktu balik harga yang kita orang bayar Rp25000 je untuk 2 orang. Bila nampak kita ni macam orang luar memang kena la. Tiket pula memang tak ada.

Lebih kurang 45 minit (kalau tak salah la ni) perjalanan, aku pun sampai ke Borobodur...Bas belum berhenti dah ramai yang naik. Aku ingatkan penumpang, rupanya penunggang beca yang nak cari pelanggan. Aku rasa macam rimas juga, tapi apa boleh buat dia orang ni nak cari makan. Bila dah dapat beca, aku makan dulu sebab lapar. Lepas tu aku pun ke Borobodur. Masa tu lebih kurang pukul 1ptg (kira2 pukul 12 waktu Yogja)..bayangkanlah betapa panasnya nak naik ke sana tu.
Ni semua pemilik beca yang sedang tunggu aku turun dari bas...walaupun cakap tak nak dia orang tetap sabar dan sanggup tunggu sampai kita cakap nak...kesian dengan dia orang ni

Bila sampai sana, dah jangka dah ramai peniaga2 akan menyerbu...tapi aku menolak dengan baik. Macam2 dia orang ni jual. Nak sewa payung pun ada...sebab panaskan nak naik ke atas tu. Apa je yang boleh dijual mereka akan jual. Kesian pun ada juga. Harga tiket nak naik ke sana adalah USD15/Rp135000 untuk pelancong luar. Kalau nak bayar guna RM pun boleh tapi lagi mahal, RM52. Harga untuk rakyat mereka murah je Rp12500 kalau tak silap. Nak naik ke Borobodur ni kena pakai kain batik yang dah disediakan. Tak faham apa motif tapi kalau ikut apa yang dibaca dalam paper sebelum ni, sebab nak promote industri batik dan menghormati kesucian Borobodur tu sendiri.
Tengoklah keadaan tangga yang amat curam ni...nasib baik dia letak pemegang kat tepi tu

Bila nak naik ke sana memang ngeri sangat, sebab tangga dia amat curam. Dengan keadaan pelancong yang ramai, perlulah lebih berhati2. Mulanya aku takut nak naik sebab rasa gayat sangat..tapi sebab fikir bayar mahal dan bukan selalu dapat datang ke situ, jadi aku pun naik juga la...Bila dah sampai atas, memang best sangat sebab pemandangan dia memang amat cantik dengan di kelilingi oleh kehijauan alam.

Kain batik yang patutnya kena pakai dah jadi selendang pulak dah...hahahaha...sebenarnya pakai kat kepala sebelum tu sebab cuaca panas sangat
Aku rasa kagum sangat dengan senibina Borobodur. Keseluruhan senibina adalah daripada batu-batuan yang disusun. Sepanjang di sana aku berfikir macam mana orang zaman dulu boleh bawak batu yang begitu berat ke atas bukit tu dan disusun pula bertingkat2. Siap ada parit kecil yang bila air hujan turun, air yang mengalir di sini akan keluar di celah batuan yang berbentuk mulut harimau (ke naga, aku tak berapa pasti). Boleh pula kawan aku cakap nak tunggu hari hujan nak tengok air keluar dari mulut harimau tu!Haishhh!!! Aku pun ingatkan yang kami mungkin tak boleh balik sebab tak boleh melalui Mangelang.
Nilah mulut harimau yang aku cakap tu!!

Bagi yang muslim jangan risau bila ke Borobodur, sebab ada disediakan surau diluar Borobodur...tapi kelihatan agak terbuka juga. So, tak payah la nak bersusah payah mencari surau atau pulang ke hotel nak solat kan! Kalau nak tahu bila pergi ke Yogjakarta ni, memang senang sangat nak cari masjid. Boleh dikatakan setiap jalan ada masjid, walaupun kecil. So kita tak payah susah2 nak cari atau jalan jauh2. 

Setelah berpanas dan berhujan (nasib baik hujan renyai je masa tu), aku pun pergi melawat Candi Pawon. Tapi tak ada apa2 pun kat sini. Candi dia kecil aje. Lepas tu aku terus naik bas untuk pulang ke Yogjakarta semula (ni yang aku cakap harga tambang dah lain). Pemandangan indah sangat dengan padi menghijau dapat dilihat bila melalui perkampungan sekitar Borobodur ni. Cantik sangat!!!
Kawasan penanaman padi di perkampungan sekitar Borobodur

Bila dah sampai ke Yogjakarta aku pekena Es Dawet Gula Jawa kat Jalan Malioboro sana. Sebenarnya Es Dawet ni cendol. Tapi rasa dia tak la sepekat cendol yang di Malaysia ni. Tapi sedap la juga. Ingatkan lepas tu nak pergi ke Pasar Beringharjo, nak beli kain batik sarung mak aku pesan...tapi rupanya pukul 4.30(waktu tempatan) dah tutup. Jadi aku decide balik ke hotel nak berehat sebab penat sangat panjat bukit tadi....
Es Dawet Gula Jawa

Waktu malam, aku makan malam di gerai kaki lima lagi. Tapi jangan underestimate dia orang ni. Gerai ni ada 3 orang pekerja siap ada uniform dengan nama kedai lagi tau. Dah tu seperti aku cakap dalam post sebelum ni ada tax....Lepas makan malam di gerai kaki lima aku pun pergi la jalan2 di Mentari Mall(kalau tak silap la nama dia), tak ada tempat lain aku serbu...Gramedia. hahaha...tapi kidnap 1 buku jelah. 5cm tajuk buku tu. Lepas tu jalan2 sekitar Malioboro. Dapat juga beli cenderahati untuk kawan2 walaupun tak banyak. Tak ada idea langsung nak beli apa. Kiranya hari kedua ni aku just pergi Borobodur dan jalan2 sekitar Malioboro.

Wednesday, June 8, 2011

Yogjakarta - Day 1

Seperti yang aku janjikan aku akan ceritakan serba sedikit mana2 yang aku ingat tentang perjalanan aku di Yogjakarta. Pada 11 Mei yang lalu aku menjejakkan kaki ke Bumi Yogjakarta tepat pukul 8.35 pagi (lebih kurang pukul 9.30 waktu Malaysia). Seperti yang dijangkakan Bandara Adisucipto seperti yang ku baca sememangnya lapangan terbang yang kecil tidak setaraf dengan statusnya sebagai lapangan terbang antarabangsa. Aku mengambil masa hampir setengah jam untuk keluar dari lapangan terbang. Aduh....memang agak kelam kabut juga semasa proses pemeriksaan imigresen.
Semasa di Bandara International Adisucipto

Bila keluar sahaja, ramai pemandu teksi dan tour guide yang telah menunggu dan menawarkan perkhidmatan mereka, namun aku menolaknya dengan baik. Semasa di sana aku tidak menggunakan perkhidmatan tour guide tapi hanya pandai2 sendiri untuk ke sana sini berpandukan peta. Jadi terpaksalah meringankan mulut untuk bertanya.

Selamat sampai di bandar teristimewa Yogja dengan menaiki bas Transyogja, aku check-in di hotel. Oh! sebelum tu aku berjalan2 sekitar bandar mencari2 info seperti perkhidmatan bas, tempat2 menarik dengan menaiki beca. Murah giler bila naik becak (beca). Hanya Rp5000 sahaja. Tapi sebab rasa kasihan dengan penunggang beca aku pun memberinya Rp20,000. Jadi dia dengan senang hati menghantar aku dan sahabat ke mana sahaja kami ingin pergi, namun aku menolak.
Konduktor bas Transyogja-dia akan menuturkan dialog yang sama sahaja bila sampai di setiap destinasi

Antara penumpang bas Transyogja-wajah2 warga Yogja

Bila dah check-in dan berehat, aku mengambil bas Transyogja untuk ke Gramedia...apalagi nak beli buku la. Inilah benda pertama yang aku cari di sana. Nak naik Transyogja ni murah sahaja hanya Rp3000 untuk ke mana2 destinasi. Murah sangat. Lepas tu tak perlu tunggu lama sebab bas agak kerap juga. Bila sampai di Gramedia (sesat juga nak mencari...sebenarnya kami yang salah tengok peta dan tak berapa faham apa yang mereka cakap)..aku tak la memborong sangat sebab ini hari pertama tapi habis la dalam Rp180,000 untuk 6 buah buku. Aku ada nampak kedai buku buat diskaun hingga 70% semasa hendak ke Yogja dari lapangan terbang, tapi dah tak jumpa dah....kalau tak lagi banyak agaknya aku memborong.

