Wednesday, April 20, 2011

Aktiviti-aktiviti menarik sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Kehangatan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 semakin dirasai. Ia bakal berlangsung di PWTC dari 22 April sehingga 1 Mei 2011. Aku masih belum terfikir ingin membeli buku apa - tapi mungkin aku akan membeli beberapa buah novel rasanya. Tapi bila dah pergi ke sana dah tak boleh fikir lagi apa buku yang kita nak beli sebab banyak sangat buku yang best2 kat situ. Dah tu, penerbit bagi harga diskaun untuk certain books.

Jadi pada sesiapa yang nak pergi ke sana, silalah bawa duit lebih ye...kecuali anda memang kuat menahan godaan untuk tidak membeli lebih dari apa yang anda rancangkan. Sebagai menambahkan lagi kehangatan PBAKL 2011 ni...berikut adalah beberapa aktiviti paling menarik perhatian sekali sepanjang PBAKL 2011 nanti. Info ni diambil dari laman web rasmi PBAKL 2011.

22 April 2011 @ 10-12a.m.: Book-sign and Q&A with Tun Dr. Mahathir (wahhhhh....ni memang syok kalau dapat g ni...tapi masalahnya kena kerja daaaa...kalau ambil half day agak2 berbaloi tak?)

23 April 2011 @ 10-11a.m.: Pelancaran Buku & Dana Al-Quran versi Braille

24 April 2011 @ 9a.m - 2p.m: PBAKL 2011 Launch by DPM

30 April 2011 @ 2-3p.m: Pelancaran buku Andrea Hirata (difahamkan buku yang akan dilancarkan adalah buku Dwilogi Padang Bulan dan Cinta di Dalam Gelas...mau g jumpa Andreaaaaaaaaa)

30 April 2011 @ 4-5p.m: Bedah buku " Atlas of Creation" by Harun Yahya

Jom kita pergi ramai2 memeriahkan PBAKL 2011...........

4 comments:

  1. Ala...rindunyer nak pergi pesta buku ni...waaaa..nak pergi...malangnyer..tak mampu..huhu..enjoy bagi pihak saya yer..

    ReplyDelete
  2. Insya-Allah...kenapa tak dapat pergi tu? tak mampu kenapa?

    ReplyDelete
  3. jauh sangat la cik siti rahmah..skang saya di bahrain ikut suami..:(

    ReplyDelete
  4. @nadiaoooo...wahhh bestnya dalam g ke luar negara ya. Apa yang menarik kat sana. Kalau ada buku2 best ttg bahrain suggest la kat sy ye. x dpt jejak kaki kat sana pun dpt baca buku ttg bahrain pun jadi laa....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...