Friday, April 22, 2011

P.S. I Love You

Tajuk: P.S. I Love You
Penulis: Cecilia Ahern
Penerbit: Harper Collin Publisher
ISBN: 978-0-00-718415-6
Harga: RM31.90

Buku-buku Cecilia Ahern terdapat di kebanyakan kedai buku. Jika ia diletakkan di rak utama sudah tentu semua buku penulis ini menarik. Namun entah mengapa aku rasa macam tak berapa minat untuk mendapatkannya. Ini pun kawan aku yang bagi pinjam. Dia cakap "Ok la..." hmmmm...jadi aku pun cakap la nak pinjam buku Cecilia terutamanya P.S I love you. Sebabnya novel ni telah dijadikan filem (tak tahu pula bila dia terbitkan filem ni...aku ni bukannya ambil tahu sangat pasal movie2 ni...hihihi)

P.S, I Love you ni mengisahkan tentang Holly yang kematian suaminya, Gerry akibat tumor. Holly yang bersedih dengan kehilangan Gerry tidak menduga bahawa suaminya akan meninggalkan nota2 yang akan dibuka setiap bulan. Holly perlu mengikut apa sahaja yang ditulis oleh Gerry. Dalam setiap nota yang ditinggalkan Gerry akan diakhiri dengan P.S, I love you. Holly meneruskan  kehidupannya tanpa Gerry berpandukan nota2 yang ditinggalkan suaminya.

Bila dah baca buku ni...adushhh...sampai satu tahap aku stop dan baca buku lain. Bukan 1, 2 buku tapi 3 buku aku baca. Lupa terus buku ni. Aku rasa menyampah dan fikirkan watak utamanya iaitu Holly sebenarnya seorang yang lemah semangat dan tidak pandai berdikari. Sepanjang suaminya hidup, dia terlalu bergantung kepada suaminya. Jadi bila suaminya meninggal dunia dia putus harap untuk meneruskan kehidupan.

Mungkin penulis kurang berjaya dalam mengolah kehilangan Gerry pada permulaan cerita sehingga aku tak dapat merasa sedih atau kasihan pun dengan Holly kerana kehilangan suami. Holly hanya bergantung hidup pada surat2 yang ditulis Gerry sebelum meninggal. Sehingga ke satu masa, Holly kehabisan wang dan terpaksa meminta bantuan dari ibu-bapanya. Nasib baiklah kelaurga Holly bolehlah dikatakan bahagia dan bantu membantu antara satu sama lain. Holly juga mempunyai sahabat2 yang sentiasa bersamanya ketika dia bersedih.

Aku hanya terasa Holly benar2 kehilangan Gerry bila dia tiada wang untuk membayar khidmat internet yang digunakannya di perpustakaan. Dia tidak tahu ingin menghubungi siapa untuk meminta bantuan. Akhirnya dia menelefon nombor suaminya dan mendengar voicemail yang menggunakan suara Gerry (tapi still mata aku tak bergenang dengan air lagi....hehehe...cuma rasa kesian je ngan Holly)

Tapi nota Gerry yang paling akhir tu memang betul2 buat aku nak menangis....hehehe..sedih sebab terfikir kalau aku, sanggup tak nak cari pengganti lain kalu si dia tiada....hmmmm.

"Don't be afraid to fall in love again. Open your heart and follow whee its leads you...and remember, shoot for the moon. P.S, I love you...."

Walaupun Cecilia berjaya buat aku rasa nak nangis tapi aku tak dapat rasa kepuasan membaca buku dia. Dah nak habis baru ada feel macam tak best. Jadi aku pun habis lewat la juga baca buku ni...hehehe. Kalau nak dapatkan buku lain karangan penulis ni mungkin aku akan fikir balik la kot...

4 comments:

  1. yela..saya pun berfikiran begitu..saya tak rasa feel sangat baca buku cecelia ahern ni..saya baca satu buku jer..rasa xnak beli lagi buku dia..saya baca "if you could see me now"..itu pendapat saya la..: )

    ReplyDelete
  2. @nadiaoyeke...kena fikir byk kali ni kalu nk beli buku cecilia.

    tp lain org lain pendapat kan...kwn saya yg lain mcm minat je buku2 dia.

    saya kalau dah baca camana pun nnt saya akan habiskan jugak buku tu walaupun x best...hihihi

    ReplyDelete
  3. hehe..tula..my adik ipar pun macam suker jer buku dia..but for me..i lagi prefer sophie kinsella..hehe..i like!!..try baca "the undomestic goddess"..:)

    ReplyDelete
  4. mula2 saya tengok movie dia dulu, pastu baru baca novel. masa baca novel tu terbayang2 watak holly & gerry dalam movie tu. hehe, mungkin tak dapat kepuasan sebab banyak sangat adegan yang tak penting kot. Kalau cerita ada orang mati ni pastu ada flashback mmg boleh buat saya nangis punya . hhe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...