Oh!...lupa pula. Sebelum ke Gramedia aku ke Yogja Library yang terletak di tengah2 bandar Yogja tu. Di Jalan Malioboro. Koleksi buku di situ kebanyakannya adalah tentang Yogjakarta. Semuanya buku lama2. So,  bila masuk sini bau dia memang boleh buat terbersin...tapi aku suka. Nak masuk pun free, siap boleh ambil gambar tanpa ada bayaran lagi.
Pemandangan di laur Jogja Library Centre
Konon-kononnya rajin sangat la baca buku tu...Tak ingat pula buku tu tentang apa

Shopping di Gramedia sampai malam juga, kemudian kami naik beca untuk ke Jalan Malioboro (tempat ni paling famous di Yogja...sebab banyak jual cenderamata).  Lepas tu jalan2 di sekitar Malioboro. Disebabkan aku ni bukan jenis kaki shopping aku tak tau nak beli apa. Yang banyak di sana adalah baju batik. Naik pening gak aku nak memilih...last2 aku tak beli pun.
Nilah Jalan Malioboro

Untuk makan malam pulak, aku makan di gerai2 yang dibuka di kaki2 lima. Bila waktu malam  mesti banyak je kedai2 ni. Makanan yang dijual pun seakan2 sama. Yang paling famous adalah nasi gudeg la...tapi bagi aku, aku tak boleh telan nasi gudeg tu. Banyak sangat rasa santannya (ke apa campurannya pun aku tak tahu). Haaaa.jangan tak tau, walaupun makan kat tepi kaki lima ada kena tax juga tau. Agak mahal juga la...rasanya 10% kot (aku rasa ni untuk pelancong je). Dapat juga la aku belajar beberapa perkataan seperti kepiting untuk ketam, itik apa ke namanya ...adushhh lupa pula. Abaikan ajelah. Tapi bila makan kat sini, pemandangan para peminta sedekah duduk menunggu adalah perkara biasa. Aku rasa kasihan sangat terutama anak2 kecil yang tak mengerti apa2. Bagi yang dewasa, mereka akan menyanyi atau buat apa sahaja yang boleh seperti menjual tisu, cincin dan berbagai lagi. Inilah kenyataan hidup di Yogjakarta

Disebabkan aku dah sesat siang tu mencari Gramedia, kaki aku punyalah sakit ya amat. Rasa nak tercabut pun ada. Jadi aku pun pergilah ke pusat urut...haaaa...jangan salah sangka ya. Ini memang pusat urut kaki dan badan. Aku ambil pakej paling murah. Rp40000 untuk 45 minit. Murah gila la!!!!Sebab apa aku cakap murah! dia tulis kat situ pakej adalah untuk urut kaki, tangan dan pinggang...tapi yang aku dapat boleh dikatakan ururt satu badan tu. Memang nyenyak la aku tidur malam tu. 

Hari pertama memang amat memenatkan, sebab aku banyak jalan kaki sepanjang hari tu. Tapi aku rasa happy sebab banyak benda yang aku boleh lihat. Gelagat orang Yogja. Kesian pun ada terutama becak yang berebut pelanggan. Aku pulang ke hotel dengan rasa lega sebab dah dapat urut satu badan. Apalagi tidur tak sedar diri la....esok nak ke Borobodur pula....

Friday, May 27, 2011

Ayahku (Bukan) Pembohong

Tajuk: Ayahku (Bukan) Pembohong
Penulis : Tere Liye
Penerbit: PT Gramedia Pustaka Utama
ISBN: 978-979-22-6905-5
Harga: RP45,000 (lebih kurang RM16.00 - RP100=0.0352)





Bila dah jatuh cinta dengan tulisan Tere Liye, terus rasa nak baca aja semua koleksi buku tulisan beliau. Semasa di Yogja tu aku telah membeli 3 buah buku tulisan Tere Liye. Ini adalah buku kedua yang aku baca. Buku yang ketiga nanti tajuknya Eliana.

Seawal bab pertama lagi aku sudah amat tertarik dengan ceritanya. Memang aku tak dapat menjangka apakah kesudahan cerita ini nanti. Yang pasti ia akan membuat aku menangis di akhir cerita.

Kisah Dam yang membesar dengan cerita2 ayahnya sebagai panduan hidup. Ayahnya (tidak dinyatakan nama - namun adakah ia penting-ia ternyata tidak sepenting peranan ayah itu sendiri) suka bercerita kepada Dam pelbagai kisah semasa dia mengembara di waktu muda. Akibatnya, Dam terlalu obses malah menjadikan cerita-cerita ayahnya sebagai sumber inspirasi -sehingga cerita2 teersebut membuatkan Dam membesar dengan penuh jati diri, semangat dan keyakinan serta tahu menghargai hidup dan orang sekelilingnya.

Kisah-kisah seperti suku penguasa angin, Lembah Bukhara dan juga Sang Kapten sering diceritakan oleh ayah Dam. Ayah Dam mendidik Dam dengan memberikan pengajaran di sebalik cerita2 tersebut. Namun, sebagai seorang anak yang meningkat dewasa, Dam merasa ragu2 dengan kebenaran cerita2 ayahnya. Keraguannya bertambah apabila semasa belajar di Akademi Gajah dia menemui buku tentang kisah Suku Penguasa Angin dan juga Lembah Bukhara. Ini menyebabkan Dam merasa ayahnya membaca dan mereka ceritanya berdasarkan buku tersebut.

Dam menjadi marah apabila semasa ibunya sakit kuat, bapanya telah membohonginya mengatakan dia telah membawa ibunya ke hospital dan doktor mengatakan penyakit yang sama tanpa ada usaha untuk merawat dengan cara intensif. Dam mendapat tahu bapanya berbohong apabila terdengar perbualan bapa serta doktor tentang keadaan ibunya. Dam cuba mendpaatkan penjelasan dari ayahnya, namun ayahnya menjawab ibunya tidak perlukan semua itu kerana ibunya dapat hidup sehingga kini kerana dia bahagia. Dam tidak dapat menerima penjelasan ayahnya itu dan mulai saat itu dia tidak gemar malah benci mendengar cerita2 ayahnya lagi. Ini membuatkan Dam mengabaikan serta berjauhan dengan ayahnya.

Setelah Dam berkahwin dan mempunyai anak, isterinya Taani yang amat memahami Dam dan Ayahnya telah membawa ayahnya tinggal bersama. Namun Dam kurang bersetuju kerana ayahnya menceritakan semua cerita2 yang pernah diceritakan pada Dam kepada anak2nya pula. Dam tidak mahu anak2nya membesar dengan cerita2 tersebut. Dam akhirnya....menghalau ayahnya keluar rumah kerana ayahnya tak mahu mengikut kata Dam yang suruh mengaku bahawa ayahnya telah berbohong pada cucunya...adushhhhh...sampai hati Dam. Kerana kebenciannya, Dam telah menutup segala kebenaran yang ada.

Namun betulkah sebenarnya cerita2 yang disampaikan oleh ayah Dam itu. Kisah dia bertemu Suku Penguasa Angin yang telah berjaya mengalahkan penjajah dengan sifat sabar dan tanpa pertumpahan darah. Kisah ayahnya yang bersahabat baik dengan Sang Kapten (pemain bola yang telah membawa pasukannya ke Piala Dunia) di mana Sang Kapten sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi pemain bola, kisah ayahnya yang ke lembah Buhara dan memakan epal emas, serta kisah ayahnya bertemu Si Raja Tidur dan bersahabat baik bersamanya. Si Raja Tidur inilah yang mengatakan bahawa ibu Dam akan hidup lama jika dia bahagia. Semuanya pada mulanya malah tidak masuk akal sekali....Aku juga terpengaruh dan menyangka memang ayah Dam pembohong. Malah dengan dialog ibunya pada Ayah " Suatu hari nanti kau harus bersiap dengan rasa ingin tahu Dam" memang sudah pasti ayahnya pembohong dan mereka2 cerita tersebut.

Buku ini sungguh menyayat hati hingga aku tidak mampu menahan tangis membacanya terutama saat Dam menghalau ayahnya sedangkan Dam adalah peminat nombor 1 ayahnya -seperti surat Dam pada ayahnya apabila meminta maaf kerana ayahnya tidak mengizinkan Dam mengutus surat pada Sang Kapten. Dam mengerti bahawa cerita2 ayahnya lah yang telah membuat Dam dewasa menjadi anak yang baik, memilik pemahaman hidup yang berbeza serta hidup dan penuh kesederhanaan (mereka memang hidup sederhana, kerana ayah Dam lulusan master undang2 dari luar negeri yang memilih menjadi pegawai kerajaan biasa, memilih untuk mengguna pengangkutan awam untuk ke mana2, malah mendidik anaknya untuk bersusah payah sejak kecil). Namun Dam tak pernah memahami semua itu dari lubuk hati yang paling dalam sehingga akhirnya Dam membenci cerita2 ayahnya.

Di saat Dam menghalau ayahnya ia sudah pasti menjadi tamparan yang paling hebat buat ayahnya namun ayahnya tetap tidak ingin merobek prinsip hidupnya yang sangat jujur dan tidak pernah berbohong. Mengapa Dam mesti mendengar kata2 orang lain (terpengaruh dengan segala pertanyaan sahabatnya Retro semasa di Akademi Gajah) dan tidak mempercayai ayahnya. Di saat Dam mengetahui semua kebenarannya semuanya sudah terlalu lewat untuk Dam.

Buku ini mengajarkan aku erti kebahagiaan sebenar dan hidup penuh kesederhanaan. Di saat orang memilih untuk berlumba2 mencipta kejayaan serta kekayaan, Ayah Dam memilih untuk hidup dengan penuh kesederhaan. Malah orang ramai amat menghormati pendirian hidup ayah dan juga ibu Dam itu. Kebahagiaan itu terbit dari hati kita yang paling dalam, bukan dari perkara luaran seperti hadiah, jawatan atau pangkat. Jika kita bahagia biarpun kedukaan, kesengsaraan kita akan tetap menghadapinya dan terus merasa bahagia. Kita memilih jalan hidup yang berbeza dengan orang lain namun kita masih bahagia. Perkara ini terngiang2 di kepala aku selepas habis membaca buku ini sehingga sekarang. Aku ingin menyimpannya di dalam hati.

Akhirnya aku tahu mengapa ayah Dam tak pernah membenarkan Dam menghantar surat pada Sang Kapten, mengapa ayah Dam tak benarkan Dam berjumpa dengan Sang Kapten semasa Sang Kapten melawat kota mereka, mengapa ayahnya menghantar Dam ke Akademi Gajah bukannya ke Universiti terkenal dan mengapa ayahnya tak pernah ingin mengakui bahawa cerita2 itu adalah rekaan imaginasi ayahnya. Di saat mengetahui semua kebenaran ini ia sudah terlalu lewat buat Dam.

Thursday, May 26, 2011

Lembing Awang Pulang Ke Dayang

Tajuk: Lembing Awang Pulang Ke Dayang
Penulis: Abdul Latip Talib
Penerbit: PTS Litera Utama
ISBN: 978-983-3892-68-6
Harga: RM23.00












Sesekali kalau kita tukar selera bagus juga kan?! Jadi aku pun memilih buku ni untuk dibaca. Buku ni di beli semasa PBAKL yang lalu. Lagi pun selalu sangat dengar tentang Lembing Awang ni tapi tak pernah tahu macam mana ia pulang ke Dayang. Hehehehe....

Buku ini pada permulaannya menceritakan tentang sejarah yang bersangkut paut dengan Kesultanan Johor dan Bugis serta penaklukan Belanda terhadap negeri tersebut....adusssshhhh...bagaimana nak cerita ni. Kalau pasal sejarah je pasti aku akan cepat lupa...(yang peliknya sejarah aku dulu dapat A2 pulak masa SPM - unexpected). Yang aku ingat bagaimana Raja Kecil menyerang kerajaan Johor dalam usahanya untuk merampas takhta. Alasan yang diberikan beliau adalah pewaris Sultan Mahmood yang mangkat dibunuh Laksamana Bentan.

Kisah sebenar Awang yang terpaksa mengembara selama 3 tahun kerana ingin mengumpulkan wang hantaran dan mendapatkan kain mastuli sebagai salah satu hantaran bermula pada pertengahan cerita. Kisah percintaan dua darjat ....(oh! sebenarnya tiada darjat yang memisahkan tetapi hanya mereka yang merasa mereka kaya sahaja yang telah mencipta darjat tersebut!). Aku tidak faham bagaimana keluarga Dayang boleh meletakkan hantaran yang tinggi sedangkan mereka yang meminta Awang untuk menjadi suami Dayang, bagi mengelakkan gangguan Bachok!. Sungguh tidak berhati perut, meskipun Awang setuju. Aku berasa pelik dengan pemikiran orang yang begini.

Akhirnya Dayang yang terpaksa berkahwin dengan Bachok, kerana Bachok telah menyebarkan fitnah yang mengatakan Awang telah mati semasa di perantauan. Kerana percaya dengan berita Bachok, keluarga Dayang telah memutuskan tali pertunangan dengan Awang dan menerima lamaran Bachok. Sudah pastilah Bachok telah menjalankan strategi untuk memikat Dayang dan keluarganya semasa ketiadaan Awang, sehingga membuatkan keluarga Dayang menerima lamaran Bachok.

Awang yang akhirnya pulang terkejut dengan berita bahawa Dayang akan berkahwin dengan Bachok telah mengamuk semasa majlis pernikahan mereka. Awang telah menggunakan Lembing yang dimenanginya semasa perlawanan di Makasar untuk membunuh Bachok. Namun lembing yang seolah ada kesaktian itu apabila dilempar akan membunuh sesiapa sahaja malah telah membunuh bapa Dayang sendiri, Pak Mail. Pak Mail mencabut lembing tersebut dan menyerahkannya kepada Dayang. Tidak dapat dipastikan bahawa kisah ini adalah kisah benar atau tidak tetapi ada mendakwa lembing tersebut memang wujud.

Satu percubaan yang bagus oleh penulis dalam menyampaikan cerita sejarah, kerana seringkali cerita2 sejarah susah untuk diingati dan difahami oleh masyarakat hari ini terutamanya remaja (dah tentulah aku salah seorang darinya). Malah sejarah adalah subjek yang dianggap membosankan di sekolah. Masa zaman aku dulu, siap tidur lagi dalam kelas. Nasib baik aku lulus dengan agak cemerlang juga. Hehehe. Penulis menyampaikan cerita dengan bahasa yang mudah difahami dan tanpa perlu banyak berfikir untuk memahamkan sesuatu cerita. Kaedah dialog yang digunakan dalam menyampaikan cerita juga memudahkan aku memahami jalan cerita. Ini agak logik sebab aku tahu orang zaman dahulu suka bercerita! Contoh yang boleh diambil adalah nenek aku. Dulu aku suka mendengar dia bercerita tentang kisah2 zaman dahulu.

Pasti lepas ni aku akan mendapatkan lagi buku-buku penulis ini. At least boleh la aku kembali mengingati cerita2 sejarah lampau rakyat Malaysia ni!

Tuesday, May 24, 2011

Daun Yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin

Tajuk : Daun Yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin
Penulis: Tere Liye
Penerbit: Gramedia Pustaka Utama
ISBN: 978-979-22-5780-9
Harga: Tak ingat!!









Nak sangat dapatkan buku penulis ini sebab ramai yang cakap buku-buku tulisan beliau besttttttt sangat. Bila ke Yogja baru2 ni, aku pun berusaha mencari buku Tere Liye. Ternyata mereka memang betul. Tulisannya amat bagus sekali. Sekarang aku benar2 sudah jatuh cinta pada tulisan beliau...mungkin dengan penulisnya sekali!!!!!hahahaha....aku sudah gila agaknya. Waduh! Waduh! Aku sampai tak dapat menghabiskan makanan yang ada di depan ku kerana ingin menghabiskan buku ini!

Kisah tentang seorang gadis bernama Tania yang telah jatuh cinta pada Malaikat (Pak Cik Danar-bagi Tania dia adalah Malaikat keluarganya) yang telah menolongnya serta keluarga membina kehidupan dari seorang yang miskin hingga berjaya ke Universiti. Namun dia jatuh cinta pada Danar pada usia yang amat mentah sekali iaitu 12 tahun. Mungkin pada dasarnya adalah amat mustahil gadis sekecil ini sudah mengetahui istilah cinta. Namun bermula dari sifat cemburu Tania tahu apa erti cinta.

Konflik bermula apabila Danar memutuskan untuk bernikah dengan kekasih hatinya, Ratna. Tania berasa kecil hati dan merasa rendah diri kerna tak mampu untuk meluahkan rasa cintanya pada Danar kerana usianya pada ketika itu masih remaja (masa Danar kawin rasanya umur Tania 19 tahun dan Danar 32 tahun). Namun siapa tahu sebenarnya Danar juga amat2 mencintai Tania, namun mungkin kerana dia telah menganggap Tania sebagai adik, maka adalah amat mustahil sekali untuk dia terus jatuh cinta pada Tania. Jadi dia berkahwin dengan Ratnah.

Novel ini berasa dekat sekali dengan diriku sendiri kerana ini adalah persoalan yang sering dilalui oleh semua remaja di luar sana. Aku juga tidak terkecuali menghadapi semua ini. Perasaan kita pada seseorang yang kadang kala tidak mampu diluahkan. Namun bila ia diluahkan...semuanya sudah terlalu lewat dan tak mampu untuk dikembalikan lagi. Bagi yang tidak mampu menghadapinya pasti akan merasa kecewa yang teramat dan  tak mampu menerima hakikat itu. Tak terkecuali juga kita masih rasa kecewa namun kita  akan cuba melarikan diri dengan menyibukkan diri. Begitulah yang Tania lakukan. Dia tidak menghadirkan diri di saat pernikahan Danar dengan alasan dia amat sibuk sekali! Novel ini benar-benar membuat aku berada di masa silam.

Mungkin juga Tania sebenarnya ketandusan kasih sayang kerana kematian bapa semenjak kecil dan ibunya meninggal pada usianya 12 tahun. Maka pada Danarlah dia menumpang kasih sayang. Tambahan pula Danar amat mengambil berat tentang Tania dan adiknya Dede. Jadi bila Danar mempunyai kekasih, Tania bimbang dan amat cemburu sekali pada RAtnah, kekasih Danr.

Komen aku watak2 di dalam Novel ini:
Danar: Aku pun tak tahu kenapa engkau ini aku rasakan kadang2 seperti bodoh! Kau cintakan Tania tapi tak pernah meluahkan. Pada masa yang sama engkau meletakkan harapan. Melayan seorang gadis seperti kekasihmu. Malah kau memberikan rantai untuk hari lahir Tania sama dengan rantai leher kau juga. Aku rasa  seperti mahu hempuk kepala kau....ini adalah reaksi secara tak sengaja aku pada Danar.

Dede: Aku paling suka kau. Kerana kau amat memahami sekali kakakmu Tania. Amanah dan amat jujur. Walaupun kadangkala kau  "perosak suasana", namun aku senang sekali. Tapi, kenapalah kau tak bagi tahu pada Tania yang Om Danar pun suka pada kakakmu....awal2 lagi...bukan setelah mereka menikah. Namun aku berterima kasih kerana kau memberitahu Om Danar, Tania suka pada dia. Walaupun mungkin sudah terlewat iaitu di malam pernikahan Om Danar.

Tania: Selepas ini jika kau berkenan di hati, terus terang aja. Biarlah jika mereka tak terima sekali pun...hehehe. Jangan kau tutup pintu hatimu. Kita bertemu orang yang salah kerana kita ditakdirkan untuk orang yang terbaik dalam hidup kita!

Ratna: Kau baik sekali. Namun kenapa kau tak pernah terlihatkan kemesraan antara Tania dan Danar. Lagi pun Danar tak pernah sekali mengucapkan sayang padamu. Aku simpati, namun aku tak boleh menyalahkan sesiapa pun. Satu pertanyaanku, jika kau mengetahui bahawa Tania adalah bayang2 yang mencuri kebahagiaanmu, apakah kau akan maafkan Danar dan Tania?

Anne: Kau sahabat paling setia. Walaupun kadang kala, kata2 mu tak boleh diterima namun terima kasih kerana kau sentiasa memahami Tania

Terima kasih penulis kerana pada akhirnya kau membuat Danar mengakui perasaannya pada Tania. Meskipun sudah terlewat untuk semua itu...ia pasti menjadi penawar dan azimat buat Tania...seperti kata Tania:


 "Biarlah aku luruh ke bumi seperti sehelai daun...daun yang tak pernah membenci angin meski harus terenggutkan dari tangkai pohonnya"

Tuesday, May 17, 2011

Salju Sakinah

Tajuk: Salju Sakinah
Penulis: Zaid Akhtar
Penerbit: PTS Publication
ISBN: 9789833604418
Harga: RM26.00

Hampir 2 minggu juga nak habiskan buku ni. Mungkin salah satu sebabnya, aku pergi bercuti jadi tak dapat nak meneruskan aktiviti membaca kerana memang jadual padat semasa bercuti ke Yogja baru-baru ini (aku akan ceritakan sedikit pengalaman aku di sana dalam post yang lain nanti). Dan yang kedua, mungkin jalan ceritanya tak mampu menarik aku untuk terus membaca tanpa henti buku ini. Puas aku mencari jiwa buku ini namun aku rasa gagal. Cuba menyelaminya namun masih gagal. Hanya di penghujung cerita barulah aku rasa aku sudah menjiwai dan mampu meneruskan bacaan. Oh! mungkin juga kerana aku ingin cepat2 habis membacanya....

Buku ini mengisahkan tentang Sumayyah, pelajar di Universiti Yarmouk di Jordan yang telah pulang ke Malaysia dan mengusahakan perniagaan kerepek yang diusahakan oleh arwah bapanya. Dalam masa yang sama Sumayyah juga mendapat tawaran untuk menjadi penceramah di Kampungnya atas permintaan bekas ustazahnya. Setelah pulang ke Malaysia, Sumayyah juga menghadapi berbagai ujian yang melibatkan dirinya sendiri dan juga keluarganya. Dia telah putus kasih sebelum peperiksaan akhirnya menjelma. Setelah pulang ke Malaysia pula, dia dapati bapanya telah meninggal dunia semasa dia menghadapi peperiksaan akhir. Namun ibu dan kakak2nya telah merahsiakan supaya Sumayyah boleh menghadapi peperiksaan akhir.

Setelah pulang pula Sumayyah mendapati bahawa kakak sulungnya berserta suami telah terlibat dengan ajaran sesat Tok Ayah Mit. Ini menyebabkan hubungan kakaknya serta ahli keluarga yang lain menjadi renggang. Sumayyah juga menjadi mangsa fitnah jirannya yang kuat cemburu dengan mengatakan Sumayyah cuba menggoda suaminya. Fitnah ini menyebabkan perniagaannya menghadapi masalah seperti tanah yang disewa perlu dikembalikan dan pekerja yang berpengalaman berhenti kerja.

Semua dugaan ini dihadapi oleh Sumayyah dengan penuh sabar, tenang dan tawakal kepada Allah. Sumayyah sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Namun dugaan yang paling kuat adalah apabila Sumayyah mendapati dirinya gagal dan 1 kertas semasa peperiksaan akhir dan perlu pulang ke Jordan untuk kembali ke kuliah. Namun ini juga pasti ada hikmahnya.....

Persoalan yang ditimbulkan oleh penulis dalam buku ini adalah permasalahan yang sedia ada dalam masyarakat melayu hari ini iaitu ajaran sesat. Ia yang berpunca dari sifat taklid buta dan juga ketaksuban kepada sesuatu menyebabkan kita telah lari dari landasan akidah yang sebenar. Punca utama pastinyalah kerana kurangnya ilmu. Kalau kita ada ilmu pula, pasti puncanya adalah kurangnya iman. Impak dari ajaran sesat juga dikupas oleh penulis dengan menunjukkan renggangnya hubungan kekeluargaan, malah menyebabkan rumah tangga porak- peranda.

Bahaya fitnah yang disebut didalam Al-Quran sebagai lebih merbahaya dari membunuh membuktikan bahawa, fitnah itu jika tersebar akan menjatuhkan maruah malah merenggang hubungan sesama manusia. Fitnah berpunca dari rasa tidak puas hati, cemburu buta dan rendahnya iman seseorang itu.

Beberapa persoalan remaja juga secara tidak langsung dikupas oleh penulis didalam buku ini, seperti hubungan bebas dan juga aurat wanita (rasa terkena juga pada diri sendiri). Kasih sayang seorang ibu yang tiada batasan dan persoalan cinta dan jodoh turut dikupas. Agak menarik juga bila akhirnya dapat kita ketahui hikmah disebalik kegagalan Sumayyah dalam kertas terakhirnya bila dia bertemu jodoh dengan orang yang tak pernah disangka2nya. Hubungan ukhuwah sesama muslim pula digambarkan penulis dengan eratnya hubungan Sumayyah dan rakan2 serumahnya.

Membaca buku ini membuatkan aku teringat pada salah seorang sahabat serumah aku semasa belajar di universiti dulu. Dia seorang lulusan Al-Azhar dan menyambung masternya di Universiti Malaya. Walaupun kami tidak berapa rapat namun aku amat suka bila masuk ke biliknya. Biliknya kecil namun penuh dengan buku. Aku pernah membelek2 bukunya tapi semuanya bahasa arab. Sayang sekali...Aku pernah meminta bantuannya berkenaan dengan assignment kertas pengajian Islam. Dia tak pernah lokek ilmu (terima kasih Kak Mimi sebab tolong saya buat assignment tu). Buku ini benar2 buat aku teringat pada dia. Sekarang kami dah terputus hubungan. Nama penuhnya aku tak ingat (tapi sedap sangat nama dia), namun aku memanggilnya Kak Mimi. Perkhabaran apa Kak Mimi sekarang?

Saturday, May 7, 2011

Ya Allah, panjangkan umur Mak

Mak aku...seorang yang amat tabah dalam menempuh dugaan hidupnya. Jarang aku melihat menangis hanya kerana dugaan yang menimpa dirinya serta keluarga kami. Aku rasa saat mak paling banyak menangis hanya apabila Abah meninggalkan dunia ini. Sekarang mak dah tak ada Abah. Yang ada hanya anak2 dia dan cucu2nya.

Mak bagi aku banyak menyimpan rahsia tentang keluarga aku. Cuma kadang2 dia bercerita tentang kisah hidupnya. Aku hanya tahu bila terdengar dia bercerita tentang kisah lalu pada orang yang hanya tahu kisah silamnya. Tapi aku pun tak pernah nak bertanya lanjut lagi. Bagi aku, cukuplah dugaan  yang mak dah tempuh. Sekarang adalah masa untuk mak mengecap kebahagiaan walaupun tanpa Abah. Aku tahu mak rasa sunyi juga...tapi dia redha.

Mak walaupun tak pernah mengharap anak2 untuk beri belanja setiap bulan, tapi aku bersyukur dalam usia mak sekarang mak tak perlu bekerja lagi. Hanya duduk di rumah buat apa yang dia mahu. Aku rasa sebagai seorang anak tetap memperuntukan duit belanja setiap bulan untuk dia. Memang tak banyak tapi apa yang lebih penting aku rasa berkat yang ada dengan berkongsi rezeki yang aku dapat. Apalah sangat duit yang aku bagi. Kadang aku rasa bersalah juga kalau tak dapat beri mak duit. Tapi mak cakap " tak apalah, kau nak guna duit. Duit simpanan mak ada". Mak tetap mak, takkan pernah biar anaknya susah.

Kalau aku tak dapat balik aku akan call mak. Selalunya ada je cerita dia nak sampaikan. Mak selalu cakap " Kalau kau orang tak dapat balik pun tak apalah...tapi telefonlah tanya khabar mak". Aku teringat masa arwah abah baru meninggal mak menangis cakap pada kami " Jangan tinggalkan mak". Sebab itulah aku selalu balik hanya semata2 nak tengok mak. Kalau tak pun aku telefon. Aku tak mahu mak rasa kehilangan. Tapi siapa pun tak dapat menggantikan arwah abah. Emak tetap sunyi. Jarang nak pergi ke rumah anak2nya. Kalau pergi pun cepat2 mau balik.

Aku paling risau kalau mak sakit. Mak pernah tinggal di hospital beberapa hari kerana tekanan darah tinggi. Sebenarnya mak akan cepat risau tentang anak2 dia...tapi anak2nya belum tentu akan betul2 risau tentang mak. Mak boleh jaga 11 orang anak, tapi belum tentu 11 orang ni akan betul2 dapat jaga mak. Dulu mak pernah cakap " Esok dah besar, kau orang jangan hantar mak kat rumah orang2 tua pulak". Tak tergamak rasanya mak, kami nak buat mak macam tu. Berdosa besar la kami jika buat macam tu.

Kadang bila aku teringat kesusahan yang ditanggung mak, aku rasa insaf. Dulu mak bekerja siang malam nak menyara anak2 dia sampai ke besar. Mak pernah kerja kilang, kerja jadi tukang sapu, menjahit baju orang, menoreh getah. Apa yang mak tak pernah buat. Tapi kadang kita tak pernah hargai pengorbanan mak.

Sekarang mak sihat walafiat, cuma kadang2 dia batuk. Aku selalu berdoa agar aku tidak menjadi lupa diri, selalu berdoa pada Allah agar mak dikurniakan kesihatan yang baik, keselamatan di mana sahaja dia berada, dan diberi ketenangan dalam hidup. Ya Allah, kau panjangkan umur mak. Aku tak pernah mahu memikirkan hidup aku serta adik-beradik yang lain tanpa mak.

Aku dah tak mahu tulis panjang lagi tentang mak. Cukup la. Cerita tentang mak takkan terhabis walaupun aku terus menulis. Pada yang masih punya mak, ibu, ummi, atau apa sahaja panggilan, biarlah kita buat hati mak kita selalu gembira. Mak tak pernah harap harta kita tapi mak sentiasa doakan kebahagiaan kita. Tapi ingatlah walaupun harta kita banyak sekalipun, yang paling berharga pastilah Mak kita. Kalau mak dah tiada, harta kita yang banyak tu pun belum tentu dapat gantikan kebahagiaan kita apabila mempunyai mak.

Aku hanya ingin berdoa dan terus berdoa untuk mak. Ya Allah, panjangkan umur Mak. Beri mak kebahagiaan dan keselamatan di mana saja dia berada, kau berilah dia ketenangan dalam hidup. Amin

Wednesday, May 4, 2011

Al-Quran Dalam Hidupku

Tajuk : Al-Quran dalam Hidupku
Penulis: Anas Zubedy
Penerbit: Zubedy Ideahouse Sdn Bhd
ISBN: 9789834436261
Harga: RM34.50

Buku ini pernah diterbitkan di dalam Bahasa Inggeris dan ini adalah cetakan kedua dan diterjemahkan di dalam  Bahasa Malaysia pula. Mungkin disebabkan aku memang suka membaca tentang pengalaman orang lain jadi aku membeli buku ini.

Buku ini tentang pengalaman penulis sejak dari kecil sehingga dewasa. Dalam setiap pengalaman yang dilalui oleh penulis dihubungkan pula dengan ayat Al-Quran yang berkaitan. Cara penulisannya pula amat mudah, santai dan dekat di hati membuatkan kita tak jemu untuk membacanya. Bayangkan aku membacanya dalam tempoh tak sampai 3 jam sahaja. Beberapa pengalaman yang kadang buat kita rasa amat kelakar contohnya pengalaman dia berkenalan dengan sahabat karibnya Jubal. Dan terdapat juga pengalaman yang buat kita merasa sedih seperti kehilangan sahabat karibnya itu akibat mati lemas.

Namun terdapat beberapa penggunaan ayat Al-Quran yang saya rasa perlu diperjelaskan lagi oleh penulis (mungkin sebab saya bukan berlatarbelakangkan pendidikan agama, jadi sukar untuk memahami secara terus penggunaan ayat Al-Quran tersebut dalam konteks yang ingin disampaikan penulis). Ia berkaitan dengan kisah seorang tauke cina yang menderma sebanyak RM1 juta untuk pembinaan masjid di Pulau Pinang, namun umat Islam dilarang pula menderma untuk pembinaan tokong atau kuil. Penulis menggunakan ayat dari Surah Al Muthaffifin ayat 1-5.Sukar untuk aku mengaitkan petikan ayat Al-Quran ini dengan larangan tersebut.

Apa yang menarik perhatian adalah artikel yang ditulis oleh penulis menegenai Pengembara. Ringkasannya, ramai pengembara hanya "melancong" iaitu hanya pergi berjalan tanpa mengambil iktibar tentang apa yang berlaku di tempat ia melancong. Manakala pengembara pula akan sentiasa memerhatikan setiap kejadian dan mengambil iktibar malah akan mengingati setiap kejadian walaupun tanpa gambar yang diambil sebagai langkah untuk mengingati sesuatu.

Amat terkesan juga di hati luahan hati pendapat penulis tentang sikapnya yang suka membaca dan mungkin boleh diambil pengajaran oleh semua termasuk diri ini sendiri.

"Sifat minat membaca hanya bagi niat membaca, dan bukan tertumpu kepada peperiksaan, memberi aku perspektif dunia yang lebih luas, kebolehan konsepsi dan rangka rujukan yang berpandangan jauh, serta pemahaman tentang agama, budaya, ekonomi dan politik"


Di mukasurat yang terakhir buku ini diselitkan ayat Al-Quran yang sentiasa menjadi ingatan aku di kala susah dan sedih.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman" Al-Imran ayat 139.

Thursday, April 28, 2011

Kenapa melatah bila nasi lemak tidak dijual di kantin????

Dua tiga hari ini aku sibuk membaca komen dan pendapat pelbagai pihak tentang beberapa makanan yang dilarang dijual di kantin sekolah oleh Kementerian Kesihatan. Kebanyakannnya tidak menyokong malah menganggap makanan yang dijual di kantin sekolah tidak menyebabkan obesiti.Mereka beranggapan banyak punca lain yang menyumbang kepada obesiti di kalangan pelajar.

Berikut adalah makanan yang dilarang dijual di kantin sekolah:



Selain dari perkara di atas, terdadat 70 jenis makanan yang mana penjualannya dihadkan. Ini termasuk penjualan nasi lemak di kantin sekolah juga dihadkan kepada 2 kali seminggu. Roti canai pun ada termasuk juga dalam senarai yang dihadkan.

Aku amat positif dengan cadangan yang dikemukan oleh kerajaan ini. Sebabnya, untuk makanan yang dilarang tu dah sah sah la memang tak ada khasiat langsung kepada pelajar sekolah ni.

Untuk makanan yang dihadkan penjualannya pula, aku setuju sebab kebanyakan pelajar memang membeli dari kantin sekolah untuk makanan harian mereka. Makanan yang dijual pula seperti nasi lemak dan roti canai ni memang tinggi dengan karbohidrat yang mana penyumbang utama kepada obesiti. Berapa banyak kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik tentang khasiat yang ada dalam nasi lemak dan juga roti canai. Siapa yang cakap semua ni penuh dengan khasiat dan disarankan pengambilannya???

Para pelajar tiada pilihan lain melainkan membeli dari kantin sekolah, sebab mak ayah mereka bekerja. Keluar dari rumah seawal pagi untuk ke tempat kerja dan mereka tidak sempat untuk menyediakan sarapan mahu pun membekalkan anak-anak mereka dengan makanan. Jadi anak-anak ni pun beli la dari kantin sekolah...sudah pasti la makanan yang mereka beli mengikut selera mereka tanpa ada kawalan terutama ibu bapa.

Pihak kantin sekolah juga pasti tidak menghiraukan apa yang dimakan oleh para pelajar ni. Yang penting mereka dapat untung dengan semua makanan habis dijual.

Kehidupan para pelajar hari ini kebanyakannya adalah di sekolah. Kalau pagi ke sekolah kebangsaan petang pula ke sekolah agama. Lepas habis sesi ke satu sesi lain. Pelajar tiada masa untuk balik ke rumah. Selalunya mereka ini akan dibekalkan dengan duit belanja oleh ibu bapa mereka dan mereka bebas untuk membeli apa yang mereka suka. Jadi tak mustahil mereka ini akan membeli makanan seperti nasi lemak, roti canai, mee goreng dan bihun goreng. Adalah amat bagus sekali jika pelajar ni faham atau pandai untuk memilih makanan seperti roti yang berserat tinggi atau pun minum susu.

Lepas balik ke rumah, biasanya selepas habis sekolah waktu petang, barulah mereka dapat merasa air tangan ibu. Itu pun kalau ibu tak penat balik dari bekerja jadi boleh la dia masak makanan yang berkhasiat sikit untuk anak-anak mereka. Kalau rasa dah penat atau mungkin juga mak ayah mereka ni balik lambat dari kerja, makan la dia orang ni dengan makanan yang dibungkus dari kedai...

Jadi bila masanya anak-anak atau pelajar ni betul2 mendapat makanan yang berkhasiat? Prof Di Raja Ungku Aziz sendiri amat bimbang dengan tabiat pemakanan rakyat Malaysia. Malah beliau pernah menyarankan agar program pemakanan di sekolah juga diubah supaya menjadi lebih baik. Mungkin kita boleh belajar bagaimana tabiat pemakanan Ungku Aziz sebagai panduan.

Jadi terpulanglah kepada kita sendiri samada untuk menerima atau tidak cadangan yang dikemukakan kerajaan ini. Kita mungkin boleh memberi pelbagai idea atau menolak idea tetapi yang penting semuanya untuk kebaikan generasi akan datang

Panduan Pemakanan Proff Di Raja Ungku Aziz

Kredit kepada 1busanamuslimah untuk artikel ini.

PROFESOR Diraja Ungku Aziz sentiasa dihormati sebagai tokoh akademik terulung negara dan tidak hairanlah pelbagai pihak mendapatkan pandangannya mengenai isu seperti pembangunan ekonomi dan kecemerlangan universiti.
Pada usia 84 tahun, beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Ungku, terus mengekalkan stamina fizikal dan minda, sesuatu yang jarang dimiliki orang sebaya umurnya.

Pemikiran Pak Ungku bukan hanya terhadap kepada isu ilmiah dan akademik, malah bekas Naib Canselor Universiti Malaya ini mempunyai gaya hidup sihat dan pandangan unik mengenai tabiat pemakanan orang Melayu.

Ikuti beberapa pandangan Pak Ungku mengenai senaman dan pemakanan yang bukan sekadar untuk ditatapi, malah boleh diamalkan mengikut kemampuan masing-masing.

Senaman

Pak Ungku berpendapat bahawa senaman mesti mengeluarkan peluh. Bersenam atau beriadah adalah rutin hidupnya. Ketika usia muda, beliau menjadikan angkat berat sebagai senaman dan kemudian berjoging satu atau dua jam. Kini sesuai dengan peningkatan usia, aktiviti berjoging digantikan dengan berjalan laju selama sejam setiap pagi.

Pemakanan

Aspek ini cukup dijaga oleh Pak Ungku. Beliau menyifatkan corak pemakanannya amat ringkas, iaitu tidak banyak makan gula, karbohidrat dan makanan berlemak. Apakah menu makanan Pak Ungku?

Sarapan - Cuma empat biji kurma dan ketika musim jambu air, buah tempatan ini menjadi pilihannya. Beliau juga makan epal dan cider epal yang disifatkannya amat baik untuk mengelakkan arthritis.

Makan tengah hari - Pak Ungku hanya makan sekali sehari. Beliau memilih hidangan ikan atau ayam dan sayur-sayuran, salad serta buah-buahan. Beliau cukup suka buah-buahan dan hingga kini, nanas yang sesetengah orang anggap sebagai ‘tajam’ dimakannya, termasuk pada jam 11 malam tanpa sebarang pantang.

Malam - Bubur atau sup menjadi pilihannya. Pak Ungku sudah lama tidak makan daging merah dan kopi. Sebaliknya, beliau memilih teh Cina atau Jepun yang dibancuh sendiri serta minum banyak air iaitu sebanyak enam gelas. Kadang kala, beliau makan sate, tetapi tidak begitu suka makanan pedas dan berminyak.

Rutin harian

Pagi - Bangun seawal jam 6 pagi hingga jam 7 pagi, membaca al-Quran, belajar tafsir termasuk menggunakan bantuan moden seperti CD. Beliau suka belajar bahasa Arab kerana mencabar dan berpendapat amalan membaca al-Quran amat baik sebagai pembuka minda.

Antara jam 7 hingga 8 pagi, Pak Ungku berjalan laju di sekitar Seksyen 17, Petaling Jaya dan beriadah menerusi programnya sendiri. Selepas warm up atau baginya ‘naik haba’, Pak Ungku membaca surat khabar selama setengah jam. Selepas mandi dan minum pagi, beliau ke pejabat yang terletak berdekatan rumahnya.

Tengah hari/petang - Makan tengah hari. Beliau akan tidur dan berehat pada waktu petang, iaitu sekurang-kurangnya lima minit dan jika tidak sibuk hingga 45 minit. Beliau lebih selesa tidur menghadap tingkap terbuka tanpa penghawa dingin

Malam - Hanya makan ringan dan menonton berita serta program kesukaan. Pak Ungku tidur jam 12 malam dan hanya kadang kala jam 12.30 atau 1 pagi.

Tabiat pemakanan orang Melayu

Pak Ungku melahirkan kebimbangan terhadap amalan pemakanan orang Melayu yang negatif dari segi kesihatan seperti makan nasi lemak setiap hari dan pengambilan gula yang tinggi hingga menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.

Beliau berkata: “Cukup menakutkan apabila saya membaca laporan bahawa 10 peratus orang Melayu menghidap kencing manis. Saya tidak faham mengapa perlu jadi begitu? Orang Melayu kalau berduit sikit dan mula masuk usia 40-an, mulalah buncit perut dan kalau yang perempuannya, selain perut, punggung menjadi lebar dek diselaput lemak. Sepatutnya ini semua tidak berlaku."

Pemakanan seimbang

PENGAMBILAN makanan seimbang adalah antara isu yang menjadi perhatian Pak Ungku. Beliau berpendapat ramai kanak-kanak lebih gemar mengambil makanan ringan dan diproses yang sebenar tidak elok untuk kesihatan.

Sementara itu, katanya ketidakseimbangan juga wujud antara kanak-kanak bandar dan luar bandar. Kanak-kanak luar bandar kurang mengambil makanan yang cukup berkhasiat berbanding kanak-kanak di bandar yang terdedah kepada pelbagai iklan mengenai pengambilan makanan berkhasiat.

Katanya, kanak-kanak bandar tidak menghadapi masalah dari segi pengambilan zat dan vitamin serta menikmati pelbagai kemudahan kesihatan yang sempurna.

Beliau berpendapat, menu seperti telur dan ikan sebagai makanan harian amat penting untuk melahirkan pelajar cemerlang, khususnya pada peringkat sekolah rendah kerana makanan berkhasiat dan protein membolehkan kanak-kanak mempunyai otak yang cerdas dan cergas.

Wednesday, April 27, 2011

Mahu Jalan-Jalan Sambil Cari Buku Di Kota Yogja

Tinggal beberapa hari je lagi mahu bercuti dan pergi berjalan2 ke Kota Istimewa Yogjakarta. Masih belum pilih tempat2 yang ingin dilawati. Almaklumlah nak save cost punya pasal tak mau ambil travel agent. Hotel dan juga flight dah lama settle. Sebenarnya banyak je tempat nak pergi. Yang paling aku teruja adalah Candi Borobodur.

Tapi tak kisah sangat la mana2 tempat nak pergi pun. Yang pasti aku nak mengambil kesempatan membeli buku2 yang ada di sana. Ha....bab ni memang aku dah siapkan senarai buku yang aku plan nak beli masa kat sana. Memang banyak la tapi tak tahu lah dapat beli semua ke tak. Budget letak dalam RM200. Harap2 dapat harga durian runtuh punya....

Antara buku-buku yang nak dibeli:
1. Hafalan Solat Delisa - Tere Liye (aku terpengaruh dengan review yang kata buku ni bagus banget...cehhhh)
2. Moga Bonda Disayangi Allah - Tere Liye
3. Rembulan Tenggelam Di Wajahmu - Tere Liye
4. Bumi Cinta - Habiburrahman Al-Shirazy (dan buku2 lain yang mungkin aku belum miliki)
5. Koleksi buku tulisan Hamka (ni nak kena cek balik buku apa yang best...)
6. Maryamah Karpov - Andrea Hirata
7. Mimpi-mimpi Lintang - Andrea Hirata

 Ini yang plan nak beli ajelah...Dapat beli ke tak, belum tahu lagi. Aku rasa teruja bila si mamat buah hati aku tu  bercerita kisah dia beli buku kat Indonesia. Beli buku di kaki lima dan siap kena tipu dan juga beli buku di toko buku (kat Indonesia panggil Toko bukan kedai..)

Yang bawah ni plak senarai toko buku yang ada di Yogjakarta (sumber: http://www.centralartikel.com/2010/10/daftar-alamat-toko-buku-baru-bekas.html). Lepas ni nak kena cek dalam map. Nanti senang la nak cari. Banyak gila...tapi tak adalah aku nak pergi ke semua toko buku ni. Pergi mana2 yang berdekatan ajelah macam di Jalan Malioboro dan jugak Gramedia kat Malioboro Hall tu.

1. Toko Alphabets
Kantor: Villa Seturan Indah Bl C/7 YOGYAKARTA
2. Toko Anugerah
Kantor: Jl Kol Sugiono 87 YOGYAKARTA
3. Toko Aris Jaya
Kantor: Jl Nusa Indah Condongcatur Depok Sleman 58 RT 009/17 YOGYAKARTA
4. Toko Artista
Kantor: Jl Godean Km 1/2 YOGYAKARTA
5. Toko Champion
Kantor: Jl P Mangkubumi 38 YOGYAKARTA
6. Toko Dua Sembilan
Kantor: Jl Kusumanegara 140 YOGYAKARTA
7. Toko Ekonomi
Kantor: Jl Gondosuli 10 RT 004/02 YOGYAKARTA
8. Toko Gama
Kantor: Jl Magelang Km 5,8/48 YOGYAKARTA
9. Toko Gloria
Kantor: Jl P Diponegoro 103 YOGYAKARTA
10. Toko Henriyds
Kantor: Jl Kyai Mojo 64 YOGYAKARTA
11. Toko Hidup Baru
Kantor: Jl Malioboro 28 YOGYAKARTA
12. Toko Imanuel
Kantor: Jl Purwodiningratan Bl NG-1/918 YOGYAKARTA
13. Toko Istana Siswa
Kantor: Jl Laksda Adisucipto Km 6/155 D RT 002/02 YOGYAKARTA
14. Toko Kartini
Kantor: Jl Yudonegaran 26 YOGYAKARTA
15. Toko M21
Kantor: Jl Gejayan Mrican 21 RT 013/05 YOGYAKARTA
16. Toko Merah Dua
Kantor: Jl Kaliurang Km 5,6/17 YOGYAKARTA
17. Toko Merah
Kantor: Jl Gejayan Mrican 1 RT 004/10 YOGYAKARTA
18. Toko Mirah
Kantor: Psr Gamping 6 YOGYAKARTA
19. Toko Mitra Nugroho
Kantor: Kompl Bayeman Permai Bl C/6 YOGYAKARTA
20. Ud Mitra
Kantor: Jl Dr Sutomo 43 RT 026/08 YOGYAKARTA
21. Toko Murah
Kantor: Jl Jend Sudirman 1 YOGYAKARTA
22. Toko Pak Puspo
Kantor: Jl Achmad Jazuli 55 YOGYAKARTA
23. Ud Pelangi
Kantor: Jl Mataram 33 YOGYAKARTA
24. Toko Peni
Kantor: Jl Sultan Agung 51 RT 033/09 YOGYAKARTA
25. Toko Prestasi
Kantor: Jl Gedong Kuning 178 YOGYAKARTA
26. Toko Rejeki
Kantor: Jl Kyai Mojo 91 YOGYAKARTA
27. Toko Renata
Kantor: Jl Godean Km 4 Bl DS-II RT 004/03 YOGYAKARTA
28. Toko Rukun
Kantor: Jl Ibu Ruswo 22 YOGYAKARTA
29. Toko Semangat Baru
Kantor: Jl Kapt P Tendean 12 RT 011/03 YOGYAKARTA
30. Toko Tedjomulyo
Kantor: Jl Kenari 61 YOGYAKARTA
31. Toko Tiga Serangkai
Kantor: Jl Gejayan 3-A RT 001/29 YOGYAKARTA
32. Toko Tropen
Kantor: Jl Gejayan 9-D RT 051/13 YOGYAKARTA
33. Toko Wisuda
Kantor: Jl Samirono Baru 1-A YOGYAKARTA
34. Alfi Toko Buku
Kantor: Jl Kahar Mudzakir 11 RT 030/06 YOGYAKARTA
35. Cv Amalia
Kantor: Jl Juminahan 4 YOGYAKARTA
36. Amanah Kios
Kantor: Jl Kahar Mudzakir 6 RT 030/06 YOGYAKARTA
37. Toko Andalas
Kantor: Jl Pulo III RT 011/05 YOGYAKARTA
38. Berkah Tb
Kantor: Ds Tembi Timbulharjo Sewon YOGYAKARTA
39. Cv Bina Usaha
Kantor: Jl Colombo 2-A YOGYAKARTA
40. Toko Dian
Kantor: Jl Brigjen Katamso Utr 7 YOGYAKARTA

Rasa tak sabar nak ke sana....

Saturday, April 23, 2011

Korban duit hari ni.......

Penat gilerrr...baru balik dari PBAKL. Puas berjalan kat sana pusing2 sampai sesat cari jalan keluar. Nampaknya tak lah ramai sangat orang....kira boleh la jalan ke sana2 sini tanpa ada jam...dulu pernah pergi nak jalan pun susah apatah lagi nak tengok buku. Lagi la payah. Mungkin masih belum gaji lagi kot....hehehe

Pergi sana try la juga cari buku pasal Internal Audit...tapi buku yang dikehendaki tu tak ada. Buku lain banyak la. Economics, Accounting, Commerce...buku tu je yang banyak. Frust juga la.

Korban duit untuk buku arini hampir RM200 setelah dikira-kira semuanya lebih RM200 la.... Tak boleh belanja lebih dari itu..sebab bulan depan nak pergi ke Yogja..mahu cari buku2 di sana juga. Dalam duk mencari buku2 sekali tengok aturcara arini antaranya...Pelancaran Buku Tun Mahathir...cehhhhh!!!kata jumaat. Tipu betul la. Dahla aku pergi petang pula tu...benci tul! Tapi tak apalah..dah dapat buku dia kira ok la ni.

Tadi aku ada pergi ke booth Kedai Koperasi Universiti Malaya dan adalah minat dua buku ni. Bila aku tanya boleh guna kad kredit tak. Dia orang jawap "tak tahula kak...tadi ada mak cik tu nak guna kad kredit tak boleh". Hah!!!!Aku ternganga kejap. Dah la aku masuk booth tu tak ada orang yang tegur..borak aja. Bukannya ada pelanggan lain pun masa tu, aku sorang je. At least ucaplah selamat datang....ini boleh pula dia orang tak tahu boleh guna kad kredit ke tak. Sepatutnya benda2 macam ni dia orang dah tahu dah apa nak buat...ishishish..Yang aku ni pun satu...yang kau pergi bawak duit RM50 je sapa suruh....!!!ni tajuk buku yang aku nak beli tu:

a) Royal Proffesor Ungku Aziz - The Renaissance Man
b) Jejak-jejak di Pantai Zaman (buku ni tentang Zaa'ba)

Yang kat bawah ni pula buku-buku yang aku dah beli. Semuanya ada diskaun. Kalau dia tak tulis pun ada diskaun, dia orang bagi gak diskaun...Untung gak la beli masa ni kan. Yang bestnya buku Tun Mahathir tu dapat la diskaun 10% (MPH bagi diskaun bagi semua buku 10%) jadi harga dia RM90.

Koleksi novel terbitan PTS...nak baca kalau masa tension2 lepas study tu...hehehe




Buku tentang cara2 nak buat kek cawan...konon2 nak belajar la ni...entah ada masa ke tidak...tapi boleh bagi pada adik la...dia rajin buat2 kek ni and memang ada skill...nak harapkan akuuuu..kek yang hangus boleh la dapat kot
Jadi pada semua yang belum menjejakkan kaki ke PBAKL tu pergilah....carilah masa yang sesuai. Kalau untuk ilmu ni tak rugi pun masa kita dan penat kita tu

Friday, April 22, 2011

Cendawan Busut - sodap gilo

Tadi duk bacalah suratkhabar Kosmo online sekali dalam duk mencari artikel ternampak pula kisah Cendawan Busut....adushhhhh..terus terliur. Belum start baca lagi dah terliur...bila dah baca teringat pula gulai masak lemak cendawan busut yang mak aku buat 2  minggu lepas...adushhhh sodap gilo...(ni ayat tak tahan).

Kita orang beli cendawan tu masa on the way nak pergi melawat adik aku kat hospital Melaka. Kalau tak silap tempat yang banyak sangat cendawan busut ni nama dia Ulu Yoh....sepanjang jalan memang ramai yang jual cendawan ni. Satu ikat masa tu aku beli RM3.00. Mak aku cakap murah la tu...kalau kat tempat lain mahunya RM6 seikat....oooo..barulah aku tau. Aku ingat RM3 tu dah mahal gila dah

Inilah rezeki Allah beri pada musim hujan. Bukan senang nak cari cendawan busut ni. Dulu masa kecik2 aku ada la kutip cendawan ni kat sekeliling rumah. Tapi sekarang dah tak ada dah. Susah nak cari sekeliling rumah dah sekarang....Akak aku cakap ada pantang larang nenek moyang atuk wan dia kalau nak kutip cendawan busut ni. Ni yang aku ingat la dia cakap...lain2 dah lupa:

a) Jangan bawa bekas masa kutip (abis kalau tak bawak camana pulak kan!!!....jadi pandai2 kau orang la nak kutip macam mana)
b) Jangan ajak orang lain (kalau dah tahu tempat tu mestilah kita nak bagi tau orang kan!!!lepas tu mesti nak ajak dia kutip sama...akak aku cakap ni pun tak boleh)

Agaknya tu la sebab dah tak ada cendawan lagi kat sekeliling rumah aku...sebab aku dah langgar pantang larang dia...hahahaha...entah betul ke tidak tak tahu la.

Kalau nak tahu cara masak lemak cendawan ni senang je. Bahan2 adalah seperti berikut (cehhhh!!!!!iye2 je aku ni....kalau tak sedap jangan marah ye. Ini berdasarkan apa yang mak aku ajar aritu la):

- dah tentu2 la kena ada cendawan kan ( cuba letak dalam 4 ikat ke 5 ikat)
- santan (ni kena ambil pati dia - kalau beli yang kat kedai punya santan belum tentu lagi pure punya santan...mesti dah campur air dan tepung...jadi carilah kelapa and parut sendiri...hehehehe)
- ikan bilis (letak la dalam sepiring kecik..boleh la tu)
-serai ( 2 batang cukup la)
- kunyit, lada (jangan letak banyak sangat, gulai lemak cendawan tak sesuai pedas2 sangat), garam secukup rasa, asam keping (masuk masa last sekali)
- aku rasa ini je kot bahan2 dia

Cara nak masak:

1) Masakkan dahulu santan beserta dengan bahan2 lain selain cendawan
2) Bila dah mendidih (kira santan tu dah masak la...baru masukkan cendawan).

Kalau nak masak sampai kering kuah dia pun buleh...jadilah dia rendang cendawan busut! Cendawan ni pun boleh juga di buat sup...buat macam masak sup sayur biasa tu tp letak la serai agak2 dua batang....nyumnyum sedapnya...(ini style aku masak la...semuanya sempoi je)

Berikut adalah artikel yang dipetik dari Kosmo hari ini...untuk tambah pengetahuan lagi...Selamat mencuba resepi aku tu ye...hihihi






PAGI itu suasana dingin dan hening menyeliputi Felda Gunung Besout 2, Sungkai, Perak. Tanah masih belum terang, embun pagi juga belum berhenti menitik.
Namun, di sebalik deretan pokok kelapa sawit yang disempadani parit-parit kecil, kelihatan susuk tubuh milik Mohd. Shaiful Isa, 28, sedang tekun mengutip cendawan busut.
Dengan bantuan cahaya dari motosikal miliknya, pantulan cahaya putih daripada cendawan memang jelas kelihatan.
“Dalam keadaan yang redup sebegini, kerja mengutip lebih mudah kerana pantulan warna cendawan senang dilihat berbanding pada waktu cerah.
“Kerja mengutip cendawan memang dilakukan pada awal pagi kerana ia perlu diasing-asingkan dan dibersihkan sebelum boleh dijual di pasar,” jelas Shaiful, anak peroka di Felda ini.
Selesai mengutip di tepi parit kecil, dia beralih pula ke satu kawasan busut yang hampir dilitupi dengan cendawan berkepala bulat tersebut.
Struktur tanah yang agak lembut di kawasan berkenaan memudahkan lagi kerja-kerja mencabut cendawan, sekali gus rentak tangannya semakin tangkas.
Kelkatu
“Kalau tumbuh di tanah lembut, cendawan boleh dicabut hingga ke akarnya. Begitu juga jika ia tumbuh di tanah berpasir.
“Jika tumbuh di tanah keras, batang cendawan yang panjang biasanya mudah patah semasa dicabut,” katanya yang mengutip cendawan liar hampir 10 busut sehari ketika musim cendawan tumbuh.
Cendawan busut merupakan cendawan boleh dimakan yang tumbuh meliar selalunya di ladang kelapa sawit dan kebun getah. Antara lokasi terkenal yang menjadi rumah kepada tumbuhan jenis kulat ini sekitar Perak dan Negeri Sembilan.
Musim yang cukup sinonim dengan cendawan busut di Felda Gunung Besout ialah pada setiap awal tahun bermula bulan Januari hingga awal Mac dan hujung tahun di antara bulan November hingga Disember.
KERJA pembersihan dilakukan segera bagi memastikan cendawan dapat dipasarkan pada hari yang sama ia dikutip.



Ia juga boleh tumbuh di luar musim namun hasilnya tidak sebanyak awal dan hujung tahun. Bagaimanapun, tarikh sebenar bila cendawan akan tumbuh, tiada siapa yang dapat mengetahui dengan tepat dan jelas.
“Kehadiran cendawan di sini memang bergantung pada hujan. Mungkin betul pepatah yang mengatakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
“Namun, tidak semua hujan boleh menghasilkan cendawan. Kebiasaannya, cendawan muncul apabila hujan turun pada waktu malam dan keesokannya cuaca panas terik.
“Jika rutin cuaca seperti ini berulang selama tiga hari berturut-turut, kemungkinan besar cendawan akan tumbuh.
“Satu lagi petunjuk yang boleh dijadikan petanda ialah hujan yang mengundang kehadiran kelkatu.
“Jika banyak kelkatu, mungkin dalam masa tiga, empat hari lagi, cendawan akan tumbuh,” jelas Shaiful yang pernah mengutip dan menjual 120 kilogram (kg) cendawan busut sehari.
Jangka hayat cendawan yang hanya mampu bertahan selama empat hari sering memberikan keterujaan kepada para penduduk di Felda berkenaan untuk turun ke ladang dan mencari cendawan.
“Apabila sudah ada tanda-tanda cendawan tumbuh, saya akan meronda ke lokasi yang menjadi tempat kebiasaan cendawan busut tumbuh.
“Jika ada topi cendawan yang keluar dari tanah, kami akan tandakan kawasan tersebut dan datang semula esok pagi untuk mengutipnya,” ujar Shaiful.
Menurutnya lagi, hari tuaian terbaik ialah pada hari kedua. Jika cendawan dikutip pada hari pertama, ia masih terlalu kecil, jika hari ketiga pula, topi cendawan sudah besar dan hampir kembang.
Pada hari keempat pula, biasanya topi cendawan sudah mengembang.
“Jika dikutip pun, kami tidak menjualnya, cuma makan sendiri.
“Selalu juga kami terlepas musim cendawan kerana tidak ramai yang boleh menyedari kehadiran cendawan busut pada hari pertama, sedar-sedar ia sudah kembang,” kata Shaiful yang juga merupakan peraih cendawan di sekitar Felda tersebut.
Memiliki kepakaran mencari lokasi tumbuhnya cendawan busut, minatnya itu lahir selepas sering mengikut abang dan ayahnya mencari dan menjual cendawan sejak kecil lagi. Malah, bapanya, juga seorang peraih cendawan.
Abang Shaiful, Ahmad Razak Isa, turut menjadikan cendawan busut sebagai pendapatan sampingan yang lumayan.
“Jika musim lebat, saya mampu membeli lebih kurang satu tan cendawan busut daripada warga Felda. Hasilnya pula akan dijual di pasaran luar, biasanya di Ipoh dan Rawang.
Pantang dibasuh
SELEPAS dicabut, cendawan akan dibersihkan dan diasingkan mengikut gred sebelum dijual di pasar.



“Memandangkan ia tidak tahan lama, proses pembersihan dan pengasingan perlu dilakukan sejurus ia dicabut supaya ia dapat dijual pada hari yang sama,” katanya.
Tambahnya lagi, jika cendawan busut dijual hingga ke Rawang, maknanya musim cendawan di Besout benar-benar menjadi.
Menurut rakan Shaiful, Mohd. Roslan Salleh, 27, mereka mempunyai cara tersendiri untuk membersihkan cendawan busut.
“Jangan sekali-kali gunakan air untuk membersihkan cendawan melainkan jika sudah mahu dimasak. Cukup sekadar bersihkan tanah dan pasir yang melekat di cendawan. Membasuh dengan air akan menjadikannya cepat rosak dan buruk,” katanya.
Selepas proses pembersihan dijalankan, cendawan akan dikumpulkan mengikut gred berdasarkan hari ia dikutip.
“Biasanya kerja mengutip akan dilakukan pada awal pagi. Ia kemudiannya terus dibawa ke rumah untuk dibersihkan dan diasingkan mengikut gred.
“Kebanyakan cendawan tumbuh pada hari yang sama, tetapi ada juga cendawan yang lewat sehari dua.
“Cendawan yang dicabut pada hari kedua adalah cendawan terbaik kerana teksturnya yang masih sedikit keras dan kenyal.
“Harganya juga lebih tinggi dan dijual mengikut kg. Untuk gred bagus, ia akan dijual pada harga di bawah RM20 sekilogram.
“Untuk cendawan yang dikutip sudah memasuki hari ketiga atau keempat, biasanya ia akan dijual longgok, sekitar RM5 hingga RM8 selonggok,” katanya yang mengakui cukup seronok menjual cendawan jenis liar ini.



Menurut Roslan, memandangkan ia sukar ditemui dan tidak dapat diketahui bila ia akan tumbuh, jualan cendawan busut biasanya sangat laris.
“Mungkin sebab ia jarang ada, apabila kita buka gerai jualan, tidak sampai tiga jam, hasil jualan beratus kilogram pun dapat dihabiskan, apatah lagi jika cuma geng-geng kita yang menjual di situ.
“Kalau buka gerai di tepi jalan, memang orang akan berkerumun bila mengetahui kami menjual cendawan busut di situ,” katanya.
Cendawan yang menjadi kegemaran ramai ini sememangnya enak dijadikan juadah pembuka selera. Teksturnya yang tebal sudah tentu menghadirkan rasa puas tatkala mencicip batang ataupun topi cendawan liar ini.
Rasanya manis dan baunya juga harum. Bukan sekadar itu, keenakannya memang tidak dapat dinafikan malah sesuai dengan apa jua masakan sama ada goreng tepung, sup, tomyam, masak lemak kunyit mahupun dijadikan campuran dalam hidangan masakan panas seperti mi hailam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...